Sony Xperia Z
Sony Xperia Z dijangkakan akan berada di Pasaran Malaysia pada 6 Mac 2013. Owhhhh!!! suami dah tak sabar nak grab this smartphone. Saya sendiri kurang ilmu tentang this smartphone. Tapi, dari apa yang suami katakan, Xperia Z kurang-lebih dengan size Samsung Galaxy SIII. Body Xperia Z juga bukan dibuat daripada plastik tetapi tempered glass dan lapisan film anti rosak untuk membuatkan lapisan kaca tahan gores atau calar. Of course akan tahan lebih lama! Awesome.
Skrin Xperia Z berukuran 5 inci dengan paparan HD penuh (1920 x 1080 ) , kamera 13 megapixel dengan Exmor RS ( teknologi kamera digital yang dimasukkan ke dalam Xperia Z ), Quad Core Processor, Memory sebanyak 2GB RAM, dan bateri stamina yang mampu bertahan selama 4 kali ganda ( boleh setting untuk jimatkan tenaga) . Bateri Stamina akan deactivate Wi-Fi, Data Mobile dan aplikasi tertentu untuk sementara waktu. Tetapi anda masih boleh menerima SMS mahupun panggilan telefon. Xperia Z berada dalam kelas yang sama dengan HTC Butterfly.
Dan yang peling hebat, Xperia Z ni waterproof ( kalis air ) dan mampu bertahan dengan kedalaman sebanyak 1 meter dan telah mendapat pengiktirafan IP55/57. Keupayaan luar biasa ini dapat dicapai melalui panel kaca di bahagian depan dan belakang Xperia Z. Sambil berenang dalam kolam pun boleh bergambar dalam air . Hebat~ ( tapi jangan masuk laut pulak) hehehe...
Design Xperia Z juga nampak lebih menarik dan unik berbanding smartphone lain. Di Malaysia, ianya InsyaAllah akan didatangkan dalam 3 jenis warna, Hitam, Putih dan Ungu. Banyak lagi yang menarik teutama software Xperia Z tapi saya kurang terror bab software. So anda boleh dapatkan maklumat di website lain. Harga yang dijangkakan di Pasaran Malaysia adalah sekitar RM2400. Harap-harap boleh lebih murah!
Suami cakap nak warna putih. Eeeee rasa macam nak jugak!!! Dapat pakai sama dengan suami. Huuu~... Berangan je mampu~
No comments:
Post a Comment