Showing posts with label Tips dan Perkongsian. Show all posts
Showing posts with label Tips dan Perkongsian. Show all posts

Sunday, March 8, 2015

Elak berkias dengan kanak-kanak



Orang melayu, mereka suka menggunakan bahasa kiasan dengan anak-anak. Tak kisahlah ibu ayah, atuk nenek, mahupun pendidik. Bila berhadapan dengan kanak-kanak, banyak perkataan yang mereka sebut secara kiasan. Contohnya bila sebut vagina mereka sebut 'bunga'. Kalau zakar mereka sebut 'bird @ bebird. Apa salahnya kalau kita sebut secara terang pada kanak-kanak sejak awal. Bunga mungkin boleh sebut vagina. Kalau rasa susah dan panjang, tak apa. Mungkin mereka tak dapat nak ikut sebutan yang betul. Tapi sebagai orang dewasa, kita kena biasakan mereka dengan perkataan-perkataan tersebut. Untuk lelaki kenalkan dengan nama 'zakar'.

Ini cerita benar. Si ibu bertanya pada anaknya, "adik pergi mana dengan abang?" . Si adik menjawab "main bunga".... Beberapa hari selepas itu si ibu bertanya lagi, "adik main apa dengan abang?" Adik menjawab "main bird". Ibunya memang tak sedar kalau jawapan tersebut sebenarnya adalah bahasa kiasan yang diperkenalkan pada anaknya. Hingga nampak depan mata, baru si ibu sedar akan kesilapannya.

Kerana itu, saya menyeru supaya kita semua menukar perkataan yang digunakan secara kiasan seperti itu. Saya sendiri pernah berhadapan dengan kanak-kanak yang apabila diperkenalkan 'bunga' pada dia, dia jawab "itu bukan bunga. Bunga dalam seluar".  Saya terpaksa jelaskan semula dan dia merasakan dirinya selama ini ditipu oleh ibu ayahnya. Secara tidak langsung, kita telah memberi persepsi tidak elok pada anak-anak ini. Sebutlah secara tepat. Perkenalkan perkataan yang tepat, bukan lagi kiasan.

Dan dan dan. Please, jangan bercakap 'pelat' dengan kanak-kanak.




Saturday, November 29, 2014

Pesanan kepada ibu bapa selepas menghantar anak ke tadika

Tak lama lagi sesi persekolahan baru akan bermula. Sekarang pun ramai ibu bapa dah mula survey tadika-tadika untuk anak-anak kan?. Jadi di sini saya ada beberapa pesanan atau nasihat kepada ibu bapa yang telah membuat pendaftaran untuk anak-anak mereka. Entry ini lebih saya tujukan kepada  ibu bapa yang tidak pernah mempunyai pengalaman menghantar anak ke tadika atau ke nursery. Jom cekidot. Sikit je pun pesanannya.

Beri kepercayaan pada tadika yang di pilih
Tadika yang akan anak-anak anda masuk adalah tadika yang anda dah survey terlebih dahulukan? Jadi, tolong letakkan sepenuh kepercayaan kepada pihak tadika. Tidak semua tadika mengizinkan ibu bapa menunggu anak-anak di tadika pada hari atau minggu pertama persekolahan. Ini kerana kehadiran ibu bapa akan membataskan pergerakan cikgu-cikgu. Cikgu malu sebenarnya nak melayan karenah murid baru bila ada ibu bapa yang memerhati. Memang ada je tadika yang izinkan ibu bapa menunggu. Tetapi sebenarnya kehadiran ibu bapa sedikit-sebanyak akan mengganggu proses pembelajaran. Kehadiran ibu bapa boleh membuatkan anak-anak hilang tumpuan. Asyik nak pandang mak je kerjanya. Lepas tu mana-mana yang okey boleh jadi tak okey lepas nampak mak dia tengah menunggu kat luar.

Jangan turutkan karenah anak
Ragam budak baru nak sekolah ni memang macam-macam. Ada yang menangis masa nak masuk pagar tadika, ada yang meronta tak nak masuk, ada yang mula-mula okey, tapi lepas mak cakap 'jangan nangis eh' hah! terus melalak budak tu nanti. So nasihat saya, hantar anak macam biasa walaupun dia menangis terlolong dan terus tinggalkan anak. Tak perlu beri kata simpati atau memujuk pada anak. Sebab, normally minggu pertama persekolahan memang anak-anak akan menangis sebab dia masih belum biasa dengan persekitaran. Hari pertama, mestilah kita nak tengok macam mana anak kita kan? Tapi percayalah, dengan kehadiran kita proses untuk buat anak senyap tu akan bertambah susah. Sebaiknya hantar dan balik. Masa ambil anak balik hari pertama, tengok keadaan anak. Masih menangis atau tidak. Ada luka atau kecederaan. Kalau tak ada, teruskan keyakinan untuk letak anak ke tadika tersebut.

Selepas sebulan bersekolah
Kalau masa pergi anak masih menangis, tapi bila balik anak okey. Itu tandanya dia memang nak sekolah. Dia menangis waktu pagi sebab memang dia nak menangis. Saja-saja menangis. Mungkin mengantuk. Mungkin memang saja nak jadi menangis tu wajib. Tu namanya perangai budak-budak. Tapi kalau dah sebulan, pergi menangis- masa sesi pembelajaran menangis- masa balik pun masih menangis, mungkin kena tukar cuba tukar sekolah lain. Kalau kat sekolah lain, dia okey maksudnya dia serasi dengan sekolah tu. Tapi kalau kat sekolah lain pun masih menangis berlarutan, rasa-rasa masalah pada anak kita kot?. Memang jenis tak nak sekolah.

Jangan letak 100% pengharapan pada cikgu
Ada sesetengah ibu bapa nak anaknya umur 5 tahun dah pandai membaca. Tapi di rumah jarang nak ambil berat tentang perkembangan anak. Semua nak salahkan cikgu. "kenapa anak dia dah pandai, anak saya belum cikgu?" "kenapa itu kenapa ini". Bayangkan, di sekolah cikgu nak ajar ramai murid. Lagi-lagi umur 5 tahun. Kebanyakan memang baru nak kenal huruf. Jadi proses pembelajaran adalah berperingkat. Mana kategori baru nak kenal huruf, cikgu akan tekankan pada pengenalan dan penulisan. Mana yang dah kenal huruf, cikgu dah boleh tekankan membaca dan penulisan. So tak bolehlah nak samakan anak orang dengan anak kita.  Ibu bapa tolonglah, sama-sama didik anak di rumah. Jangan hanya harapkan usaha cikgu. Apa yang anak belajar disekolah mesti perlu kesinambungan di rumah. Kadang-kadang ada ibu bapa yang sampai tak periksa beg anak. Homework anak langsung tak berusik.

Okey, tu je saya nak share setakat ni. Banyak lagi pesanan tapi tak larat nak type. Entry ni pun saya type separuh sebelum cuti. Tak sangka dah cuti baru siap untuk di post. InsyaAllah ada kesempatan saya akan share pandangan saya tentang ibu-bapa, anak, dan cikgu. Kalau ada pandangan atau cadangan bolehlah dikongsi. Semoga apa yang saya kongsi memberi manfaat kepada semua.

Thursday, October 23, 2014

Kenali instaseller / peniaga online penipu


Siapa suka shopping online? Sila angkat kening. Eh! janganlah angkat betul-betul. Saya memain je. Hehehe... Saja nak release tension. Sebab tengah bengang dengan beberapa penjual di instagram yang menipu. Sebab tu saya pernah nasihat, sesekali kita kena berhati-hati dengan peniaga online. Sebab ramai yang cuba mengambil kesempatan. Pulak tu mereka ni senang-senang dapat melepaskan diri. 

Kenapa saya kata mereka senang melepaskan diri?. Ni saya tekankan pada instaseller. Meh saya terangkan serba-sedikit teknik perniagaan mereka yang dapat saya kesan.

Pertama. Mereka create account, post gambar-gambar pemandangan atau artis atau gambar peribadi (mungkin juga mereka sebenarnya menggunakan gambar dan identiti orang lain). Biasanya mereka gunakan gambar awek cantik-cantik.. Kemudian mereka akan follow sesiapa yang mereka nak dan mengharapkan akan ada orang nak follow mereka (kan pinjam gambar orang cun, mesti ramai akak folback). 

Kedua. Apabila follower mereka sudah mencecah sekitar 200 orang, mereka akan delete gambar-gambar lama, tukar nama lain yang mana follower pun tak ingat akaun tersebut adalah akaun awek cun tadi. Kali ni mereka akan post gambar barang jualan mereka. Dan akan ada notis mengatakan, mereka menukar bisnes kepada produk lain. So konon-konon tukar bisnes, gambar produk jualan lama terpaksa di delete. Seriously, orang tak akan sedar akaun 'tudung bawal uzmaa' adalah akaun 'awekcun' sekiranya tak ada satu pun hint mengatakan instagram tersebut milik awek cun.

Ketiga. Mereka akan post gambar-gambar tudung nak jual tu yang menarik-menarik padahal mereka mungkin curi gambar di facebook atau blog atau mana-mana web. Mereka akan post review dari whatsapp menyatakan kepuasan pelanggan padahal review tu hanya rekaan atau rembat orang lain punya. Keji betul. Mereka juga akan menjual produk yang jauh lebih murah berbanding harga pasaran. Ada juga yang jual sama dengan harga pasaran.

Keempat. Apabila sudah ada pelanggan yang membuat bayaran, mungkin mereka kumpul pelanggan buat bayaran, baru pos barang. Jadi mereka akan janjikan pada pelanggan barang di pos 1 minggu lagi. Padahal lepas dapat 1 minggu mangsa, mereka akan tukar nama instagram, delete semua gambar dan post produk jualan yang baru. Dan pelanggan yang dah buat bayaran tu tak akan dapat kesan akaun tersebut sebab nama lain, gambar tak ada, dan tak tau apa-apa tentang akaun tersebut. 

Bijak tak mereka?  


Sebab tu, sebelum beli barang secara online di Instagram, anda kena perhatikan perkara-perkara berikut.

1. Tengok Follower Instaseller tersebut.

- Kalau follower dia beratus-ratus dan beribu, jangan senang-senang percaya yang mereka ni wujud. Sebab bila mereka menjalankan tektik di atas, mereka akan berjaya mengumpul follower dengan ramai. Sebab tu, kalau nampak akaun yang korang follow tiba-tiba akaun dia kosong, tiba-tiba jual produk, tapi follower ramai, cepat-cepat unfollow dia supaya korang tak menjadikan orang lain percaya yang dia adalah peniaga boleh pakai sebab follower beribu.

2. Tengok ruang komen

- Kalau ada banyak pertanyaan, pastu penjual jawab, pastu pembeli komen barang dah sampai ke, puas hati ke, jangan terus percaya. Sebaiknya klik kat setiap seorang yang komen. Make sure akaun mereka wujud secara realiti. Sebab penipu sanggup create banyak akaun dan komen kat akaun jualan dia konon-konon sebagai pelanggan. Kalau semua akaun yang komen sekadar hidup segan mati tak mahu, itu kemungkinan tanda-tanda akaun tersebut fake (bukan missfake tau)

3. Periksa gambar 'tag'

- Tekan bahagian gambar yang di 'tag'. Kalau banyak pelanggan tag, okeylah. Kalau langsung tak ada, rasa macam tak lojik sebab follower beribu, tapi tak kan tak ada sorang yang review dan tag mereka?

4. Tengok review yang penjual tulis

- Kalau nampak dia review syok sendiri, janganlah percaya. Tapi kalau dia ada mention atau tag nama pelanggan yang membeli, InsyaAllah boleh percaya. Cuma, kenalah klik pada nama pelanggan yang di tag tu. Korang mesti boleh tau akaun original dengan fake kan?. Tapi kalau setiap kali dia review produk, tak pernah dia tag nama pelanggan, confirm mereka ni penipu. Sebab biasanya pelanggan instaseller adalah pengguna instagram. Jadi, confirmlah mereka kenal pelanggan mereka. Takkan lah tak ada sorang pun yang maklumkan instagram mereka. Dan instagram pelanggan pun selalunya mereka akan review produk mereka beli dari mana-mana. 

Banyak lagi nak share, tapi otak dah letih. Saya baru je dapat kesan satu instaseller penipu. Kebetulan saya unfollow semua instaseller. Tapi ada 1 instaseller yang saya tak unfollow sebab saya belum sempat survey barang dengan dia. Nampak macam akaun betul. Tiba-tiba saya nampak instagram dia dah tukar nama, gambar-gambar kosong. Dan dia post gambar baru dengan caption " Mulai hari ini saya tidak lagi menjual tudung cotton turki. Tetapi saya akan menjual scarf dan handsock". Jadi gambar lama akan saya delete". Saya perhatikan je instagram tu sebab saya yakin memang tu satu-satu instaseller yang saya follow. 2 minggu lepas tu nama akaun tu bertukar lagi. 

Agak-agak korang, siapa yang dapat kesan mereka kalau semua maklumat berubah?. Sebab tu lah, tolong unfollow instaseller yang korang rasa produk tak berapa nak ada, komen pelanggan tak ada, tapi follower ribu raban. 

Kalau ada penambahan atau teguran boleh tinggalkan di ruangan komen. Ini sekadar apa yang saya perhatikan dari kaca mata saya yang rabun. 

Terima kasih kerana sudi membaca. 

Wednesday, October 15, 2014

Tips sebelum menghantar anak 4 tahun ke Tadika

Saya ada terbaca beberapa perkongsian tentang apa yang perlu parents tau sebelum menghantar anak berusia 4 tahun ke tadika. Sebenarnya semua ni memang banyak membantu cikgu-cikgu tadika. Cikgu mana tak suka terima pelajar yang bijak-bijak belaka. Ye tak? Tapi ada beberapa perkara yang saya kurang bersetuju. Dan banyak respon parents yang risau bila tengok anak mereka tak mampu memenuhi kriteria tersebut.

1. Anak-anak dah tak pakai pampers dan dah pandai buang air besar dan kecil di tandas.
2. Anak-anak dah faham arahan.
3. Anak-anak dah pandai bercakap
4. Anak boleh bergaul dengan kawan-kawan.
5. dll



Terus terang, memang semua cikgu seronok dan berbesar hati bila murid dah pandai buang air besar dan kecil di tandas. Tak payah kata cikgu, mak-bapa pun mesti seronok kan? Tapi, bagi saya apa gunanya sebuah Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TADIKA) ditubuhkan kalau tak mampu nak latih murid menggunakan tandas?. Sepatutnya di sinilah anak-anak ini dilatih dan didik. Saya sangat tidak bersetuju apabila ada mana-mana tadika yang menolak untuk menerima pelajar 4 tahun yang masih memakai pampers. Sepatutnya mereka yang menyusun atur murid-murid ini selama 1 tahun supaya semua murid ada giliran toilet train. 2 minggu buka pampers seorang pelajar. Mingu seterusnya orang lain. Dan berikutnya. Perkara ini perlu ada kesinambungan dirumah. Jangan pula cikgu buka pampers kat sekolah tapi ibu bapa 24 jam pakaikan di rumah. Sebab tu kelas 4 tahun sebenarnya tak boleh terlalu ramai. Seorang cikgu sebaiknya hanya ada paling ramai 15 murid. Kalau nak lebih, tambah cikgu atau pembantu.

Tentang anak-anak yang dah pandai bercakap atau memahami arahan, dah tau bergaul dan sebagainya. Kalau ada usaha cikgu-cikgunya, InsyaAllah kurang dari 1 tahun murid 4 tahun yang langsung tidak faham arahan, langsung tidak tahu bercakap, InsyaAllah akan ada perubahan. Asalkan ada kerjasama antara cikgu dan parents. Kalau anak tersebut layak ke tadika, InsyaAllah seawal usia 4 tahun dia boleh didik di tadika.

Jadi ibu bapa janganlah sampai tertekan bila anak-anak masih pakai pampers, tak mampu bercakap dan berdikari. Cumanya, didikan ibu bapa dari awal juga adalah yang terbaik sebenarnya. Entry ni bukan bermakna nak menyuruh mak-ayah jangan didik anak dari awal ya. Saya sekadar ingin memaklumkan agar ibu bapa jangan sampai tertekan bila anak seawal usia 4 tahun tak pandai bergaul, tak pandai bercakap dan sebagainya. Kerana itu saya lebih menggalakkan ibu bapa menghantar anak seawal usia 4 tahun. Kerana usia 4 tahun adalah usia di mana mereka akan di ajar perkara-perkara basic sebelum ke sekolah.



Apabila usia 5 tahun sepatutnya mereka sudah pandai memegang pensel, mengenal nombor dan huruf asas, mengenal warna, boleh memberi dan memahami arahan. Bukan di usia 5 tahun cikgu malas melayan karenah murid yang tak tau apa-apa, tetapi apabila anak kita lambat, mereka akan ketinggalan berbanding murid lain. Murid lain dah mula menulis a,b,c tapi anak kita baru nak belajar masuk benang dalam lubang, baru belajar pegang pensel. Nak ke macam tu?

So ibu bapa semua, usahalah mendidik anak-anak sejak mereka kecil. Bukan lekakan mereka dengan komputer, smartphone, dan menonton televisyen. Nak bagi boleh tapi sesekali. Bukan kerap. Kita sayang anak kita kan? Kita nak anak kita berjaya kan?. Tapi macammana anak nak berjaya kalau dia tak di layan dirumah.

Sekadar ini perkongsian saya.

Monday, October 13, 2014

Peluk cium mak-abah mertua


Ada orang tak pernah cium dan peluk mak-ayah mertua. Saya masa baru-baru kahwin pun tak pernah peluk cium abah mertua saya. Sebab anak-anak abah sendiri tak amalkan cium pipi abah. Takkan saya nak buat pulak kan? Kalau cium mak tiap kali bersalaman tu memang saya amalkan sejak mula kahwin. Tapi, rasa kekok bila tak cium abah. Sebab, tiap kali saya salam ayah saya, automatik ayah akan hulur pipi sendiri untuk saya cium. Sebab saya memang dah biasa peluk-cium ayah kandung saya. 

Setelah puas berfikir sama ada nak cium abah atau tak? Abah suka atau tak? Abah tolak atau tak? Akhirnya selepas 4 tahun pernikahan saya memberanikan diri untuk cium pipi abah. Peristiwa keramat itu saya mulakan masa bersalam dan bermaafan ketika pagi syawal tahun lalu (2014). Salam, minta maaf dan terus peluk-cium abah. Abah kaget sebenarnya, saya tau. Abah pun macam malu sebab masa tu memang tengah bermaafan sesama keluarga besar abah. Termasuk atuk-nenek-adik beradik abah dan anak-buah abah. Tak ada anak-anak abah yang buat kecuali saya. Alhamdulillah, saya puas hati sebab hasrat tercapai =)

Sejak peristiwa itu, tiap kali saya salam abah sebelum balik saya akan peluk dan cium pipi abah. Saya kena berani dan membiasakan supaya abah terbiasa. Nak bermanja macam saya bermanja dengan parents sendiri, belum mampu kot walaupun dah nak masuk tahun ke-6 saya jadi menantu mereka. Sebab apabila ia tidak menjadi kebiasaan, memang sukar untuk memulakan. Keluarga mertua saya jenis yang terpelajar dan serius. Tak macam keluarga saya. Kalau tanya A, mesti nak konar baring baru jawab betul-betul haha. Tapi saya rasa mesra dengan keluarga sebab penuh dengan gelak-tawa. 

Pandangan peribadi saya, ibu ayah kena biasakan tunjuk kemesraan depan anak-anak. Saya dari kecil melihat gurau senda mak-ayah. Dari kecil di belai dan di manja mak-ayah. Jadi, kami adik-beradik sampai besar sangat akrab dan manja dengan mak-ayah. Semua ni menjadikan kami automatik hormat dan sayang mereka. 

Contoh didikan mak-ayah saya pada kami nak sangat saya curahkan pada anak-anak saya. Begitu juga apa yang baik hasil didikan mak-abah. Nak saya terapkan dalam diri anak-anak. Semoga diberi peluang itu. Aameen. 

Readers, jom mulakan peluk mak-ayah mertua kita. Buang rasa malu kerana mereka juga adalah ibu bapa kita :)

Friday, September 26, 2014

Amalkan mencium dan memeluk pasangan sejak awal pernikahan


Baru-baru ni saya saja berbual dengan rakan sekerja yang baru berkahwin. Macam mana kehidupan selepas bergear isteri. Macam mana perasaan pada suami, masih malu-malu atau sudah biasa. Kemudian sahabat yang seorang lagi join bercerita. Katanya malu nak peluk dan cium suami. Rasa kelakar pun ada. Macam tu pulak ya?

So, sebagai seorang yang agak lebih pengalaman dalam berkahwin saya pun bagilah sedikit amalan antara saya dan suami. Saya pesan pada mereka, sebenarnya dari awal pernikahan lagi kita kena biasakan peluk dan mencium pasangan. Peluk dengan sepenuh kasih sayang. Bukan sekali, tapi sekerapnya apabila bersama pasangan. 

Suami saya seorang yang pemalu. Mungkin juga kerana tidak biasa memeluk orang? Berbeza dengan saya, saya sangat kerap memeluk emak, ayah dan adik-kakak sejak sebelum berkahwin. Jadi saya terdidik dengan kemesraan dalam keluarga. Suami agak kaku ditambah kami bercinta selepas berkahwin. Bagi saya, itu satu kelebihan kerana suami tidak pernah kenal sikap saya yang sebelum ini seperti apa. So, bolehlah saya terus bersikap manja pada suami. 


Amalan kami, setiap kali bangun dari tidur kami akan saling berpelukan. Sebelum keluar dan balik dari mana-mana (sama ada saya yang keluar, atau suami) kami akan bersalaman, mencium kedua-belah pipi dan bibir, (suami tambah cium dahi saya), kemudian berpelukan selama yang boleh. Masa tengah peluk tu luahkan rasa cinta dan kasihnya kita pada pasangan. Saya biasa akan luah dalam hati melalui perbuatan. Sesekali luah juga dengan kata-kata. 

Walaupun suami hanya ingin keluar 'ngeteh' dengan kawan kat warung depan rumah, atau keluar berjogging, kami tetap akan bersalaman, mencium dan berpelukan. Sama juga setiap kali pulang dari mana-mana kami akan lakukan perbuatan yang sama. Setiap hari, dan mulakan dari awal perkahwinan supaya ia menjadi hal wajib bagi pasangan.

Sehinggakan, andai kata kami terlewat bangun dan kami ada urusan bersama di luar, memang tak sempat langsung salam, cium dan peluk. Bila di lokasi program, bila tertengok suami saya akan rasa geram dan tak puas sebab tak peluk suami untuk hari itu. memang akan rasa macam nakkkk sangat pergi kat suami dan peluk dia kat situ juga. Hihihi... Lain tau rasa bila langsung tak dapat peluk dan cium suami, tapi suami ada depan mata. 

Selain itu, setiap kali keluar bersama, janganlah malu nak berpegangan tangan bersama pasangan. Saya kerap jumpa kawan yang malu atau rasa mengada-ngada bila isu pegang tangan ni. Sedangkan, pegang tangan pasangan pun dah dapat pahala. Yang pelik, masa belum kahwin boleh pulak pegang tangan berpelukan. Bila dah kahwin semua jadi malu dan jadi serba tak kena.

Dan sebelum tidur, saya akan salam suami kemudian baru saya masuk tidur. Sebab secara tak langsung suami akan sedar yang saya dah nak tidur. Jadi, suami akan segera habiskan kerja dan sama-sama masuk tidur. Kadang-kadang suami yang salam saya supaya saya cepat-cepat siapkan kerja dan tidur. Cuma bila banyak sangat kerja sekolah nak buat, terpaksa minta izin kat suami untuk masuk lewat. Alhamdulillah, suami memahami. 

Alhamdulillah, insyaAllah sudah 5 tahun 7 bulan kami menjadi suami-isteri. Tapi saya rasa sangat bahagia bersuamikan dia. walaupun kami belum dikurniakan zuriat, tapi saya tak rasa kekurangan. Kerana setiap orang ada cara mengecapi kebahagiaan. Walaupun hari-hari suami tengok saya, saya tengok suami tapi kami bahagia. InsyaAllah. Kami tak rasa bosan kerana kami banyak terlibat dengan program jemaah. Jadi, tidaklah hanya pergi kerja, balik rumah, pergi kerja balik rumah. 

Ada yang berpandangan bila seseorang berkahwin, maka "akhirnya kawin jugak". Tapi bagi saya bila kami berkahwin, itu adalah permulaan perhubungan kami. Maka kami perlu menyemai hubungan itu dengan cara yang terbaik berlandaskan cara hidup islam. Semoga penikahan kita semua akan diberkahi Allah dan bahagia hingga ke syurga. InsyaAllah.

** Amalkan juga membaca doa kebahagiaan rumahtangga.


Kawan sefikrah VS berbeza fikrah

Sefikrah = sepemikiran. 
Tidak sefikrah = berbeza pandangan / fahaman

Dalam entry ini, fikrah yang ingin saya kongsikan bukan sefikrah memilih pakaian, atau sefikrah pada makanan mahupun sefikrah minat Neelofa! Haha. Tapi, kisah saya bersama sahabat yang sefikrah dalam berpolitik. Setiap kali saya keluar beraktiviti dengan sahabat samaada sefikrah mahupun tidak, memang akan terasa jurang perbezaannya. Terutama sekali, yang memang ketara adalah ketika waktu makan. Moh kita check apa bezanya tu :

Makan di warung / restoran dengan kawan sefikrah

Lepas makan, bila kita nak bayar tau-tau je sahabat kita dah bayarkan. Padahal kita baru terfikir nak beanja kawan makan. Tapi tak sempat kita belanja, mereka akan belanja dulu. Hebatnya bila bersahabat kerana Allah. Sama-sama hidup berusrah, tanpa sedar kita percaya lebih banyak kita bagi InsyaAllah lebih banyak Allah akan ganti. Walaupun sampai 10 orang makan, biasanya tak jadi masalah untuk sahabat belanja kita. So, janganlah rasa kedekut sangat ya sahabat ;p

Makan di warung/ restoran dengan kawan yang berbeza fikrah

Perasaan pelik selalu berlaku bila kawan kita bayar duit makanan dulu. Sebelum dia bangun bayar, memang kita dah niat nak bayarkan sekali. Tapi disebabkan dia habis makan dulu, so dia pun bayar. Dan memang akan rasa mcm pelik bila dia cuma bayar untuk diri sendiri je. Hihihi... Mungkin sebab dah terbiasa makan dengan kawan jemaah, ada je yang akan belanja. 

Kesimpulannya 


Bukan nak minta di belanja setiap kali keluar makan dengan kawan. Tapi, just nak semua sedar ukhwah juga boleh jadi bertambah erat bila kita belanja kawan kita walaupun cuma bayarkan duit minum dia yang tak sampai rm2 tu. Secara tak langsung, kita dapat didik mereka untuk sama-sama bersedekah. Buktinya, sejak faham akan perbezaan ini saya akan cepat makan dan cepat bayarkan sekali untuk mereka. Lama-lama mereka pun terikut-ikut untuk belanja kawan bila makan. Mula-mula saya bayarkan mereka pelik, tapi lama-lama mereka pun jadi seronok untuk sama-sama belanja kawan. 

InsyaAllah, kalau tak mampu belanja semua sahabat, kita hulurlah berapa yang ada walau sedikit. Kerana bila kita ada niat dan usaha, InsyaAllah semua dipermudahkan dan rezeki kita akan dimewahkan Allah. 

So dah tau kan cara nak bersedekah dengan sahabat @ ahli keluarga sendiri? Jom bersedekah =)



Tuesday, September 23, 2014

Kepentingan tisu dan pantyliner untuk perempuan

Korang yang perempuan ni, kalau keluar beraktiviti luar rumah ada pakai pantyliner tak? Saya just nak share masalah yang saya sebagai perempuan hadapi setiap kali keluar dari rumah. Sebagai seorang perempuan, rasa-rasa pengalaman kita sama je kot?. Bila kita keluar rumah, sebagai contoh kita nak travel ke mana-mana yang ambil masa lebih dari 5 jam. Of course kita akan stop kat mana-mana untuk buang air kecil kan? Jadi, bila dah kencing, pakai semula seluar dalam, maka basahlah seluar dalam tu. Paling ditakuti kalau ada air kencing yang terpercik sekali. Betul tak? Kot-kot air wadi pun keluar sekali masa tu. Lepas tu, korang pun tanpa buka seluar dalam, terus berwudhu dan solat. Agak-agak sah tak solat seseorang kalau dia bawa najis bersamanya? Kalau kat rumah okey lagi, boleh korang tukar seluar lain untuk kebersihan. Kalau luar rumah?.

Jadi, sebaiknya gunalah pantyliner. So kat seluar dalam tak melekat sebarang najis atau kekotoran. Dan lepas basuh kemaluan, gunakan tisu dan lap sekeliling kemaluan yang basah. Tanggalkan pantyliner, dan salin yang baru. InsyaAllah seluar dalam kita bersih dari najis. Kalau kat rumah, pastikan juga kita lap kemaluan dengan tisu. Sebaiknya buka seluar dalam masa nak solat. Sebab tu, penting untuk perempuan bawa tisu dan pantyliner tiap kali nak keluar ke mana-mana. 

Ini sedikit perkongsian berkaitan cara mencuci kemaluan yang sebenar :-

Kaum lelaki:
Selepas membuang air kecil, disunatkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing betul betul sudah habis keluar. Lepas itu urutlah kemaluan dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran. Kemudian basuhlah dengan air sebersihnya.

Kaum wanita pula:
Apabila membasuh kemaluannya, pastikan dicucikan bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih. Bukan dengan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu.

Ini sedikit perkongsian dari saya. Jika ada teguran, kesilapan atau perkongsian bolehlah drop komen di bawah ya. 

Terima kasih kerana sudi membaca :)

Thursday, June 26, 2014

Jom tadah tangan masa berdoa



Memang tak dinafikan, berdoa boleh dalam macam mana keadaan pun. Berdiri, duduk, baring, atau sebagainya. Tapi, perkara yang saya sering perhaikan, jarang orang nak angkat tangan masa baca doa makan atau doa lepas makan. Kalau ada pun yang angkat tangan, laju-laju macam malu dilihat orang. 

Tapi, sedar tak kita apabila kita menadah tangan masa baca doa makan atau doa selepas makan terutama ketika makan di tempat awam, secara tidak langsung kita telah memperingatkan orang lain supaya jangan lupa berdoa. Ramai orang yang nak baca tapi terlupa. Jadi apabila mereka nampak kita menadah tangan, InsyaAllah kita telah mengingatkan mereka supaya jangan lupa baca doa sebelum makan. Setidaknya baca 'bismillah'. 

Tak susah kan nak berdakwah? 


Friday, June 20, 2014

Tak salah syak wasangka untuk kebaikan.

Baru ni, saya ada berurusan dengan 2 orang pembekal tudung Mesir. Dua-duanya saya jumpa di instagram. Ketika berurusan melalui whatsapp, saya agak puas hati dan yakin dengan pembekal pertama ( A) ni. Ada 3 jenis tudung yang saya minta butiran harga beserta harga bagi pembelian borong 100 helai. Jadi A menyatakan harga yang berbeza mengikut jenis dan size. Untuk postage pun ada beberapa info yang diberitahu. Contoh, kalau melalui flight sampai bila, bayaran berapa dll. Kalau kargo, ada tempoh-tempoh tertentu yang kalau kita pos time tu dia boleh bagi free postage.

Pembekal kedua (B), soalan yang di tanya sama. Tapi dia jawab semua jenis tudung dia boleh bagi saya dengan harga RM15 sehelai dan free postage. Tak kira lah flight atau kapal laut, free je. Ohemgeee... Leh caya ke? Kalau ikutkan memang saya akan pilih B sebab saya boleh untung berlipat ganda. Tapi saya jadi was-was.

So, saya pun mula check ig A dan B. Ig A, ada ribuan follower, ada ratus post. Yang B pulak follower tak sampai seribu pun. Post pun tak sampai 100. Kalau dia memang pembekal yang boleh bagi murah maksudnya mesti akan ramai pelanggan. Ok, sekodeng lagi tengok gambar tudung yang dijual sama je. Tak ada jenis lain dan tak ada gambar baru. Kalau dia kata restock, guna balik gambar lama. Komen dari pelanggan pun tak ada. Pelik kan?

Walaupun A lebih menyakinkan, tapi gara-gara B saya terus rasa takut nak buat pembelian dengan A. Sebab takut kalau A pun penipu. Frust juga sebab memang nak sangat jual tudung mesir cuma masalahnya tak kenal pembekal yang betul-betul, yang jujur. Kalau beli setakat 10 helai dan kena tipu tu menangis lah jugak.Tapi kalau beli 100 helai dan kena tipu, mau meraung dibuatnya.

So kepada semua, berhati-hati je dengan mereka yang buat jualan melalui online. Rasa wasangka untuk kebaikan tu tak salah. Sekadar nak berhati-hati kan.

Tuesday, June 17, 2014

Pesanan kepada blogger

Saya suka shopping online. Kadang di instagram, kadang dari fb dan kadang-kadang google. Bila google ni biasa saya masuk blog-blog yang menjual barang. Google "tudung akel bidang 60" maka keluarlah segala jenis warna tudung akel dan blog-blog yang menjual. Tapi, saya akan hilang mood untuk membeli bila check tarikh entry tak jumpa.

Jadi, kepada para blogger sekalian. Tak kisahlah blog bisnes mahupun peribadi, saya harap sangat tolonglah sertakan tarikh entry di tulis. Sebab ada sesetengah blog tak letak tarikh. Jadi, ia akan menyukarkan pembaca untuk tahu entry tersebut entry baru atau entry 5 tahun dulu?

Kalau entry bisnes, macam mana pelanggan nak tau barang jualan tu baru update atau dah berzaman di jual?. Tak ke menyusahkan pembeli. Kalau yang promote atau share tips percutian, susah tau bila tak ada tarikh. Blog tu cerita harga tiket flight, tiket bas, harga makanan. Bila baca, sekali entry tu dah di tulis zaman 90an. Aduhhh tak ke mengelirukan kita. Harga  rm400 rupa-rupanya sekarang dah jadi RM800.

Makanya, saya harap sangat para blogger alert dengan perkara ni. Kalau just entry peribadi yang memang tak melibatkan perlunya 'tarikh', tak apalah. Tapi bagi yang berkongsi sesuatu untuk pengetahuan semua, letaklah tarikh ya.

Dah.

Saturday, June 14, 2014

TheFaceShop Sunblock

 
Tadaaaa... ini dia sunblock yang saya guna setiap hari. Sampaikan masa pergi Tioman last week, kulit saya tetap cerah walaupun berpanas sepanjang hari. Biasanya kulit saya sangat-sangat cepat terbakar. Merah dan lama-lama bertukar gelap. Saya dah guna produk ni sejak hujung tahun lepas dan Alhamdulillah sesuai dengan kulit saya yang sensitif.
 
So, pada yang nak pergi pantai ke pulau ke, jangan lupa pakai sunblock untuk mengelakkan kulit korang hitam terbakar. At least dapat kurangkan gelap pun okeylah kan. 


Tuesday, June 10, 2014

Percutian Kelam-kabut Ke Tioman


Tarikh percutian kami : 4 Jun 2014 sehingga 6 Jun 2014

Sejak tahun lepas keluarga suami dah plan untuk ke Pulau Tioman sempena Family Day 2014. Tapi, sebab tiada perbincangan,  makanya percutian kami jadi agak kelam kabut. Bayangkan, sehari sebelum tarikh percutian baru sibuk-sibuk beli tiket ferry. Mana tak nya, dia harap dia- dia harap dia. Hah! Amik kau bila baca blog-blog ramai yang kata kalau pergi masa cuti sekolah elakkan lah nak gamble-gamble. Sebab selalunya hotel penuh, tiket habis. Dan mujur sempat minta kawan yang duduk Mersing tolong belikan tiket Ferry. Dan selamatlah dibeli , 9 tiket dewasa, 2 kanak-kanak bagi Bluewater Ferry untuk ke Tioman dengan harga RM70 (pergi-balik) bagi dewasa dan RM60 (kanak-kanak). 

Kami bertolak dari Mersing sekitar pukul 2.20 petang dan selamat sampai ke Kampung Tekek pada pukul 4.30 petang (perlu di ingat supaya berada di Jetty 1 jam sebelum ferry bertolak). Kepada yang tak pernah ke Pulau Tioman, pastikan korang nak turun kat mana ye. Sebab ferry akan berhenti pada 6 buah kampung. Pastikan penginapan yang korang dah tempah tu kat mana, dan turun di tempat yang ingin dituju. Sebab kalau dah salah turun ferry, korang kenalah naik boat dan confirm kena bayar duit boat (tak sure berapa). Abah dah booking penginapan di Selesa Condotel Kg Tekek dengan bayaran RM200/hari. Selesa Condotel memang selesa sebab ada 2 bilik ( 1 katil queen, 1 lagi single bedroom). Kami sewa 2 buah condotel. Ada dapur, peti sejuk, microwave, ruang tamu, tv, fully aircond, dan sebuah bilik air. Dapurnya tak disediakan kuali dan dapur gas. Jadi pada yang nak memasak disarankan bawa periuk elektrik serbaguna (bagi yang nak masak sendiri).

Jetty Kg Tekek (gambar : google)

Meh aku cerita sikit, kami sampai je ke jetty Kg Tekek pukul 4.30 petang. Teruja sangat tengok air yang jernih sampai nampak ikan-ikan di bawah jetty. Kemudian kami disambut oleh pekerja-pekerja hotel penginapan. Dorang akan panggil pelanggan setiap hotel tertentu. Bagi Selesa Condotel, dah ada sebuah MPV menanti pelanggan. Kalau Berjaya Hotel, ada bas yang sambut korang. So tak perlu risau nak cari tempat penginapan korang sebab transport ke hotel percuma sahaja. Sampai je kat Condotel, kami check-in, Jamak Solat Asar-Zohor, dan mulakan aktiviti memasak sebab perut dah berkeriuk-keriuk. Nak makan kat cafe boleh je tapi tak silap aku kena bayar. Yang disediakan cuma sarapan je percuma. Bagi kami yang ramai, masing-masing dah bawa makanan. Ayam yang dah siap siang (kerat), bawang siap bland, cili mesin, ikan bilik, kicap, gula-garam, ikan siap siang, dan barang keperluan masak. Semua dah sedia untuk dimasak. Stok makanan kami memang cukup untuk 3 hari kami di sini. 

Selesa Condotel, Tioman (gambar : google)

Pada yang malas masak dan tak nak makan di cafe, korang boleh makan di kedai-kedai di sekitar Kampung Tekek ni. Shuttle bus akan lalu di condotel setiap 1 jam (percuma). So tak payah risau tentang transport. Kalau nak sewa kereta / motor / basikal pun boleh call agen-agen yang ada di sekitar kampung ni. Cumanya, ikut kata orang makanan kat area ni mahal. Bayangkan, telur sebiji RM0.70sen. Tapi bagi yang tak kisah tentang duit, silakan buat pilihan anda :)  ... Aktiviti hari pertama, tak ada ke mana pun. Kami duduk kat condotel je. Petang tu sempatlah terjun kolam melayan anak buah nak berenang. 

Jom mandi pool! (gambar : google)

Malam tu baru kami mula meng-google agen untuk snorkeling. Dan kami dapat pakej RM50 seorang yang mana dia akan bawa kami snorkeling di 4 tempat di sekitar pulau. Pada saya cukuplah 4 tempat. Kalau pergi dengan kawan-kawan muda remaja memang rasa tak cukup. Tapi memandangkan ni percutian keluarga jadi kena fikir perasaan mak-abah yang dah wargaemas ni. Hehe... Pukul 9 pagi Mat (nama agen) ambil kami di Condotel untuk di bawa ke Jetty. Sampai Jetty, kami settlekan bayaran ( 7 orang x Rm50) dan bot sedia menanti. Yang best pergi ramai-ramai, kami boleh dapat 1 boat tanpa perlu dikongsi dengan orang lain. Jadi, kita boleh ikut suka kita nak pergi sana ke, sini ke. Huhuhu... Waktu ni aku kesian kat Kakak dan biras sebab tak dapat join gara-gara kena jaga anak masing-masing yang tak sesuai di bawa bersama. 

Gambar : google

Naik boat je kami diberi life jacket memasing. Korang confirm akan pakai sebab masa-masa sekarang, kejadian ferry karam di Korea masih menghantui korang. Ada berani tak nak pakai? Selepas membaca doa menaiki kenderaan laut, boat mula bergerak membawa kami ke tengah laut. Seram-sejuk dibuatnya sebab punyalah laju boat dicampur ombak laut yang menakutkan bagi yang pertama kali merasai ombak Laut Cina Selatan. Hentian pertama, dia bawa ke Monkey Bay. 

Gambar : google

Abg boat ni maklumkan cara-cara snorkeling dan bagitau yang batu karang sekitar kawasan ni jenis biasa-biasa je. Masa ni saya takut lagi nak turun walaupun suami dan yang lain dah turun. Tinggal saya dan mak atas boat. Mak memang tak nak turun sebab nak jaga barang-barang kami. Sebabkan pening dengan boat yang terhuyung-hayang, maka saya terpaksa turun ke laut. Seram gila dok bayang ada jerung muncul. Allah, nauzubillah. Masa ni suami pegang saya tak lepas. Saya pun tak boleh nak seimbangkan badan sebab masih takut. Tapi, lama-lama dah rasa seronok sebab ikan cantik-cantik. Sempat bagi ikan makan roti dan saya cepat-cepat naik semula ke boat. Okey, saya berenang guna life jacket. Kalau takde life jacket memang tenggelam dibuatnya sebab saya tak pandai berenang. hihihi... Dalam 20 minit dia biarkan kami berenang, kemudian kami ke destinasi seterusnya.

Gambar : google

Destinasi ke-2 ni memang cantik sungguh batu karangnya. Besar-besar macam meja. Masa kat tempat ni ombak agak kuat sampai kami tak dapat nak kembali ke boat sebab di bawa arus. Abang boat ambil kami yang dah makin jauh, dia hulurkan tali. So, semua berpaut pada tali tu dan abang boat mula bawa boat dan minta kami terus tengok dalam laut. Subhanallah, cantik sungguh. Macam hutan laut. Dekat 200m juga kami berpaut pada tali untuk di bawa ke tempat yang agak tenang. Seronok tak terkata. Alhamdulillah. Selepas puas, kami di bawa ke destinasi Kampung Salang untuk berenti makan dan rehat. Tapi memandangkan kami nak balik cepat dan nak makan kat rumah (dah siap masak) jadi kami minta abg boat bawa ke destinasi ke-3 dan terakhir. Malas nak cerita sebab sama je isinya. Cuma pemandangan lautnya berbeza. Kata abang boat, kalau nak yang lagi real kena pergi 6 tempat. Dia akan bawa ke Pulau Tulai dan pulau-pulau yang agak jauh dari Tioman. Macam pakej yang saya ambil sekadar snorkeling di sekeliling Tioman.

Hari ke-3 kami di sini, tak ada yang menarik. Sekadar mandi pool, ronda-ronda naik motor dan bersiap untuk balik. Tiket ferry pukul 2pm tapi pukul 12 tengahari kami dah terpacak kat jetty. Hehehe... Alhamdulillah pukul 4pm kami selamat sampai. Kali ni ambil masa 2 jam je tapi ferry dia punyalah laju sampai saya mabuk. Nasib baik 30minit sebelum naik ferry saya dah telan pil mabuk. Bagi menghilangkan rasa pening sebab dok nampak laut je masa pejam mata, mata saya pasang earphone, buka lagu kat hp dan tidooooo....Bangun-bangun, dah sampai Jetty. Yabedabeduuu.....

Ini saya sertakan nombor telefon Condotel dan Abang Mat (Agen boat kami)

Selesa Condotel Kg Tekek : 09-4191 048
Abang Mat Tioman : 013-709 5726

Notakaki : Kenapa guna gambar google je? Haha sebab malas nak transfer gambar dari phone. Lagipun banyak gambar ada di kamera adik ipar. So sekeping je lah gambar yang akan dikongsi buat tatapan peminat semua haha.

Ni masa snorkeling di pinggir pantai. Memang ada ruangan khas untuk snorkeling tanpa perlu sewa boat. Berenang-berenang juga. Aurat tetap kena jaga tau walau dalam laut. Jadi tak ada alasan, pakai socks tak boleh berenang eh. 

So, inilah kisah percutian kelam-kabut kami. 

K. Bye


Friday, April 18, 2014

.Cara mandi wajib.



Entry ini dalam masa yang sama ingin saya dedikasikan ucapan terima kasih yang tidak terhingga pada Ustaz Isa, guru sekolah Agama yang mengajar saya cara untuk mandi wajib. Hingga ke hari ini, cara itulah yang saya gunakan. Kenapa mesti Ustaz Isa yang ajar? kenapa bukan cikgu perempuan?. Sebab dah tanggungjawab beliau apabila diletakkan sebagai guru untuk mengajar pelajaran ini. Hehe

Bila perlu mandi wajib?

Ketika seseorang selesai haid, selepas berjimak (bersetubuh), keluar mani kerana syahwat, meninggal dunia, orang kafir memeluk islam dan nifas.

Macam mana saya mandi wajib?

Pertama : Saya akan basuh kedua belah tangan dan mencuci kemaluan. Ini bagi menghilangkan najis. Kemudian saya akan mandi seperti biasa. Shampoo, sabun badan. Masa ni pastikan semua bahagian dialirkan dengan air. Mana yang melekat tu gosok sampai air lalu.

Kedua  : Berwudhu

Ketiga :  Berniat ketika air sampai ke mana-mana anggota badan. Kalau mandi guna shower, masa air jatuh je kat kepala dan badan saya terus niat. Pastikan air sampai ke seluruh rambut, kulit kepala, bahagian kuku, pusat, ketiak dan bulu-bulu. Saya biasa mulakan dari atas bahagian kanan. Selepas kepala, badan, cangkung dan pastikan air mengalir ke bahagian kemaluan (qubul dan dubur). Selepas yakin, bangun dan ratakan air di bahagian kaki. Akhir sekali angkat tapak kaki bermula kanan dan ratakan air ke seluruhnya. 

Ke-empat : Pada hari seterusnya, setiap kali mandi saya akan pastikan saya berniat untuk mandi hadas besar walaupun pada ketika saya bukan haid atau berjimak. Kerana pesan Ustaz, siapa tau kalau-kalau mandian kita selepas haid itu tidak sah, apabila kita berniat setiap hari dan mandian pada kali tersebut sah, kita sudah menunaikan rukun mandi wajib tersebut.

Tapi, saya satu perkara yang saya kurang pasti. Kalau ikut cara saya, selepas saya berwudhu saya tidak lagi menyentuh kemaluan kerana tidak mahu batal wudhu. Ini apa yang diajar oleh ustaz. Sekiranya pasti tangan tidak tersentuh alat sulit, saya dah boleh solat. Tapi kalau tersentuh, kenalah berwudhu semula kemudian baru solat.

Tak susah pun. Tapi ramai yang mengambil ringan soal mandi wajib. Dan paling menyedihkan di sekeliling saya ramai rupanya yang tidak tahu akan kewajipan mandi wajib / hadas besar. Yang mampu di bimbing saya bimbing, yang jenis tak boleh terima teguran tu cuma mampu berdoa dalam hati semoga Allah lembutkan hati mereka.

Monday, April 14, 2014

One Day One Juz



Apa itu one day one juz? Mungkin program ini kurang popular di Malaysia tetapi ianya semakin popular di Indonesia. Bahkan artis-artis Indonesia juga ada yang terlibat dalam kumpulan One Day One Juz atau singkatannya ODOJ.

One Day One Juz - Setiap hari khatam 1 juzuk Al-Quran. 

Bermula selepas Maghrib dan khatam sebelum Maghrib hari berikutnya. Setiap kumpulan disertai oleh 30 orang yang mana setiap seorang akan membaca 1 juzuk setiap hari. Juzuk akan bertukar setiap hari. Maka setiap hari InsyaAllah kumpulan ini akan khatam Al-Quran.

Apa kelebihan ODOJ?

Alhamdulillah, apa yang dapat saya katakan sepanjang hampir sebulan bersama kumpulan ini menjadikan kami sangat dekat dengan Al-Quran. Ada je masa terluang terus capai Quran dan sambung bacaan yang belum di habiskan. Kadang sambil tunggu suami isi minyak, kat traffic light, dalam kelas sementara tunggu murid masuk, memang tak berenggang denganAl-Quran. Khatam Juzuk yang diamanahkan, baca pula terjemahannya. Subhanallah, program ini sangat-sangat mendekatkan diri kami dengan Al-Quran.  Kalau sebelum ini, baca Al-Quran ikut suka. Hari ni baca, esok tak. Tapi sekarang, nak atau tak kita mesti baca selagi juzuk yang diamanahkan belum khatam. Memang nampak terpaksa. Tapi terpaksa yang memberikan pahala apa salahnya kan? Mula-mula rasa terpaksa baca tapi lama-lama automatik kita rasa nak nak dan nak baca.

Dan yang bestnya, bila keluar rumah lupa bawa Quran terjemahan, terus rasa macam kosong. Duduk sia-sia. Bukan tak boleh baca dari smartphone cuma saya lebih seronok baca Quran terjemahan. Jadinya quran tersebut memang akan ke hulu ke hilir saya bawa.

Kalau tak semapat habiskan 1 juzuk yang diamanahkan?

Lelong dalam group (whatsapp). Biasanya program ni berlangsung hanya di whatsapp. Jadi bagi yang tak sempat baca, ada urusan atau sebagainya boleh maklumkan di group. InsyaAllah akan ada je sahabat-sahabat yang bantu khatamkan. Dan yang bestnya, dalam group saya ada 60 orang. Setiap orang berpasangan. Jadi seorang baca 5 helai pertama, dan seorang lagi sambung 5 helai berikutnya. Dalam 60 orang ni bukan semua saya kenal. Ada kawan kepada kawan. Tapi kerana ODOJ, hubungan silaturahim semakin membesar dan erat. Saling tolong-menolong. Selain lelong dalam group, boleh je minta bantuan suami ke, anak ke, mak atau ayah. Kan ke kita dah bantu mereka dapat pahala sebab baca Quran?

Masa saya cuti (uzur), suami bantu bacakan bahagian saya. Dan saya nampak suami mula tertarik dengan program ini. Alhamdulillah.

Kenapa kumpulan kami sampai 60 orang? Juzuk kan 30 sahaja?

Sebab nak beri peluang lebih ramai untuk khatam bersama. Lagipun permintaan mereka. Jadi apa salahnya berkongsi pahala kan? Dalam group saya ada ramai juga doktor-doktor. Subhanallah, bayangkan doktor-doktor yang sentiasa dekat dengan Al-Quran yang merawat pesakit. Semoga dipermudahkan urusan semua. Aamiin.

Nasihat kepada kumpulan ODOJ

Odoj - odoj juga. Tapi jangan sampai rumah tak kemas, dapur tak berasap, anak-suami terabai sebab khusyuk sangat dengan Quran. Hehe... Macam saya kadang-kadang terleka juga, bila teringat terus tanya suami. "Abang ada nak apa-apa ke? Air ke? Makan ke? Borak ke?" . Kalau suami kata tak ada,baru teruskan bacaan. Kalau suami perlu apa-apa, kenalah berhenti sekejap kan. Tunaikan permintaan suami kan mengejar pahala juga =)


Thursday, April 10, 2014

Ambil mudah urusan perniagaan.


Rasulullah SAW pernah bersabda dalam satu hadis bermaksud: “9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.” (Hadis riwayat Tirmizi).

Hadis di atas menggalakkan ramai umat islam untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Melalui perniagaan, keperluan dan kehendak individu dapat di selesaikan. Ramai yang berniaga dengan pendirian ingin mengikut apa yang Rasulullah ungkapkan. Tapi berapa ramai yang betul-betul berniaga mengikut cara Rasulullah?. Kebanyakan peniaga berniaga tanpa mengetahui halal-haram dalam perniagaan. 

Saya terdetik untuk mengulas tentang isu ini sebaik terbaca tentang isu tudung Fareeda. Saya tidak pernah tahu kalau-kalau tudung Fareeda merupakan tudung no 1 di Malaysia dan menjadi rebutan banyak pihak. Tetapi apabila isu berkaitan rampas merampas, menciplak, dan bermacam isu berkaitan tudung ini, saya terlintas untuk memberi sedikit pandangan. 

Lupakan pada isu tudung ini tidak memenuhi syarak dalam menutup aurat. Ini antara peniaga dengan peniaga. Bukan pandangan pembeli. Mungkin ramai yang marah kerana rampasan tudung ciplak, persoalannya apa hukum menciplak perniagaan orang lain? Menciplak itu samadengan mencuri. Adakah Rasulullah membenarkan perniaga mencuri perniagaan orang lain apatah lagi sesama muslim? 

Yang pelik, ramai pula marah pada pihak Fareeda. Pelik, udakah umat islam di Malaysia menggalakkan pencurian? Yang peliknya ramai persoalkan isu tudung tersebut pendek. Kalau rasa pendek jangan beli. Bila tak beli, pihak Fareeda akan mula membuat design-design untuk tudung labuh sesuai dengan permintaan. 

Just my 2 cent. Tak berminat celoteh banyak sebab tak reti nak susun ayat. 

Kesimpulannya, peniaga-peniaga di luar sana, belajar tentang halal-haram dalam perniagaan sebelum menceburkan diri dalam dunia perniagaan. 

Friday, April 4, 2014

Sabar itu sebahagian atau separuh?

Kita selalu dengar orang cakap "Sabar itu separuh daripada Iman" dan "Sabar itu sebahagian daripada Iman". Jadi mana yang sepatutnya kita sebut?....Seperti yang selalu diulang, apa yang saya coretkan di dalam blog ini hanyalah pandangan peribadi saya.

Jadi, saya memilih yang sepatutnya adalah "Sabar itu sebahagian daripada Iman". Bukannya separuh. Kenapa? Kerana saya terfikir, kalau sabar itu separuh dari Iman, maka yang separuh lagi tu apa? Adakah Iman itu boleh dibahagi dua? Separuh untuk sabar dan separuh lagi? Jadi saya berpandangan adalah lebih elok menggunakan sebahagian kerana separuh dan sebahagian adalah dua perkara yang berbeza. Kerana selain sabar, malu juga adalah sebahagian dari iman. Menjaga kebersihan juga sebahagian dari iman. Kerana itu saya lebih suka menggunakan sebahagian kerana sebahagian itu luas pembahagiannya. 

Ini hanyalah pandangan peribadi saya. Sekiranya pemahaman saya silap, sudilah menegur dan berkongsi pandangan. Kerana manusia itu perlu belajar ditegur dan belajar menerima teguran. 

"As'sabru minal iman"
Sabar itu sebahagian dari Iman.

Thursday, March 27, 2014

Belajar tanpa henti



Makin kita belajar, makin banyak yang salah. Ya, itu yang saya rasa sepanjang tempoh belajar mengaji. Kalau sebelum belajar, khatam Quran je terus rasa dah boleh baca Al-quran. Dah tak ada masalah. Tapi kawan, percayalah bila belajar mengaji, baru kita tau betapa banyaknya kesalahan kita dalam mengaji.

Pertama, sebutan makhraj. Ustaz ustazah dulu tak pernah ajar sebutan makhraj beserta ejaan makhraj. Kita sekadar di ajar sebut Alif, ba, ta dll tanpa di ajar bagaimana sebutan yang betul. Sekarang, bila dah tua bangka baru nak belajar semula, banyak ilmu baru yang saya dapat. Alhamdulillah. Baru saya tau betapa pentingnya kita perlu ejaan bagi setiap makhraj. Yang mana memberi kesan besar pada tajweed kita.

So dear friends, ayuh belajar mengaji. Cari guru mengaji yang bertauliah. Bukan yang sekadar mendengar kita membaca tanpa menunjukkan cara sebutan yang betul. Tak ada istilah terlambat dalam belajar :)

NotaKaki : Tak sabar nak tunggu ODOJ mula :)

Wednesday, March 19, 2014

.Sayang, buatkan air.



Bayangkan kalau kita baru sampai rumah dari mana-mana, baru tanggal tudung dah dengar permintaan suami yang sebenarnya satu arahan. 
sayangggggg, buatkan air
Terus macam rasa lemah longlai badan. Kadang tak sempat tanggal tudung. Kalau ikut geram, memang tak buat. Tapi kenangkan permintaan suami tu kalau kita turutkan kerana Allah, InsyaAllah kita akan beroleh pahala. Sambil-sambil buat air janganlah mengomel marah. Tapi apa kata kalau kita bercakap sendiri pada air tu sambil ucapkan manis-manis, doa-doa untuk suami. 

Semoga lepas minum akan eratkan lagi hubungan kita
Tapi suami, kalau boleh sebelum minta tu fikirkan dan lihat kondisi isteri. Kalau isteri dah rehat kejap, baru minta kan lebih elok?. Isteri memang nak buat dengan ikhlas, tapi cara suami meminta tu biarlah kena dengan keadaan. 

Okey suami-suami di luar sana?.


Sunday, August 4, 2013

Tak puasa kena tahan tapi tak tutup aurat dibiar lepas?

Assalamualaikum.

Zaman sekarang, kita ramai lihat orang yang berpuasa tapi tak solat. Puasa penuh, solat tinggal. Puasa penuh, tarawikh penuh, tapi tak tutup aurat. Dalam kuliah-kuliah ramadhan, tazkirah ramadhan, ustaz cakap orang yang macam ni sebenarnya hamba ramadhan. Bukannya hamba Allah.

Saya terfikir. Kenapa orang tak puasa di tempat awam di tahan oleh Penguasa Jabatan Agama Islam? Tapi kenapa, orang Islam yang tidak menutup aurat di tempat awam dibirkan bebeas menyeksi sepanjang jalan. Apakah tidak menutup aurat tu 'takpe', yang penting kena puasa?



Sama-sama kejar Lailatul Qadar jom?