Thursday, July 17, 2014

Jujurlah wahai peniaga

Pernah tak. Berlaku dekat korang-korang. Beli barang online, penjual kata akan pos sekian tarikh. 2-3 hari lepas tu barang yang ditunggu tak kunjung tiba. 2-3 hari kerana korang sabar dan cuba memahami.Bila dah tak sabar, korang tanya tracking number poslaju. Penjual beralasan dia tak ada di rumah. No tu kat rumah. Esoknya beralasan tracking no tu dalam kereta emaknya pulak.  Esoknya whatsapp korang kata maaf rupanya tak pos lagi. "Oh saya baru sedar kak".  Korang sabar dan kata okey tak apa. Tiba-tiba penjual kata "tudung warna lain boleh kak? Baru perasan yang akak nak dah sold out.". How do you feel? 

Peniaga. Tolonglah jujur. Saya sendiri terlibat dengan perniagaan online. Saya sendiri ada kala terlupa atau tak sempat ke pejabat pos untuk pos tempahan. Tapi Alhamdulillah saya jujur maklumkan kepada pelanggan akan kelewatan tersebut awal sebaik terlewat pos. Kalau dah habis saya maklum awal sebelum pelanggan buat pembayaran. Jujurlah peniaga. Tolonglah jujur walau akan menampakkan kelemahan perniagaan korang. Tapi setidaknya kita tidak memberi harapan palsu pada pelanggan. 

Monday, July 14, 2014

Allah, jangan kirim dia dalam mimpiku.


Mungkin sudah masanya kau menghindar dari mimpiku.
Kerana aku inginkan kau di kenyataanku.