Friday, March 21, 2014

Barakallah Alyssa Soebandono dan Dude Harlino


Tanggal : 22 March 2014

Tahniah dan selamat menempuh hidup baru buat Alyssa Soebandono dan Dude Harlino. Buat yang mengenali saya, mereka pasti tau kalau saya adalah peminat kepada selebriti muda, Alyssa atau lebih dikenali dengan panggilan Icha. 


Walaupun sibuk dengan shooting sinetron, Icha tetap meneruskan pengajiannya untuk S1 (Ijazah) di Monash University Melbourne, Australia. Kemudian Icha ke Sussex University Bringhton U.K untuk exchange program. Setelah menamatkan S1 pada Disember 2011,  Icha meneruskan S2 (Master) Corporate Communication di The London School of Public Relations, Jakarta. Dan pada 10 Disember 2013 di Usia 21 tahun, Icha berjaya menamatkan S2nya, dan terpilih sebagai Best of The Best Student untuk Post-Graduate Programme 2013. Alhamdulillah, tahniah Icha. 

Dan di usia 22 tahun, Icha memilih untuk bernikah. I'm so proud of you. Setiap manusia itu pasti pernah melakukan kesilapan, tetapi kamu juga berhak untuk bertaubat dan bahagia. Semoga Dude akan menjadi suami yang terbaik untuk kamu dan kalian sama-sama menjadi pasangan yang beriman dan taat kepada Agama. Aku sentiasa mendoakan kebaikan buatmu. 

IchaDude, Semoga langgeng ampe Syurga

No comments: