Orang Melayu bercakap dengan Cina, slang dia akan jadi ala-ala amoi / apek.
Orang Melayu bercakap dengan India, slang dia akn berubah jadi ala-ala indian.
Orang Melayu Semenanjung jumpa Sabahan, slang terus jadi sabahan.
Dan yang paling teruk, orang Melayu jumpa Indonesia, terus nak bercakap macam orang Indonesia.
Kenapa ya?. Kalau rakyat biasa yang macam ni mungkin kita boleh terima. Tapi kalau sampai DJ Radio mahupun Pengacara TV mengundang artis / celebriti Indonesia, terus mereka nak guna bahasa Indonesia. Tak semua macam tu. Tapi kebanyakannya. Sampai kadang rasa sakit telinga mendengar. Sudahlah bahasa Indonesianya salah. Slang melucukan. Annoying sangat. Kau DJ / Pengacara siaran Malaysia. Kau nak jadi orang Indonesia kenapa? Mereka yang diundang ke Malaysia, jadi mereka yang kena pandai bawa diri dan membiasakan dengan cara di Malaysia. Tak salah meraikan, tapi bila siarannya live, cubalah memartabatkan bahasa Malaysia.
Kalau artis Malaysia yang diundang ke Indonesia. Ada ke DJ / Pengacara mereka nak bercakap dalam bahasa Malaysia? Terlalu sedikit kalau ada pun. Beberapa patah sahaja. Baru ni dengar radio Era. Penyampainya cuba berbahasa Indonesia bila berkomunikasi dengan tetamu jemputan. Tapi kenapa bila nak bercakap dengan pendengar pun nak berbahasa Indonesia?. Kemudian, kadang kala bila cakap bahasa Indonesia, bila rasa perkataan tersebut kelakar, mereka cuba mempermainkan perkataan tersebut dalam loghat indonesia.
Meraikan tak salah. Tapi mempromosikan bahasa sendiri bukankah lebih baik?
Sunday, November 24, 2013
Monday, November 18, 2013
Entry istimewa buat Tian, Tikam dan baby Arjuna Zayan
Wednesday, November 13, 2013
Selawat Murah Rezeki
اَللَّهُمَّ
صَلِّى عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
صَلَاةً تُوَسِّعُ بِهَا عَلَينَا الْاَرْزَاقْ
وَتُحَسِّنُ بِهَا لَنَا الْاَخْلَاقْ
وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ
Wahai Allah rahmati dan kurniakanlah,
Kesejahteraan atas Muhammad Rasulullah,
Dan selawat yang dapat melapangkan rezeki kami,
Dan menjadikan baiknya
akhlak kami,
Dan curahkanlah kesejahteraan
atas keluarga dan para sahabatnya.
Sunday, November 10, 2013
Selawat Tafrijiyyah
اللَّهُمَّ
صَلِّ صَلَاةً كَامِلَةً, وَسَلِّمْ سَلَامًا تَامًّا
Ya Allah, berilah restu dan kesejahteraan
yang sempurna
عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد,
Kepada junjungan kami, Nabi Muhammad
تَنحَلُّ
بِهِ العُقَدُ, وَتَنْفَرِجُ بِهِ الكُرَبُ,
Semoga terurai segala kesimpulan. Dilepaskan
dari segala kesusahan.
وَتُقْضَى
بِهِ الْحَوَاءِجُ, وَتُنَالُ بِهِ الرَّغَاءِبُ,
Ditunaikan segala hajat. Tercapai segala
keinginan.
وَحُسْنُ
الْخَوَاتِمِ, وَيُسْتَسْقَى الْغَمَامُ
Dan mendapat Husnul Khotimah. Dan
dicurahkan hujan rahmat.
بِوَجْهِهِ
الْكَرِيْمِ,
Dengan berkat peribadinya yang mulia.
وَعَلَى
آلِهِ وَصَحْبِهِ فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ
Demikian juga kepada keluarga dan
sahabat2 Baginda pada setiap kelipan mata dan hembusan nafas,
بِعَدَدِ كُلِّ مَعْلُوْمٍ لَكَ
bahkan sebanyak pengetahuan Engkau.
Friday, November 8, 2013
Doa Qunut Nazilah UNIC
اَللَّهُمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُورِ
أَعْدَائِنَا ۞ وَنَعُوذُبِكَ
مِنْ شُرُورِهِمْ ۞
اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ
۞ وَفَرِّقْ
جَمْعَهُمْ ۞ وَشَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ
۞
وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ ۞ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِن كِلَابِكَ ۞
يَا قَهَّارُ ۞ يَا جَبَّارُ ۞ يَا مُنْتَقِمُ ۞
يَا اَللهُ، يَا اَللهُ، يَا اَللهُ،
اَللَّهُمَّ يَا مُنزِلَ الْكِتَابِ ۞ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ ۞
يَا هَازِمَ الْأَحْزَابِ
اِهْزِمْهُمْ …اِهْزِمْهُمْ …اِهْزِمْهُمْ …وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ
۞
Ya Allah
kami letakkan kamu di batang leher musuh-musuh kami
Dan
kami berlindung denganMu dari kejahatan mereka
Ya
Allah hancurkan kumpulan mereka
Ya
Allah pecahkan pakatan mereka
Ya
Allah leburkan pendirian mereka
Ya
Allah musnahkan langkah mereka
Cengkamkan
anjing-anjingMu kepada mereka aaaa
Ya
Allah yang maha memaksa
Ya
Allah yang maha perkasa
Ya
Allah yang maha membalas
Ya
Allahhu Ya Allahu Ya Allah
Yang
turunkan kitab yang gerakkan awan
Yang
tewaskan tentera Ahzab
Kalahkan mereka, kalahkan mereka, kalahkan mereka,
dan
menangkanlah ke atas kami.
Subscribe to:
Posts (Atom)