Friday, March 29, 2013

Malaysia International Shoe Festival 2013



Ini berita baik kepada shoe-holic sekalian. So, kepada uolss yang tak tau nak buat apa, nak pergi mana, bolehlah berkunjung ke MISF  yang bermula pada hari ini sehingga 31 Mac ini. Actually dah mula dari semalam tapi open to Public adalah bermula hari ini. Ini merupakan kali ke-4 festival ini diadakan di Malaysia and target to promote the Malaysian shoe industries kepada orang luar. Kepada yang berminat bolehlah pergi dan lihat sendiri lebih 150 jenis kasut yang akan dipertontonkan dan ada juga shoe fashion shows, games and giveaways sepanjang event berlansung.  

Jangan lupa follow MISF on Facebook for more info. 



Thursday, March 28, 2013

FARAHiskandar Bawal Shawl

Zaman sekarang ni, ramai wanita yang memilih untuk bertudung. Macam-macam fesyen tudung ada. Ada yang menutup aurat mengikut syariah islam, ada yang tidak benar-benar menepati syariah, dan ada yang sekadar bertudung untuk berfesyen. So, bagi yang memilih bertudung untuk berfesyen dan menutup aurat kenalah pandai membuat pilihan. Antara contoh tudung yang okey bagi saya adalah shawl Farah Lee iaitu FARAHiskandar Bawal Shawl. Ada beberapa jenis size. Labuh dan sederhana. Suka saya tengok sebab shawl nya cantik. Cumanya saya tak pernah berkesempatan untuk order sebab selalu out of stock walaupun mereka baru publish stok terkini. Tak sampai 1 jam semua dah habis di tempah. So bagi yang berminat kena lah selalu masuk ke Facebook  FARAHiskandar Bawal Shawl . Harganya sangat berpatutan. Kalau lambat memang melepas lah korang. 





Gambar di ambil dari FB FARAHiskandar Bawal Shawl. 
Pelbagai pilihan lain boleh dilihat di FB tersebut. 

:: saya ni saja je nak promote. padahal diri sendiri pun segan nak pakai shawl. balik-balik tudung Akel. Segan nak bergaya-bergaya. Huhu... Pandai sangkut kiri-kanan je. Nak belit-belit rasa malu. Sesuatu sungguh~

Wednesday, March 27, 2013

Pesanan Pengguna Smartphone WANITA

Saya nak share sesuatu kepada pengguna smartphone wanita. 




Ada sesetengah yang suka install sebarang aplikasi camera, atau picture editor. Lepas tu korang uninstall dan install app lain. Betul tak? Ini apa yang saya sendiri suka buat. Dan kadang-kadang saya suka-suka ambil gambar sendiri bila dirumah. Gambar tak pakai tudung, gambar dengan suami bila di rumah. Kemudian saya akan delete. Sebab ambil tu sekadar suka-suka. Kalau tak delete nanti kalau ada orang lain buat phone kita, mereka boleh nampak pula gambar-gambar tu semua. Dan anda rasa aplikasi yang telah uninstall tu akan automatik delete gambar-gambar yang pernah diambil. 

Dan anda tau tak betapa bahayanya applikasi sebegini?. Sebenarnya tanpa anda sedari setiap gambar yang anda ambil akan di save secara automatik. Mungkin anda tak perasan dia save di mana. Kadang-kadang kita rasa kita dah delete, tetapi rupa-rupanya di folder lain gambar tersebut telah selamat di simpan di situ. 

Sekiranya smartphone anda hilang atau dicuri, mungkin anda rasa selamat kerana tidak ada sebarang foto / video peribadi yang andai tersebar boleh merosakkan imej anda. Ye lah, manalah tau anda saja-saja ambil gambar pakai singlet ke, top ke, atau terlebih gatal ambil gambar pakai lingeries /  bra sahaja. Konon-konon nak tunjuk dekat suami. Pastu delete. Dan jika smartphone anda hilang semua gambar-gambar ini mungkin boleh tersebar di internet (kalau dapat pencuri yang berniat menyebarkan gambar anda).

Jadi, rajin-rajinlah clearkan folder anda. Guna USB dan melalui komputer baru anda dapat lihat ada banyak rupa-rupanya gambar yang anda dah delete tapi masih tersimpan di dalam folder tersembunyi. Delete gambar-gambar di folder tersebut dan InsyaAllah ianya akan hilang selama-lamanya. 

Sunday, March 24, 2013

Yang Muda Yang Bercinta - Noah Lirik


Siapa pernah tengok Sinetron Pengantin Remaja yang menggandingkan Christian Sugiono dengan Alyssa Soebandono?... Sinet ni kelakar kan? Huhu.. Walaupun macam bodoh je tengok sinet ni, tapi seronok untuk buang masa. Saya sangat sukakan gandingan mereka berdua. Sinet yang comel-sweet. Popular pada tahun 2006 di Indonesia dan di Malaysia ditayangkan pada tahun lepas. Dan yang paling best, mereka digandingkan kembali untuk sinetron terbaru tahun ini.


Ikut jalan cerita, saya lebih suka Pengantin Remaja sebab suka aksi romantik Abi dan Amel. Watak tambahan yang melucukan, saya lebih suka Yang Muda Yang Bercinta. Kisah Adit dan Aliya agak membosankan tapi watak Ipeh dan Bu Anna dan Bu Juleha memang best. Watak Ipeh paling best. Buat gelak memanjang. Actually, masa mula tengok sinet ni, saya baru lepas jalani ujian IUI. Kemudian, bila keputusannya negative, of course sedih. Tapi sebab layankan sinet ni, jadi tak lah terasa sedih sangat. Boleh lagi gelak-gelak. Sinet  ni masih bersiaran di Indonesia. Tapi bagi yang berminat bolehlah buang-buang masa tonton di Youtube. Klik SINI

Untuk pengetahuan, sinetron ni merupakan reunion antara pelakon-pelakon dari Pengantin Remaja. Jalan cerita masih sama, mengisahkan perjodohan berkaitan wasiat. Tapi garapannya berbeza. Apa pun, saya rasa terhibur dengan sinetron ni. 

Ciptaan yang sempurna >.<
Dia menikah tanggal 6 Feb 2009. Saya pula 7 Feb 2009. Kebetulan ya :)

OST drama ni best sangat.

Noah - Hidup Untukmu Mati Tanpamu Lirik

Begitu banyak hal yang ku alami, yang ku temui 
Saat bersamamu ku rasa senang, ku rasa sedih 
Air mata ini menyadarkanku
Kau takkan pernah jadi milikku
Air mata ini menyadarkanku
Kau takkan pernah menjadi milikku

Tak pernah ku mengerti aku segila ini
Aku hidup untukmu, aku mati tanpamu
Tak pernah ku sadari aku sebodoh ini
Aku hidup untukmu, aku mati tanpamu

Air mata ini menyadarkanku oooh
Kau takkan pernah menjadi milikku ooo

Tak pernah ku mengerti aku segila ini
Aku hidup untukmu, aku mati tanpamu
Tak pernah ku sadari aku sebodoh ini
Aku hidup untukmu, aku mati tanpamu



Thursday, March 21, 2013

Google Reader ditamatkan 1st July 2013

Sedih bila baca pesanan dari Google Reader tentang penutupan perkhidmatan ini. Semua orang tau betapa membantunya Google Reader selama ini kepada pengguna internet. Kalau selama ni semua link blog, berita, dapat kita kumpulan dalam 1 ruang yang memudahkan kita untuk membaca setiap yang di update. 


Bukan semua orang berkesempatan untuk masuk ke tiap-tiap blog. Macam saya, saya lebih suka membaca dari reader. Bila nak komen baru saya masuk ke link blog. Tapi lepas ni payah lah. Alternatif lain ada. Harapnya perkhidmatannya sama macam Google Reader. Bagi yang nak persediaan bila dah tak ada Google Reader, boleh guna www.feedly.com . Ianya kebih kurang sama macam reader. Cuma bila kita belum biasa, agak kekok. Tapi okey lah. Tersusun dan memudahkan. Feedly boleh juga di install di smartphone anda. Selamat mencuba!

Wednesday, March 20, 2013

.Nanti Allah balas.



Saya manusia biasa. Yang ada ketika marah menguasai diri. Saya bukan seorang yang penyabar. Berdepan dengan orang dewasa, mungkin saya penyabar. Tapi dengan kanak-kanak, saya cepat melenting. Kadang saya terfikir, mungkin saya banyak dosa dengan murid. Sebab tu sampai sekarang belum dikurniakan zuriat. Tapi kawan kata marah saya pada mereka kerana sayang. Saya marah bila perlu. Dan saya akan membelai mereka bila waktunya. Dan saya nampak murid-murid manja dengan saya walaupun saya garang.

Ada satu waktu yang saya hampir hilang kawalan. Bila ajar mengaji di rumah pelajaran yang sama sebulan, dua bulan tapi masih lagi salah. Sampai satu tahap marah saya membuak-buak. Marah yang tak terluah. Hanya dalam hati. Tapi dengan kata-kata yang saya rasa agak keras.

" Ya Allah, belajar benda yang sama sebulan tetap jugak salah. Apa masalah dia ni. Kenapa lambat pick up".

Luahan hati. Tapi, jauh disudut hati ada rasa bersalah. Dah memang dia lembam, kenalah faham dan sabar. Kau marah-marah dia, kau tak kan dapat. Jangan marah melampau, doakan dia lama-lama dapat. Nanti Allah balas. Dapat anak macam ni. Kau nak?

Nauzubillah. Astaghfirullah. Sabar. Sabar. Sabar. InsyaAllah bila sabar, lama-lama dia akan dapat. Cikgu minta maaf marah kamu. Semoga kamu terang hati dan mudah menerima ilmu. Aameen.

Thursday, March 14, 2013

Sony Xperia Z dalam genggaman


Alhamdulillah. Petang tadi Sony Centre call dan maklumkan Sony Xperia Z dah sampai. Balik dari kilang suami terus ke Sony Centre. Sepatutnya Sony Xperia Z akan mulai berada di Pasaran Malaysia esok, 15 Mac 2013.  Tapi suami dah dapat beli dulu pada 14 Mac 2013. Syukur Ya Allah. Masa di Singapore last week, suami minat dengan warna hitam. Tapi disebabkan smartphone saya putih, so suami beli putih juga demi memenuhi keinginan isteri. Huehue...Harga berapa ya? Lupa pulak nak tanya suami tadi. ehem.. 

:: Tahniah buat adik ipar dan biras yang disahkan akan mendapat cahayamata. Biras saya preggy 6 minggu. Usaha saya dan suami nampaknya tidak berhasil kali ini, tetapi Alhamdulillah rezeki buat mereka. 

Friday, March 8, 2013

Saya fobia

Statement saya sangat mudah. -

" Saya ada benda nak bincang. Saya minta maaf. Saya harap apa yang saya nak sebut ni, Puan tak ambil hati. Saya bimbangkan *****. Setiap kali mula class, dia akn ke tandas. Dalam 1 masa, 2-3 kali ke tandas. Dia macam tu ke dekat rumah? Bila dia asyik ke tandas, kerja dia banyak tak siap. Bila saya ajar dia tak nak jawab. Angguk tak, geleng pun tak. Saya harap Puan dapat sama-sama nasihatkan dia dan cuba bantu mana yang boleh."

Mungkin. Bagi orang yang bercakap sebagai guru kata-kata tu tak menjadi satu isu. Tapi, siapa sangka bila ibu-bapa pelajar tu rasa guru terlalu direct cerita kelemahan pelajar. Ayat bertapis macam mana yang diharapkan? Kalau tak bagi tahu masalah mereka, ibu bapa tak akan tahu. Kalau mereka gagal, guru akan dipersalahkan.

Bila isu ini sampai ke pihat atasan, saya rasa sedih. Niat saya nak kami sama-sama bantu anak mereka. Tapi, ianya disalah erti. Dan kadang-kadang saya terkilan dengan sikap ibu bapa yang tidak boleh menerima teguran. Ini sebagai pengajaran agar saya lebih berhati-hati. Tapi perkara macam ni buat saya takut nak cerita masalah pelajar pada parents. Bila ada parents yang tanya prestasi anak mereka, saya jadi was-was untuk bercerita. Ahh~ tension.

Wednesday, March 6, 2013

Doa :: Senjata Terbaik ::

[GAMBAR] Sekadar gambar hiasan

Menjadi seorang guru sebenarnya memerlukan kesabaran yang tinggi. Bagi guru tadika, mereka menghadapi tekanan apabila terpaksa mengajar berulang-ulang kali tapi murid tidak faham. Guru sekolah rendah mungkin juga begitu. Tetapi, bagi guru sekolah menengah, ujiannya lain. Mungkin ada segelintir yang menghadapi tekanan kerana pelajar tidak faham apa yang diajar. Tetapi mereka lebih diuji dengan sikap pelajar yang kadang-kadang tidak menghormati guru. Kalau dapat pelajar pandai-pandai, kadang-kadang ada yang memandang rendah pada guru. Especially pada guru-guru muda lepasan Universiti. 

Sebelum ini, saya jarang menyelitkan doa untuk murid-murid setiap kali saya berdoa. Tetapi, bermula minggu lepas, setiap hari saya mendoakan mereka. Kerana, saya menghadapi tekanan pada pelajar yang tidak memberi respon pada apa yang diajar, dan ada yang berulang-kali belajar topic yang sama sepatah haram pun tak dapat faham. Puas saya bersabar kerana saya tau semua ni salah guru itu sendiri. Bukan mereka tak nak faham, tetapi memang mereka tak faham. 

Alhamdulillah, bermula hari Isnin, seorang murid yang bila kita tanya geleng pun tidak, angguk pun tidak, suruh belasah jawab mana pun pensel tak gerak. Tapi, hari itu dia dapat menjawab semua soalan yang saya ajukan padanya. Walaupun agak lambat, terpaksa focus pada dia, tetapi itu sudah mencukupi bagi saya. Tadi, kumpulan pelajar yang selalu lambat siap kerja menjadi kumpulan pertama yang siap. Subhanallah. maha suci Allah. Alhamdulillah, terima kasih Allah. Sesuangguhnya, doa adalah senjata terbaik bagi mukmin. Semoga kau terangkan hati anak didikku agar mereka dapat menerima ilmu yang kami sampaikan. Aameen..

:: Ya Allah, jika waktu aku berdoa itu adalah waktu yang mustajab, semoga kau perkenankan doaku untuk memiliki zuriat keturunan yang soleh-solehah, sempurna ciptaan dan akal fikirannya. Yang akan menjadi hamba yangmemperjuangkan Agama-Mu. Aameen.