Novel ni saya beli pada penghujung tahun lepas. Bagi saya novel ni best cuma agak membosankan on the middle of the book. Mungkin sebab mereka saling menerima antara satu sama lain di bab-bab pertengahan. Biasanya, kita akan baca hero-heroin bersama atau saling meluah rasa cinta di akhir novel. Jadi kita puas hati dan tutup novel. Tapi Suami Aku Ustaz (SAU) ni pulak, lepas mereka berbaik, saling menerima, ada pulak konflik lain. Ada orang yang suka. Tapi saya kurang suka. Sepanjang baca, saya membayangkan dua pasangan ni. Hehehe
Apa pun cara olahan SAU memang best. Berbeza dari yang lain. Memang kita selalu baca kisah kahwin paksa, tak cinta, kisah budak sekolah kena kahwin paksa dan sebagainya. Tapi disebabkan kisah ni si suami seorang Ustaz, maka pastinya kisah mereka lebih menarik. Isteri kepada Ustaz sendiri. Sweet kan?
Tapi kan, disebabkan saya dah membayangkan Ustaz Hafiz sekacak Christian Sugiono, maka amatlah mengecewakan bila saya dapat tahu Adi Putra bakal memegang peran sebagai ustaz Hafiz. Ustaz Hafiz, saya kira usianya sekitar 26-28 tahun memandangkan Alisa pernah berkata yang Ustaz Hafiz mula mengajar disekolahnya 2 tahun lepas sebaik tamat belajar di UIA. Bayangkan Ustaz Hafiz grad umur 24/ 25 tahun. 2 tahun kemudian usianya sekitar 26-27 tahun. Saya tak minat Adi Putra jadi sangat kecewa kerana watak itu digalas oleh dia yang dah berusia. Seumur hidup saya, tak pernah 1 pun drama / filem lakonan Adi Putra yang saya tengok sampai habis. Biasa nampak dia je terus hilang mood tengok. Huhu...Alergi sungguh.
Dan watak Alisa, lebih mengecewakan saya. Kenapa ya mesti bagi watak pada artis yang sedia popular? Saya tau ini filem dan produser mesti mengharapkan ianya jadi filem pecah panggung. Jadi memerlukan pelakon yang diminati rama dan berbakat. Tapi apa salahnya bagi pada pelakon muda. Bukanlah nak kata Nora Danish dah tua, cuma saya lebih suka artis remaja yang pegang watak Alisa. Kadang-kadang artis ni bising bila terdapat lambakan pelakon luar di Malaysia. Tapi pengarah / penerbit malaysia sendiri ragu-ragu memilih artis baru sebagai heroin filem. Izara Aishah, Neelofa, Emma Maembong, Nelydia Senrose antara artis muda yang saya kira punya peminat yang ramai dan punya bakat yang boleh diketengahkan. Tapi kenapa mesti Nora Danish yang dah berusia 3- tahun tapi akan bawa watak gadis berusia 17 tahun?
Ada yang kata dia sesuai sebab muka dia comel dan baby face. Tapi bagi saya apa salahnya bagi pada artis yang memang muda remaja?...
Saya suka novel ini cuma tidak begitu bersetuju dengan pemilihan pelakon. Ini sekadar pandangan peribadi saya dan ianya tidak memberikan apa-apa perubahan pun. Tapi saya sekadar nak meluah sedikit pandangan di blog sendiri. Maaf bagi yang tidak bersetuju.
Sinopsis
Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak dengan ayah sudah mula tidak percayakan diri dia, apa lagi yang dia boleh buat?
“Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah.”
Yang menjadi masalah buat Alisa apabila ‘TIDAK’ bukan salah satu pilihan jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah pernah terfikir hendak melarikan diri daripada keluarga. Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka. Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia?
“Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang popular pula tu sebab masih belum berpunya. Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada aku, dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk ‘Kelab Peminat Ustaz Hafiz’ sekiranya kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa, ya tak? Aduh! Tidak fasal-fasal dia menjadi kepunyaan aku pula.”
Macam mana agaknya apabila Alisa yang berperangai gila-gila terpaksa hidup dengan Hafiz yang hidupnya skema? Tapi skema ke Hafiz kalau perangainya suka menyakat Alisa sejak lahir sehinggalah besar?
“Cuma aku harap, kahwin ni bukan bermakna hidup aku berakhir. Well, kau tahulah kan. Cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya kita ni sebenarnya hidup kita baru bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku harap, everything is going to be well.”
Alisa. Cita-citanya setinggi langit, cintanya masih belum pernah berputik. Akan wujudkah cinta buat si suami dan bertahankah jodoh mereka berdua? Perlukah salah seorang berkorban hanya untuk membuatkan cita-citanya kesampaian?

2 comments:
Kenapa Adi Putra?
Kerana filem ini buah tangan pertama di bawah syarikat beliau. :)
Kenapa Adi Putra? Kerana itu hak dia kan? Filem terbitan dia, sukati dia lah... huhu...tapi nak buat mcm mana. Saya sekadar meluahkan pandangan yang dia x sesuai di mata saya. Mata orang lain kata dia sesuai je kan...
Post a Comment