Thursday, February 21, 2013

Lirik dan Makna Doa Dhuha - UNIC version


للَّهُمَّ اِنَّ الضُّحَآءَ ضُحَاءُكׂَ وَالْبَهَاءَ بَهَاءُكׂَ 
وَالْجَمَالَ جَمَالُكׂَ   وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكׂَ
 وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكׂَ وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكׂَ اَللَّهُمَّ اِنْ كَانَ رِزْقِى فِى السَّمَآءِ فَاَنْزِلْهׂُ
 وَاِنْ كَانَ فِى الْاَرْضِ فَاَخْرِجْهׂُ وَاِنْ كَانَ مُعَسِّرَا فَيَسِّرْهׂُ
 وَاِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهׂُ وَاِنْ كَانَ بَعِيدًا فَقَرِّبْهׂُ بِحَقِّ ضُحَاءِكَ وَبَهَاءِكׂَ
 وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكׂَ آتِنِىْ مَآاَتَيْتَ مِنْ عِبَادِكَ الصَّالِحِيْنׂَ

Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha itu DhuhaMu, kecantikannya kecantikkanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah jika rezeki masih di langit, turunkanlah, Jika di bumi, keluarkanlah,
Jika sukar, permudahkanlah, Jika haram, sucikanlah, Jika jauh, dekatkanlah.

Berkat waktu Dhuha, kecantikanMu, keindahanMu, kekuatanMu, kekuasaanMu, Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang Soleh.

Saturday, February 16, 2013

Save The Date : Sony Xperia Z

Sony Xperia Z

Sony Xperia Z dijangkakan akan berada di Pasaran Malaysia pada 6 Mac 2013. Owhhhh!!! suami dah tak sabar nak grab this smartphone. Saya sendiri kurang ilmu tentang this smartphone. Tapi, dari apa yang suami katakan, Xperia Z kurang-lebih dengan size Samsung Galaxy SIII.  Body Xperia Z juga bukan dibuat daripada plastik tetapi tempered glass dan lapisan film anti rosak untuk membuatkan lapisan kaca tahan gores atau calar. Of course akan tahan lebih lama! Awesome. 

Skrin Xperia Z berukuran 5 inci dengan paparan HD penuh  (1920 x 1080 ) , kamera 13 megapixel dengan Exmor RS ( teknologi kamera digital yang dimasukkan ke dalam Xperia Z ), Quad Core Processor, Memory sebanyak 2GB RAM, dan bateri stamina yang mampu bertahan selama 4 kali ganda ( boleh setting untuk jimatkan tenaga) . Bateri Stamina akan deactivate Wi-Fi, Data Mobile dan aplikasi tertentu untuk sementara waktu. Tetapi anda masih boleh menerima SMS mahupun panggilan telefon.  Xperia Z berada dalam kelas yang sama dengan HTC Butterfly. 


Dan yang peling hebat, Xperia Z ni waterproof ( kalis air ) dan mampu bertahan dengan kedalaman sebanyak 1 meter dan telah mendapat pengiktirafan IP55/57. Keupayaan luar biasa ini dapat dicapai melalui panel kaca di bahagian depan dan belakang Xperia Z. Sambil berenang dalam kolam pun boleh bergambar dalam air . Hebat~ ( tapi jangan masuk laut pulak) hehehe...


Design Xperia Z juga nampak lebih menarik dan unik berbanding smartphone lain. Di Malaysia, ianya InsyaAllah akan didatangkan dalam 3 jenis warna, Hitam, Putih dan Ungu. Banyak lagi yang menarik teutama software Xperia Z tapi saya kurang terror bab software. So anda boleh dapatkan maklumat di website lain. Harga yang dijangkakan di Pasaran Malaysia adalah sekitar RM2400. Harap-harap boleh lebih murah! 

Suami cakap nak warna putih. Eeeee rasa macam nak jugak!!! Dapat pakai sama dengan suami. Huuu~... Berangan je mampu~

Thursday, February 7, 2013

Genap 4 tahun


Alhamdulillah, genap 4 tahun pernikahan kita. Abang, terima kasih kerana menjadi suami yang terbaik. Terima kasih atas rasa bahagia yang dihulur. Apa yang diuji, semoga berjaya kita hadapinya bersama. Semoga tahun ini membuka lembaran sejarah baru buat kita. Semoga impian kita akan termakbul. Amin...Amin...