Orang melayu, mereka suka menggunakan bahasa kiasan dengan anak-anak. Tak kisahlah ibu ayah, atuk nenek, mahupun pendidik. Bila berhadapan dengan kanak-kanak, banyak perkataan yang mereka sebut secara kiasan. Contohnya bila sebut vagina mereka sebut 'bunga'. Kalau zakar mereka sebut 'bird @ bebird. Apa salahnya kalau kita sebut secara terang pada kanak-kanak sejak awal. Bunga mungkin boleh sebut vagina. Kalau rasa susah dan panjang, tak apa. Mungkin mereka tak dapat nak ikut sebutan yang betul. Tapi sebagai orang dewasa, kita kena biasakan mereka dengan perkataan-perkataan tersebut. Untuk lelaki kenalkan dengan nama 'zakar'.
Ini cerita benar. Si ibu bertanya pada anaknya, "adik pergi mana dengan abang?" . Si adik menjawab "main bunga".... Beberapa hari selepas itu si ibu bertanya lagi, "adik main apa dengan abang?" Adik menjawab "main bird". Ibunya memang tak sedar kalau jawapan tersebut sebenarnya adalah bahasa kiasan yang diperkenalkan pada anaknya. Hingga nampak depan mata, baru si ibu sedar akan kesilapannya.
Kerana itu, saya menyeru supaya kita semua menukar perkataan yang digunakan secara kiasan seperti itu. Saya sendiri pernah berhadapan dengan kanak-kanak yang apabila diperkenalkan 'bunga' pada dia, dia jawab "itu bukan bunga. Bunga dalam seluar". Saya terpaksa jelaskan semula dan dia merasakan dirinya selama ini ditipu oleh ibu ayahnya. Secara tidak langsung, kita telah memberi persepsi tidak elok pada anak-anak ini. Sebutlah secara tepat. Perkenalkan perkataan yang tepat, bukan lagi kiasan.
Dan dan dan. Please, jangan bercakap 'pelat' dengan kanak-kanak.
No comments:
Post a Comment