Tak lama lagi sesi persekolahan baru akan bermula. Sekarang pun ramai ibu bapa dah mula survey tadika-tadika untuk anak-anak kan?. Jadi di sini saya ada beberapa pesanan atau nasihat kepada ibu bapa yang telah membuat pendaftaran untuk anak-anak mereka. Entry ini lebih saya tujukan kepada ibu bapa yang tidak pernah mempunyai pengalaman menghantar anak ke tadika atau ke nursery. Jom cekidot. Sikit je pun pesanannya.
Beri kepercayaan pada tadika yang di pilih
Tadika yang akan anak-anak anda masuk adalah tadika yang anda dah survey terlebih dahulukan? Jadi, tolong letakkan sepenuh kepercayaan kepada pihak tadika. Tidak semua tadika mengizinkan ibu bapa menunggu anak-anak di tadika pada hari atau minggu pertama persekolahan. Ini kerana kehadiran ibu bapa akan membataskan pergerakan cikgu-cikgu. Cikgu malu sebenarnya nak melayan karenah murid baru bila ada ibu bapa yang memerhati. Memang ada je tadika yang izinkan ibu bapa menunggu. Tetapi sebenarnya kehadiran ibu bapa sedikit-sebanyak akan mengganggu proses pembelajaran. Kehadiran ibu bapa boleh membuatkan anak-anak hilang tumpuan. Asyik nak pandang mak je kerjanya. Lepas tu mana-mana yang okey boleh jadi tak okey lepas nampak mak dia tengah menunggu kat luar.
Jangan turutkan karenah anak
Ragam budak baru nak sekolah ni memang macam-macam. Ada yang menangis masa nak masuk pagar tadika, ada yang meronta tak nak masuk, ada yang mula-mula okey, tapi lepas mak cakap 'jangan nangis eh' hah! terus melalak budak tu nanti. So nasihat saya, hantar anak macam biasa walaupun dia menangis terlolong dan terus tinggalkan anak. Tak perlu beri kata simpati atau memujuk pada anak. Sebab, normally minggu pertama persekolahan memang anak-anak akan menangis sebab dia masih belum biasa dengan persekitaran. Hari pertama, mestilah kita nak tengok macam mana anak kita kan? Tapi percayalah, dengan kehadiran kita proses untuk buat anak senyap tu akan bertambah susah. Sebaiknya hantar dan balik. Masa ambil anak balik hari pertama, tengok keadaan anak. Masih menangis atau tidak. Ada luka atau kecederaan. Kalau tak ada, teruskan keyakinan untuk letak anak ke tadika tersebut.
Selepas sebulan bersekolah
Kalau masa pergi anak masih menangis, tapi bila balik anak okey. Itu tandanya dia memang nak sekolah. Dia menangis waktu pagi sebab memang dia nak menangis. Saja-saja menangis. Mungkin mengantuk. Mungkin memang saja nak jadi menangis tu wajib. Tu namanya perangai budak-budak. Tapi kalau dah sebulan, pergi menangis- masa sesi pembelajaran menangis- masa balik pun masih menangis, mungkin kena tukar cuba tukar sekolah lain. Kalau kat sekolah lain, dia okey maksudnya dia serasi dengan sekolah tu. Tapi kalau kat sekolah lain pun masih menangis berlarutan, rasa-rasa masalah pada anak kita kot?. Memang jenis tak nak sekolah.
Jangan letak 100% pengharapan pada cikgu
Ada sesetengah ibu bapa nak anaknya umur 5 tahun dah pandai membaca. Tapi di rumah jarang nak ambil berat tentang perkembangan anak. Semua nak salahkan cikgu. "kenapa anak dia dah pandai, anak saya belum cikgu?" "kenapa itu kenapa ini". Bayangkan, di sekolah cikgu nak ajar ramai murid. Lagi-lagi umur 5 tahun. Kebanyakan memang baru nak kenal huruf. Jadi proses pembelajaran adalah berperingkat. Mana kategori baru nak kenal huruf, cikgu akan tekankan pada pengenalan dan penulisan. Mana yang dah kenal huruf, cikgu dah boleh tekankan membaca dan penulisan. So tak bolehlah nak samakan anak orang dengan anak kita. Ibu bapa tolonglah, sama-sama didik anak di rumah. Jangan hanya harapkan usaha cikgu. Apa yang anak belajar disekolah mesti perlu kesinambungan di rumah. Kadang-kadang ada ibu bapa yang sampai tak periksa beg anak. Homework anak langsung tak berusik.
Okey, tu je saya nak share setakat ni. Banyak lagi pesanan tapi tak larat nak type. Entry ni pun saya type separuh sebelum cuti. Tak sangka dah cuti baru siap untuk di post. InsyaAllah ada kesempatan saya akan share pandangan saya tentang ibu-bapa, anak, dan cikgu. Kalau ada pandangan atau cadangan bolehlah dikongsi. Semoga apa yang saya kongsi memberi manfaat kepada semua.
No comments:
Post a Comment