Titi Kamal dan Christian Sugiono merupakan pasangan selebriti yang sangat menarik perhatian saya. Mereka adalah pasangan secocok yang sederhana tetapi bahagia. Tidak seperti selebriti lain yang kadang-kala terlalu menunjukkan kemesraan hingga boleh membuat orang rasa annoying. Tapi Tian dan Tikam, mereka terlalu sederhana dan tidak perlu mengharap publisiti. Tetapi, bagi yang mengikuti perjalanan cinta mereka, pasti akan merasa cemburu dan bahagia. Cemburu dan bahagia melihat hubungan mereka.
Mereka diijabkabul tanggal 6 Februari 2009 di Australia. Awal sehari dari tarikh pernikahan saya. Selepas itu, pasangan ini menunggu kelahiran cahaya mata selama hampir 4 tahun. Pelbagai usaha dilakukan hingga mereka hampir berputus asa. Usia pernikahan hampir menjangkau ke 4 tahun tetapi hasrat untuk hamil tidak juga terkabul. Tanpa mereka sedari, ketika ulangtahun pernikahan mereka genap 4 tahun, Tikam akhirnya hamil. 2 minggu selepas itu barulah dia menyedari kehadiran janin di dalam kandungannya. Pastinya kandungan itu merupakan hadiah paling istimewa sempena ulangtahun pernikahan mereka yang ke 4.
Tanggal 17 November 2013, Tikam selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka yang di beri nama Arjuna Zayan Sugiono. Kelahiran ini pasti sangat bermakna buat mereka. Hinggakan saya sendiri turut merasa gembira dan terharu. Saya tidak akan lupa kata-kata Titi Kamal supaya saya bersabar kerana dengan izin Allah akan ada rezeki baby untuk saya. Amiin. Terima kasih kerana mendoakan aku. Semoga kamu sihat dan terus bahagia di samping baby Juna dan soulmate kamu, Tian.
No comments:
Post a Comment