Thursday, December 12, 2013

Congratulations to BJ & Alvi!


Bara Tampubolon and Alvi Tirtadji
Date : 12 January 2014

BJ, congratulations on your upcoming wedding!
I wish you and your bride to be all the happiness in the world & long healthy marriage.
May you and your soon bride-to-be are a beautiful couple.


Thursday, December 5, 2013

Lirik Lagu : Teka-Teki by Raisa





Tajuk :Teka-Teki
Artis : Raisa Andriana
Album : Heart2Heart

Dirimu buatku selalu penasaran
Terkadang menjauh terkadang buatku tersipu
Malu manisnya ucapanmu 
Membuatku tak menentu ku tak tau
Harus bagaimana

** Sungguh kau buatku bertanya-tanya
Dengan teka-teki teka-tekimu
Mungkinkah ku temukan jawapan
Teka-teki teka-tekimu

Sedarkah dirimu akan apa yang ku rasa
Haruskah diriku menyatakan yang sesungguhnya
Malu..manisnya ucapanmu
Membuatku tak menentu
Ku tak tau bagaimana...

Ulang **

Terkadangku merasa hampir tak mampu
Menghadapi kamu dan semua tanda tanyamu

Ulang **

One of my fav songs all of times.

Sunday, November 24, 2013

DJ / Pengacara Radio bila jumpa Indonesian

Orang Melayu bercakap dengan Cina, slang dia akan jadi ala-ala amoi / apek.
Orang Melayu bercakap dengan India, slang dia akn berubah jadi ala-ala indian.
Orang Melayu Semenanjung jumpa Sabahan, slang terus jadi sabahan.
Dan yang paling teruk, orang Melayu jumpa Indonesia, terus nak bercakap macam orang Indonesia.

Kenapa ya?. Kalau rakyat biasa yang macam ni mungkin kita boleh terima. Tapi kalau sampai DJ Radio mahupun Pengacara TV mengundang artis / celebriti Indonesia, terus mereka nak guna bahasa Indonesia. Tak semua macam tu. Tapi kebanyakannya. Sampai kadang rasa sakit telinga mendengar. Sudahlah bahasa Indonesianya salah. Slang melucukan. Annoying sangat. Kau DJ / Pengacara siaran Malaysia. Kau nak jadi orang Indonesia kenapa? Mereka yang diundang ke Malaysia, jadi mereka yang kena pandai bawa diri dan membiasakan dengan cara di Malaysia. Tak salah meraikan, tapi bila siarannya live, cubalah memartabatkan bahasa Malaysia.

Kalau artis Malaysia yang diundang ke Indonesia. Ada ke DJ / Pengacara mereka nak bercakap dalam bahasa Malaysia? Terlalu sedikit kalau ada pun. Beberapa patah sahaja. Baru ni dengar radio Era. Penyampainya cuba berbahasa Indonesia bila berkomunikasi dengan tetamu jemputan. Tapi kenapa bila nak bercakap dengan pendengar pun nak berbahasa Indonesia?. Kemudian, kadang kala bila cakap bahasa Indonesia, bila rasa perkataan tersebut kelakar, mereka cuba mempermainkan perkataan tersebut dalam loghat indonesia.

Meraikan tak salah. Tapi mempromosikan bahasa sendiri bukankah lebih baik?

Monday, November 18, 2013

Entry istimewa buat Tian, Tikam dan baby Arjuna Zayan


Titi Kamal dan Christian Sugiono merupakan pasangan selebriti yang sangat menarik perhatian saya. Mereka adalah pasangan secocok yang sederhana tetapi bahagia. Tidak seperti selebriti lain yang kadang-kala terlalu menunjukkan kemesraan hingga boleh membuat orang rasa annoying. Tapi Tian dan Tikam, mereka terlalu sederhana dan tidak perlu mengharap publisiti. Tetapi, bagi yang mengikuti perjalanan cinta mereka, pasti akan merasa cemburu dan bahagia. Cemburu dan bahagia melihat hubungan mereka.


Mereka diijabkabul tanggal 6 Februari 2009 di Australia. Awal sehari dari tarikh pernikahan saya. Selepas itu, pasangan ini menunggu kelahiran cahaya mata selama hampir 4 tahun. Pelbagai usaha dilakukan hingga mereka hampir berputus asa. Usia pernikahan hampir menjangkau ke 4 tahun tetapi hasrat untuk hamil tidak juga terkabul. Tanpa mereka sedari, ketika ulangtahun pernikahan mereka genap 4 tahun, Tikam akhirnya hamil. 2 minggu selepas itu barulah dia menyedari kehadiran janin di dalam kandungannya. Pastinya kandungan itu merupakan hadiah paling istimewa sempena ulangtahun pernikahan mereka yang ke 4.


Tanggal 17 November 2013, Tikam selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka yang di beri nama Arjuna Zayan Sugiono. Kelahiran ini pasti sangat bermakna buat mereka. Hinggakan saya sendiri turut merasa gembira dan terharu. Saya tidak akan lupa kata-kata Titi Kamal supaya saya bersabar kerana dengan izin Allah akan ada rezeki baby untuk saya. Amiin. Terima kasih kerana mendoakan aku. Semoga kamu sihat dan terus bahagia di samping baby Juna dan soulmate kamu, Tian.

Wednesday, November 13, 2013

Selawat Murah Rezeki


اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

 صَلَاةً تُوَسِّعُ بِهَا عَلَينَا الْاَرْزَاقْ

 وَتُحَسِّنُ بِهَا لَنَا الْاَخْلَاقْ

 وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ

Wahai Allah rahmati dan kurniakanlah,
Kesejahteraan atas Muhammad Rasulullah,
Dan selawat yang dapat melapangkan rezeki kami,
Dan menjadikan baiknya akhlak kami,
Dan curahkanlah kesejahteraan
atas keluarga dan para sahabatnya.


Sunday, November 10, 2013

Selawat Tafrijiyyah






اللَّهُمَّ صَلِّ صَلَاةً كَامِلَةً, وَسَلِّمْ سَلَامًا تَامًّا
Ya Allah, berilah restu dan kesejahteraan yang sempurna

 عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد,
Kepada junjungan kami, Nabi Muhammad

تَنحَلُّ بِهِ العُقَدُ, وَتَنْفَرِجُ بِهِ الكُرَبُ,
Semoga terurai segala kesimpulan. Dilepaskan dari segala kesusahan.

وَتُقْضَى بِهِ الْحَوَاءِجُ, وَتُنَالُ بِهِ الرَّغَاءِبُ,
Ditunaikan segala hajat. Tercapai segala keinginan.

وَحُسْنُ الْخَوَاتِمِ, وَيُسْتَسْقَى الْغَمَامُ
Dan mendapat Husnul Khotimah. Dan dicurahkan hujan rahmat.

بِوَجْهِهِ الْكَرِيْمِ,
Dengan berkat peribadinya yang mulia.

وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ
Demikian juga kepada keluarga dan sahabat2 Baginda pada setiap kelipan mata dan hembusan nafas,

 بِعَدَدِ كُلِّ مَعْلُوْمٍ لَكَ
bahkan sebanyak pengetahuan Engkau.



Friday, November 8, 2013

Doa Qunut Nazilah UNIC


  
اَللَّهُمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُورِ أَعْدَائِنَا ۞ وَنَعُوذُبِكَ مِنْ شُرُورِهِمْ ۞
اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ ۞ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ ۞ وَشَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ ۞
وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ ۞ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِن كِلَابِكَ ۞
يَا قَهَّارُ ۞ يَا جَبَّارُ ۞ يَا مُنْتَقِمُ ۞
يَا اَللهُ، يَا اَللهُ، يَا اَللهُ،
اَللَّهُمَّ يَا مُنزِلَ الْكِتَابِ ۞ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ ۞
يَا هَازِمَ الْأَحْزَابِ 
اِهْزِمْهُمْ اِهْزِمْهُمْ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ ۞

Ya Allah kami letakkan kamu di batang leher musuh-musuh kami
Dan kami berlindung denganMu dari kejahatan mereka

Ya Allah hancurkan kumpulan mereka
Ya Allah pecahkan pakatan mereka
Ya Allah leburkan pendirian mereka
Ya Allah musnahkan langkah mereka
Cengkamkan anjing-anjingMu kepada mereka aaaa

Ya Allah yang maha memaksa
Ya Allah yang maha perkasa
Ya Allah yang maha membalas
Ya Allahhu Ya Allahu Ya Allah

Yang turunkan kitab yang gerakkan awan
Yang tewaskan tentera Ahzab
Kalahkan mereka, kalahkan mereka, kalahkan mereka,
dan menangkanlah ke atas kami.

Sunday, August 4, 2013

Tak puasa kena tahan tapi tak tutup aurat dibiar lepas?

Assalamualaikum.

Zaman sekarang, kita ramai lihat orang yang berpuasa tapi tak solat. Puasa penuh, solat tinggal. Puasa penuh, tarawikh penuh, tapi tak tutup aurat. Dalam kuliah-kuliah ramadhan, tazkirah ramadhan, ustaz cakap orang yang macam ni sebenarnya hamba ramadhan. Bukannya hamba Allah.

Saya terfikir. Kenapa orang tak puasa di tempat awam di tahan oleh Penguasa Jabatan Agama Islam? Tapi kenapa, orang Islam yang tidak menutup aurat di tempat awam dibirkan bebeas menyeksi sepanjang jalan. Apakah tidak menutup aurat tu 'takpe', yang penting kena puasa?



Sama-sama kejar Lailatul Qadar jom?

Saturday, July 27, 2013

Merasa untuk berniqab di musim jerebu

Annyeong!

Saya sebenarnya dah beberapa kali terdetik nak pakai purdah / niqab. Cumanya nak pakai secara kekal memang rasa belum bersedia atau belum mampu? Tapi teringin nak pakai sekali dan jalan di tempat awam. So, one day masa jerebu yang sangat teruk bulan lepas merasalah saya pakai face mask. Hihihi...Bukan purdah tau. Pakai mask pun okey lah kan? Sebab saya teringin nak merasai situasi bila muka kita bertutup dan berada di tempat awam. So pagi Jumaat tu saya keluar ke Pasar Pagi seorang diri. Suami kerja, dan kebetulan sekolah cuti sebab Jerebu. So saya tak kerja lah pagi tu.

Kesimpulannya, saya rasa sangat selesa bila muka bertutup ni. Sebab orang layan kita macam biasa je. Memang tak rasa terganggu seperti kebiasaan. Walaupun berselisih atau berjual beli dengan lelaki muda. Tak ada dah mata-mata yang mengganggu. Begini rupanya rasa bila berniqab. Memang aman dan tenteram. Sayangnya saya belum diberi kekuatan untuk berniqab. Lagipun belum ada permintaan dari suami.

Baru-baru ni saya ditugaskan untuk ke Kuala Besut. Memandangkan saya akn pergi bersama kawan muslimat, dan tanpa suami jadi saya bercadang nak pakai niqab sepanjang keberadaan di sana. Bila berada dalam tempoh agak lama, tanpa suami, jadi rasa lebih selamat bila berniqab. Entah macam mana saya boleh terlupa bawa niqab. Terkilan, tapi tak apa lah. Bukan apa sangat sebenarnya. Cuma rasa seronok bila rasa tak ada gangguan ni.

Seperti yang dijangka, pertama rakan muslimat yang bari dikenali di sana semua salah sangka pada saya. Mereka sangka saya anak dara dan budak lepasan sekolah atau awal 20an. Bila taaruf memang ramai yang terkejut. Hal ni memang normal. Saya pun tak kisah sebab dah biasa. Kedua, mak cik- mak cik yang merisik-risik untuk jodoh-menjodohkan ni. Bila sangka saya anak dara yang masih menuntut di Universiti maka adalah mak cik ni yang dah mula risik-merisik. Tanya itu ini sampai bab status terus batalkan hasrat.

Ketiga, pandangan dari pemuda. Yang ni yang paling saya nak elak. Tak pernah salahkan mereka kalau mereka ada hasrat nak berkenalan dengan saya. Sebab mereka tak tau pun status saya. Cumanya kita rasa sangat tak selesa. Lagian, tak pernah terfikir nak mainkan perasaan siapa-siapa. Saya memang akan sembunyi / mengelak bila tempat tu ada pemuda. Tapi sejauh mana je nak elak bila kena buat kerja berkumpulan macam tu?. Mana yang bertanya pada muslimat mungkin akan tau saya ni isteri orang. Tapi mana yang suka diam-diam, memang kesianlah. Tup-tup bila balik dari program, kawan SMS bagitau ada pemuda nak kenal dengan saya. Nasib baik kawan jelaskan status saya.

Suami?. Risau sudah tentu. Tapi kata suami, dia percayakan saya. Alhamdulillah. Terima kasih abang. Lagipula pada saya ujian-ujian ni semakin membuat saya berhati-hati untuk berhubung dengan mana-mana lelaki. Saya selalu berdoa semoga benda-benda macam ni tak membuatkan saya riak. Setakat kini, hal begini sentiasa membuatkan saya rasa ingin menjaga diri dan memupuk lebih rasa kasih-cinta-sayang pada suami. Dia suami yang baik. Walaupun dia tau hal-hal begini mungkin akan berlaku tetapi dia tetap mengizinkan saya pergi jika ditugaskan. Kepercayaan suami menambah rasa hormat padanya.

Kawan? Ada yang biasa. Ada yang bosan sebab terpaksa jawab soalan yang sama. Kerana mereka biasanya yang akan bagitau status saya. Tapi ada juga kawan yang suruh saya berniqab. Penat katanya nak hadap bila ada yang merisik-risik. Kata kawan, mungkin saya boleh jaga hati dan tak tergoda dengan ujian yang datang. Tapi kesian pada lelaki yang tertarik pada saya. Astaghfirullah.

Alhamdulillah, syukur pada kurniaan Allah pada saya. Tetapi sebolehnya saya berharap kurniaan ini tidak memberikan masalah pada saya. Semoga saya masih mampu menjaga diri, maruah dan agama. Saya paling takut bila terlintas rasa bangga. Astaghfirullah. Pelihara diri dan maruahku Ya Allah.













Tuesday, July 16, 2013

Mak-Ayah bangga, anak terseksa


Salam Ramadhan Al-Mubarak. Masuk bulan puasa, mulalah mak-ayah suruh anak-anak puasa. Siapa puasa penuh akan diberikan ganjaran. Siapa tak puasa, maka tak dapatlah apa yang ditawarkan. Ada ibu ayah yang paksa anak kecil berpuasa. Bagi saya, umur 6 tahun kita boleh latih mereka puasa penuh hingga maghrib. Tapi kalau mereka minta makan, janganlah dipaksa mereka untuk tahan. Usia 5 tahun, puasa setengah hari. Usia 4 tahun, tak perlulah dipaksa. Kalau mereka nak puasa kerana kawan-kawan disekolah puasa, cukuplah puasa hingga pukul 12. Paling lama bagi saya. Kerana usia sebegini masih tidak digalakkan untuk berpuasa penuh. Anak berusia 4 tahun masih perlukan susu. Jadi adalah tidak wajar apabila mereka dipaksa bertahan lapar dahaga hingga ke peteng.

"Cikgu pastikan anak saya tak makan-minum. Dia puasa". 

Pesanan yang akan buat guru-guru tadika pening kepala. Pastikan murid 4 tahun menahan lapar dahaga?. Guru-guru pasti dalam dilema bila anak-anak ini mengadu lapar atau dahaga. Tapi bila diberi makan dan minum, ibu ayah marahkan guru. 

"Anak saya 4 tahun, puasa sampai petang."

Ya, ibu-ayah bangga bercerita dengan kawan sekerja, dengan kaum kerabat bahawa anaknya berusia 4 tahun dapat puasa penuh. Lagi bangga kalau penuh sebulan. Tapi pernah tak mereka terfikir kalau kebanggaan mereka disebalik kesengsaraan anak-anak. 

" Dia boleh puasa. Tak lapar. Dia tau dia puasa"

Ya, memang anak-anak ini tau. Tapi, kenapa mereka menahan diri dari makan dan minum? Kerana mereka telah diugut dengan janji-janji yang ditawarkan sekiranya mereka puasa penuh. Jadi, mereka berpuasa kerana terpaksa. Demi untuk mendapatkan ganjaran hadiah dari ibu ayah. Jadi apa kebaikannya?

Sedangkan nabi berpesan, suruhlah anak-anak berusia 7 tahun untuk solat. Dan rotanlah mereka apabila berumur 10 tahun jika mereka enggan solat. Ia bertujuan untuk mendidik dan menegur anak. Bukan nabi paksa anak berpuasa. Kerana InsyaAllah, apabila solat mereka terjaga mereka akan berpuasa dengan sendirinya. Tetapi orang yang tidak solat, belum tentu juga akan berpuasa. 

Ibu ayah, tolonglah fikirkan perasaan anak-anak kecil anda. 

Monday, July 1, 2013

Ragam Penyampai Radio


Pernah tak terjadi kat pembaca semua, tukar channel radio berulang kali? Kadang-kadang rasa pelik, perlu ke penyampai radio ni buat lawak sepanjang masa?. Secara jujur, saya paling tak berkenan dengan cara penyampaian Raja Azura aka Kak Engku dan Salleh Yaacob. Kalau mereka bercakap seolah-olah semua benda tu mesti kena diselitkan dengan lawak. Sampai kadang nampak sangat tak ikhlas nak gelak, sendiri rasa lawak tu bodoh. Dan saya seperti merasakan yang Abby Fana cuba untuk gelak walaupun sesetengah perkara tak perlu di lawak bodohkan. Erm. Bahasa. 

Kalau tengok Abby Fana sendiri, ada beberapa topik yang dia akan cuba selitkan humor, dan ada yang dia akan cakap seperti biasa tanpa perlu humor dan tak terlalu serius. Gayanya santai dan tak membingitkan telinga. Sebab Kak Engku macam berebut-rebut dan bercakap plus dengan melawak bodoh. Sungguh annoying di telinga saya. Bukan tak boleh nak melawak, tapi kenalah berkesesuaian. 


Kalau Faizal Ismail pula, saya kurang suka sebab kadang-kadang rasa gelagat dia tak sesuai untuk lelaki seperti dia. Usia yang dah tak sesuai kot nak buat2 manja dan inesen? Sorry pada peminat beliau.

Untuk Ikim.Fm, dj untuk segmen Alam Ria Kanak-Kanak. Tak silap namanya kak Ati? or Kak Yati?. Something like that lah. Tak sure nama dia sebab tiap kali dengar suara dia mesti nak tukar channel lain. Kenapa? Sebab seorang muslimah macam tak sesuai nak bersuara manja-manja. Memang kadang-kala kita akan cuba berintonasi manja bila melayan ragam kanak-kanak. Tapi, bila yang mendengarnya 1 dunia, termasuk lelaki ajnabi jadi saya kurang setuju. Kalau penyampai tu bersuara sederhana tanpa perlu dimanjakan, ianya tetap sesuai untuk perbualan dengan kanak-kanak. Sebab, bila suami sendiri pun tegur kenapa DJ ni manja sangat suaranya?.  Okey, suami of course lelaki.

Penyampai radio yang saya rasa humble dan sederhana memang ada ramai terutama dalam IKIM.FM. Tapi Penyampai dari Suria.Fm saya sukakan Linda Onn dan Halim Othman. Tak perlu melawak sepanjang masa, dan tak perlu buat suara gedik manja. Ada waktu mereka selitkan dengan lawak, ada waktu serius, ada waktu mereka santai. Telinga pun tak rasa bingit. Kalau nak kata sebab telinga bingit, mana-mana radio pun suka pasang lagu membingikan telinga. Baik dengar IKIM.FM yang tenang je kan?. Tapi masalahnya ikim banyak sangat segmen tajaan yang mempromosikan produk. Tu yang saya paling bosan. 

Okey, sekadar berkongsi pandangan.




Tuesday, April 16, 2013

Gwiyomi - Kiyomi Lyrics 귀요미 by Hari

Full Song


Original Version




Romanized 

Choko meopin han jogak sikyeonoko
Gosohan uyuhanjaneul gidaryeoyo
Oppahago nahago kkok maju anjaseo
Seoro sonbadak wie yeppeun nakseoreul hajyo

Hannun paljima nuga mworaedo naekkeo (naekkeo)
Dareun yeojarang maldo seokkjima nan nikkeo (nan nikkeo)
Saekki songarak geolgo kkok yaksokhaejwoyo
Jeoldae na honja naebeoryeo duji ankiro

Ildeo hagi ileun gwiyomi, ideo hagi ineun gwiyomi
Samdeo hagi sameun gwiyomi, gwigwi gwiyomi gwigwi gwiyomi
Sadeo hagi sado gwiyomi, odeo hagi odo gwiyomi
Yukdeo hagi yugeun jjokjjokjjokjjokjjokjjok gwiyomi nan gwiyomi

Hannun paljima nuga mworaedo naekkeo (naekkeo)
Dareun yeojarang maldo seokkjima nan nikkeo (nan nikkeo)
Saekki songarak geolgo kkok yaksokhae jwoyo
Jeoldae na honja naebeoryeo duji ankiro

Hana dul set nun gamgo naege dagawa
Du soneuro nae boreul manjimyeo ppoppoharyeoneun
Geu ipsul makgoseo

Ildeo hagi ileun gwiyomi, ideohagi ineun gwiyomi
Samdeo hagi sameun gwiyomi, gwigwi gwiyomi gwigwi gwiyomi
Sadeo hagi sado gwiyomi, odeo hagi odo gwiyomi
Yukdeo hagi yugeun jjokjjokjjokjjokjjokjjok gwiyomi nan gwiyomi

Hannun paljima nuga mworaedo naekkeo (naekkeo)
Dareun yeojarang maldo seokkjima nan nikkeo (nan nikkeo)
Saekki songarak geolgo kkok yaksokhae jwoyo
Jeoldae na honja naebeoryeo duji ankiro
Jeoldae na honja naebeoryeo duji ankiro

More lyrics: http://www.lyricsmode.com/lyrics/h/hari/


English

Putting a piece of chocolate muffins
Hang a cup of milk to sue
My brother and I sat facing the tight
It's pretty above the Palm of each Doodle

Do not sell at a glance who blazed even mine (mine)
Do not mix the other nonsense I'm yours (I'm yours)
Please let me have the promise under the little finger
Never let me go

1 plus 1 is ear Yomi
The two-plus-two ears, Yomi
3 plus 3 is the ear, Yomi
Ear ear ear ear ear ear Yomi Yomi
4 plus 4 ear Yomi
5 plus 5 ear Yomi
The side-side-side-side-side six plus six-side ear Yomi I ear the Yomi

Do not sell at a glance who blazed even mine (mine)
Do not mix the other nonsense I'm yours (I'm yours)
Please let me have the promise under the little finger
Never let me go

Close your eyes and walked over to me one two three
Only my balls with both hands and kiss you
He stood blocking the lips

1 plus 1 is ear Yomi
The two-plus-two ears, Yomi
3 plus 3 is the ear, Yomi
Ear ear ear ear ear ear Yomi Yomi
4 plus 4 ear Yomi
5 plus 5 ear Yomi
The side-side-side-side-side six plus six-side ear Yomi I ear the Yomi

Do not sell at a glance who blazed even mine (mine)
Do not mix the other nonsense I'm yours (I'm yours)
Please let me have the promise under the little finger
Never let me go

Never let me go


Hangul


초코 머핀 한 조각 시켜놓고
고소한 우유한잔을 기다려요
오빠하고 나하고 꼭 마주 앉아서
서로 손바닥 위에 예쁜 낙서를 하죠

한눈 팔지마 누가 뭐래도 내꺼 (내꺼)
다른 여자랑 말도 섞지마 난 니꺼 (난 니꺼)
새끼 손가락 걸고 꼭 약속해줘요
절대 나 혼자 내버려 두지 않기로

1더하기1은 귀요미
2더하기2는 귀요미
3더하기3은 귀요미
귀귀 귀요미 귀귀 귀요미
4더하기4도 귀요미
5더하기5도 귀요미
6더하기6은 쪽쪽쪽쪽쪽쪽 귀요미 난 귀요미

한눈 팔지마 누가 뭐래도 내꺼 (내꺼)
다른 여자랑 말도 섞지마 난 니꺼 (난 니꺼)
새끼 손가락 걸고 꼭 약속해줘요
절대 나 혼자 내버려 두지 않기로

하나 둘 셋 눈 감고 내게 다가와
두 손으로 내 볼을 만지며 뽀뽀하려는
그 입술 막고서

1더하기1은 귀요미
2더하기2는 귀요미
3더하기3은 귀요미
귀귀 귀요미 귀귀 귀요미
4더하기4도 귀요미
5더하기5도 귀요미
6더하기6은 쪽쪽쪽쪽쪽쪽 귀요미 난 귀요미

한눈 팔지마 누가 뭐래도 내꺼 (내꺼)
다른 여자랑 말도 섞지마 난 니꺼 (난 니꺼)
새끼 손가락 걸고 꼭 약속해줘요
절대 나 혼자 내버려 두지 않기로

절대 나 혼자 내버려 두지 않기로

Sunday, April 7, 2013

Lirik Arti Hadirmu ~ Alyssa Soebandono


One of my fav songs all of times.



Menatap matamu sayang
Menyegarkan jiwaku
Menggenggam tanganmu sayang
Menenangkan hatiku

Ku berharap ini yang terakhir
Kau takdir cintaku

Arti hadirmu membuat ku jadi sempurna
Kelembutanmu sentuh hatiku
Pelukanmu isyaratkan hangatnya cintamu
Takkan pernah..takkan pernah bisa..
Ku jauh dariMu.

Ulang 

Friday, April 5, 2013

Biar Susah Asal Bergaya



Nampak wedges di atas? Why so prweeety!! I've been so obsessed with shoes especially wedges. Sangat bergaya dan comfortable. Tapi sangatlah menyusahkan bila nak pakai kasut macam ni in public yang tak ada kerusi. Ingat boleh sarung je pastu jalan? No-no. Tak semudah memakai sandal. Si perempuan kena tunduk sikit dan pakai. Atau duduk mencangkung dan pakai. Kalau tunduk membongkok akan nampak tak sopan.  Kalau duduk barulah sopan sikit. Tapi percayalah, walaupun menyusahkan diri sendiri dengan memaki hamun tiap kali nak sarung ehh apesallah susah beno nak masuk kasut ni!, tapi mereka tetap akan pakai kasut yang cantik tapi menyusahkan ni. By the way, saya juga tergolong dalam kategori ini. Sekian.

Whoa, i love the pop of color and zipper on this cute pair. Abang! nak jugakkk!!


Tuesday, April 2, 2013

Suami Aku Ustaz Bakal Difilemkan


Novel ni saya beli pada penghujung tahun lepas. Bagi saya novel ni best cuma agak membosankan on the middle of the book. Mungkin sebab mereka saling menerima antara satu sama lain di bab-bab pertengahan. Biasanya, kita akan baca hero-heroin bersama atau saling meluah rasa cinta di akhir novel. Jadi kita puas hati dan tutup novel. Tapi Suami Aku Ustaz (SAU) ni pulak, lepas mereka berbaik, saling menerima, ada pulak konflik lain. Ada orang yang suka. Tapi saya kurang suka. Sepanjang baca, saya membayangkan dua pasangan ni. Hehehe


Apa pun cara olahan SAU memang best. Berbeza dari yang lain. Memang kita selalu baca kisah kahwin paksa, tak cinta, kisah budak sekolah kena kahwin paksa dan sebagainya. Tapi disebabkan kisah ni si suami seorang Ustaz, maka pastinya kisah mereka lebih menarik. Isteri kepada Ustaz sendiri. Sweet kan?

Tapi kan, disebabkan saya dah membayangkan Ustaz Hafiz sekacak Christian Sugiono, maka amatlah mengecewakan bila saya dapat tahu Adi Putra bakal memegang peran sebagai ustaz Hafiz. Ustaz Hafiz, saya kira usianya sekitar 26-28 tahun memandangkan Alisa pernah berkata yang Ustaz Hafiz mula mengajar disekolahnya 2 tahun lepas sebaik tamat belajar di UIA. Bayangkan Ustaz Hafiz grad umur 24/ 25 tahun. 2 tahun kemudian usianya sekitar 26-27 tahun. Saya tak minat Adi Putra jadi sangat kecewa kerana watak itu digalas oleh dia yang dah berusia. Seumur hidup saya, tak pernah 1 pun drama / filem lakonan Adi Putra yang saya tengok sampai habis. Biasa nampak dia je terus hilang mood tengok. Huhu...Alergi sungguh. 


Dan watak Alisa, lebih mengecewakan saya. Kenapa ya mesti bagi watak pada artis yang sedia popular? Saya tau ini filem dan produser mesti mengharapkan ianya jadi filem pecah panggung. Jadi memerlukan pelakon yang diminati rama dan berbakat.  Tapi apa salahnya bagi pada pelakon muda. Bukanlah nak kata Nora Danish dah tua, cuma saya lebih suka artis remaja yang pegang watak Alisa. Kadang-kadang artis ni bising bila terdapat lambakan pelakon luar di Malaysia. Tapi pengarah / penerbit malaysia sendiri ragu-ragu memilih artis baru sebagai heroin filem. Izara Aishah, Neelofa, Emma Maembong, Nelydia Senrose antara artis muda yang saya kira punya peminat yang ramai dan punya bakat yang boleh diketengahkan. Tapi kenapa mesti Nora Danish yang dah berusia 3- tahun tapi akan bawa watak gadis berusia 17 tahun? 

Ada yang kata dia sesuai sebab muka dia comel dan baby face. Tapi bagi saya apa salahnya bagi pada artis yang memang muda remaja?... 


Saya suka novel ini cuma tidak begitu bersetuju dengan pemilihan pelakon. Ini sekadar pandangan peribadi saya dan ianya tidak memberikan apa-apa perubahan pun. Tapi saya sekadar nak meluah sedikit pandangan di blog sendiri. Maaf bagi yang tidak bersetuju.  

Sinopsis

Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak dengan ayah sudah mula tidak percayakan diri dia, apa lagi yang dia boleh buat?

“Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah.”

Yang menjadi masalah buat Alisa apabila ‘TIDAK’ bukan salah satu pilihan jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah pernah terfikir hendak melarikan diri daripada keluarga. Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka. Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia?

“Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang popular pula tu sebab masih belum berpunya. Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada aku, dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk ‘Kelab Peminat Ustaz Hafiz’ sekiranya kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa, ya tak? Aduh! Tidak fasal-fasal dia menjadi kepunyaan aku pula.”

Macam mana agaknya apabila Alisa yang berperangai gila-gila terpaksa hidup dengan Hafiz yang hidupnya skema? Tapi skema ke Hafiz kalau perangainya suka menyakat Alisa sejak lahir sehinggalah besar?

“Cuma aku harap, kahwin ni bukan bermakna hidup aku berakhir. Well, kau tahulah kan. Cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya kita ni sebenarnya hidup kita baru bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku harap, everything is going to be well.”

Alisa. Cita-citanya setinggi langit, cintanya masih belum pernah berputik. Akan wujudkah cinta buat si suami dan bertahankah jodoh mereka berdua? Perlukah salah seorang berkorban hanya untuk membuatkan cita-citanya kesampaian?

Penulis Novel : Hannah Dhaniyah

Fazreen Rafi, hero Malaysia pilihan saya sebagai Ustaz Hafiz :)

Monday, April 1, 2013

Sanah Helwah


Alhamdulillah. Selamat hari lahir buat diri ku sendiri. Hari ini merupakan ulangtahun kelahiran saya yang ke???? Errr berapa eh? Kenapa ramai yang wish semua cakap ke 17?.. hehehe... Sebenarnya yang ke 27 tahun. Ya Allah semakin tua dah. Dah nak mencecah angka 30 tu rasa semakin berusia. Tapi orang kata saya baru 17 tahun. Jika diimpikan, diusia sebegini saya dah ada 3 anak. Tapi tu hanya perancangan manusia. Perancangan Allah untuk saya adalah yang terbaik. Apa pun, terima kasih pada suami yang dah berhabis hampir setengah ribu semata-mata memenuhi kehendak isteri sempena bulan Mac. Apa saya minta semua suami luluskan. Kalau tak, jangan harap lah ye. Kata suami " tak apa, demi bulan Mac". Haha. Baik betul hati suami. Jadi macam-macam saya pow. Sweater, cutey sleepwear, 2 helai tudung Akel, 2 helai baju untuk raya ( in advance), Shampoo dan Mask dari TheFaceShop. Yupss, saya memang pengguna setia TFS. 

Tak lupa juga ucapan terima kasih pada Kak Ipar yang berniat nak belanja Steamboat, tapi kedai penuh. So, diganti dengan Pizza hut. Terima kasih juga pada Mak-Abah mertua yang berulang kali wish birthday saya, pada mak-ayah (sebentar lagi mereka sampai dan akan tidur di rumah saya), adik-beradik, adik Ipar, Kakak Ipar dan kawan-kawan yang masih sudi wish di FB-Twitter-Instagram-Whatsapp-SMS. Love you all...

Kek yang dibeli oleh kak Long saya. Walau jauh mereka tetap celebrate birthday
saya di kampung. Terima kasih semua..

Semoga tahun ini hasrat kami untuk memperoleh zuriat akan dikabulkan Allah. Jika tidak, semoga kami terus diberikan kesabaran dan dimewahkan rezeki. Aameen. 

Friday, March 29, 2013

Malaysia International Shoe Festival 2013



Ini berita baik kepada shoe-holic sekalian. So, kepada uolss yang tak tau nak buat apa, nak pergi mana, bolehlah berkunjung ke MISF  yang bermula pada hari ini sehingga 31 Mac ini. Actually dah mula dari semalam tapi open to Public adalah bermula hari ini. Ini merupakan kali ke-4 festival ini diadakan di Malaysia and target to promote the Malaysian shoe industries kepada orang luar. Kepada yang berminat bolehlah pergi dan lihat sendiri lebih 150 jenis kasut yang akan dipertontonkan dan ada juga shoe fashion shows, games and giveaways sepanjang event berlansung.  

Jangan lupa follow MISF on Facebook for more info. 



Thursday, March 28, 2013

FARAHiskandar Bawal Shawl

Zaman sekarang ni, ramai wanita yang memilih untuk bertudung. Macam-macam fesyen tudung ada. Ada yang menutup aurat mengikut syariah islam, ada yang tidak benar-benar menepati syariah, dan ada yang sekadar bertudung untuk berfesyen. So, bagi yang memilih bertudung untuk berfesyen dan menutup aurat kenalah pandai membuat pilihan. Antara contoh tudung yang okey bagi saya adalah shawl Farah Lee iaitu FARAHiskandar Bawal Shawl. Ada beberapa jenis size. Labuh dan sederhana. Suka saya tengok sebab shawl nya cantik. Cumanya saya tak pernah berkesempatan untuk order sebab selalu out of stock walaupun mereka baru publish stok terkini. Tak sampai 1 jam semua dah habis di tempah. So bagi yang berminat kena lah selalu masuk ke Facebook  FARAHiskandar Bawal Shawl . Harganya sangat berpatutan. Kalau lambat memang melepas lah korang. 





Gambar di ambil dari FB FARAHiskandar Bawal Shawl. 
Pelbagai pilihan lain boleh dilihat di FB tersebut. 

:: saya ni saja je nak promote. padahal diri sendiri pun segan nak pakai shawl. balik-balik tudung Akel. Segan nak bergaya-bergaya. Huhu... Pandai sangkut kiri-kanan je. Nak belit-belit rasa malu. Sesuatu sungguh~

Wednesday, March 27, 2013

Pesanan Pengguna Smartphone WANITA

Saya nak share sesuatu kepada pengguna smartphone wanita. 




Ada sesetengah yang suka install sebarang aplikasi camera, atau picture editor. Lepas tu korang uninstall dan install app lain. Betul tak? Ini apa yang saya sendiri suka buat. Dan kadang-kadang saya suka-suka ambil gambar sendiri bila dirumah. Gambar tak pakai tudung, gambar dengan suami bila di rumah. Kemudian saya akan delete. Sebab ambil tu sekadar suka-suka. Kalau tak delete nanti kalau ada orang lain buat phone kita, mereka boleh nampak pula gambar-gambar tu semua. Dan anda rasa aplikasi yang telah uninstall tu akan automatik delete gambar-gambar yang pernah diambil. 

Dan anda tau tak betapa bahayanya applikasi sebegini?. Sebenarnya tanpa anda sedari setiap gambar yang anda ambil akan di save secara automatik. Mungkin anda tak perasan dia save di mana. Kadang-kadang kita rasa kita dah delete, tetapi rupa-rupanya di folder lain gambar tersebut telah selamat di simpan di situ. 

Sekiranya smartphone anda hilang atau dicuri, mungkin anda rasa selamat kerana tidak ada sebarang foto / video peribadi yang andai tersebar boleh merosakkan imej anda. Ye lah, manalah tau anda saja-saja ambil gambar pakai singlet ke, top ke, atau terlebih gatal ambil gambar pakai lingeries /  bra sahaja. Konon-konon nak tunjuk dekat suami. Pastu delete. Dan jika smartphone anda hilang semua gambar-gambar ini mungkin boleh tersebar di internet (kalau dapat pencuri yang berniat menyebarkan gambar anda).

Jadi, rajin-rajinlah clearkan folder anda. Guna USB dan melalui komputer baru anda dapat lihat ada banyak rupa-rupanya gambar yang anda dah delete tapi masih tersimpan di dalam folder tersembunyi. Delete gambar-gambar di folder tersebut dan InsyaAllah ianya akan hilang selama-lamanya. 

Sunday, March 24, 2013

Yang Muda Yang Bercinta - Noah Lirik


Siapa pernah tengok Sinetron Pengantin Remaja yang menggandingkan Christian Sugiono dengan Alyssa Soebandono?... Sinet ni kelakar kan? Huhu.. Walaupun macam bodoh je tengok sinet ni, tapi seronok untuk buang masa. Saya sangat sukakan gandingan mereka berdua. Sinet yang comel-sweet. Popular pada tahun 2006 di Indonesia dan di Malaysia ditayangkan pada tahun lepas. Dan yang paling best, mereka digandingkan kembali untuk sinetron terbaru tahun ini.


Ikut jalan cerita, saya lebih suka Pengantin Remaja sebab suka aksi romantik Abi dan Amel. Watak tambahan yang melucukan, saya lebih suka Yang Muda Yang Bercinta. Kisah Adit dan Aliya agak membosankan tapi watak Ipeh dan Bu Anna dan Bu Juleha memang best. Watak Ipeh paling best. Buat gelak memanjang. Actually, masa mula tengok sinet ni, saya baru lepas jalani ujian IUI. Kemudian, bila keputusannya negative, of course sedih. Tapi sebab layankan sinet ni, jadi tak lah terasa sedih sangat. Boleh lagi gelak-gelak. Sinet  ni masih bersiaran di Indonesia. Tapi bagi yang berminat bolehlah buang-buang masa tonton di Youtube. Klik SINI

Untuk pengetahuan, sinetron ni merupakan reunion antara pelakon-pelakon dari Pengantin Remaja. Jalan cerita masih sama, mengisahkan perjodohan berkaitan wasiat. Tapi garapannya berbeza. Apa pun, saya rasa terhibur dengan sinetron ni. 

Ciptaan yang sempurna >.<
Dia menikah tanggal 6 Feb 2009. Saya pula 7 Feb 2009. Kebetulan ya :)

OST drama ni best sangat.

Noah - Hidup Untukmu Mati Tanpamu Lirik

Begitu banyak hal yang ku alami, yang ku temui 
Saat bersamamu ku rasa senang, ku rasa sedih 
Air mata ini menyadarkanku
Kau takkan pernah jadi milikku
Air mata ini menyadarkanku
Kau takkan pernah menjadi milikku

Tak pernah ku mengerti aku segila ini
Aku hidup untukmu, aku mati tanpamu
Tak pernah ku sadari aku sebodoh ini
Aku hidup untukmu, aku mati tanpamu

Air mata ini menyadarkanku oooh
Kau takkan pernah menjadi milikku ooo

Tak pernah ku mengerti aku segila ini
Aku hidup untukmu, aku mati tanpamu
Tak pernah ku sadari aku sebodoh ini
Aku hidup untukmu, aku mati tanpamu