Saturday, July 27, 2013

Merasa untuk berniqab di musim jerebu

Annyeong!

Saya sebenarnya dah beberapa kali terdetik nak pakai purdah / niqab. Cumanya nak pakai secara kekal memang rasa belum bersedia atau belum mampu? Tapi teringin nak pakai sekali dan jalan di tempat awam. So, one day masa jerebu yang sangat teruk bulan lepas merasalah saya pakai face mask. Hihihi...Bukan purdah tau. Pakai mask pun okey lah kan? Sebab saya teringin nak merasai situasi bila muka kita bertutup dan berada di tempat awam. So pagi Jumaat tu saya keluar ke Pasar Pagi seorang diri. Suami kerja, dan kebetulan sekolah cuti sebab Jerebu. So saya tak kerja lah pagi tu.

Kesimpulannya, saya rasa sangat selesa bila muka bertutup ni. Sebab orang layan kita macam biasa je. Memang tak rasa terganggu seperti kebiasaan. Walaupun berselisih atau berjual beli dengan lelaki muda. Tak ada dah mata-mata yang mengganggu. Begini rupanya rasa bila berniqab. Memang aman dan tenteram. Sayangnya saya belum diberi kekuatan untuk berniqab. Lagipun belum ada permintaan dari suami.

Baru-baru ni saya ditugaskan untuk ke Kuala Besut. Memandangkan saya akn pergi bersama kawan muslimat, dan tanpa suami jadi saya bercadang nak pakai niqab sepanjang keberadaan di sana. Bila berada dalam tempoh agak lama, tanpa suami, jadi rasa lebih selamat bila berniqab. Entah macam mana saya boleh terlupa bawa niqab. Terkilan, tapi tak apa lah. Bukan apa sangat sebenarnya. Cuma rasa seronok bila rasa tak ada gangguan ni.

Seperti yang dijangka, pertama rakan muslimat yang bari dikenali di sana semua salah sangka pada saya. Mereka sangka saya anak dara dan budak lepasan sekolah atau awal 20an. Bila taaruf memang ramai yang terkejut. Hal ni memang normal. Saya pun tak kisah sebab dah biasa. Kedua, mak cik- mak cik yang merisik-risik untuk jodoh-menjodohkan ni. Bila sangka saya anak dara yang masih menuntut di Universiti maka adalah mak cik ni yang dah mula risik-merisik. Tanya itu ini sampai bab status terus batalkan hasrat.

Ketiga, pandangan dari pemuda. Yang ni yang paling saya nak elak. Tak pernah salahkan mereka kalau mereka ada hasrat nak berkenalan dengan saya. Sebab mereka tak tau pun status saya. Cumanya kita rasa sangat tak selesa. Lagian, tak pernah terfikir nak mainkan perasaan siapa-siapa. Saya memang akan sembunyi / mengelak bila tempat tu ada pemuda. Tapi sejauh mana je nak elak bila kena buat kerja berkumpulan macam tu?. Mana yang bertanya pada muslimat mungkin akan tau saya ni isteri orang. Tapi mana yang suka diam-diam, memang kesianlah. Tup-tup bila balik dari program, kawan SMS bagitau ada pemuda nak kenal dengan saya. Nasib baik kawan jelaskan status saya.

Suami?. Risau sudah tentu. Tapi kata suami, dia percayakan saya. Alhamdulillah. Terima kasih abang. Lagipula pada saya ujian-ujian ni semakin membuat saya berhati-hati untuk berhubung dengan mana-mana lelaki. Saya selalu berdoa semoga benda-benda macam ni tak membuatkan saya riak. Setakat kini, hal begini sentiasa membuatkan saya rasa ingin menjaga diri dan memupuk lebih rasa kasih-cinta-sayang pada suami. Dia suami yang baik. Walaupun dia tau hal-hal begini mungkin akan berlaku tetapi dia tetap mengizinkan saya pergi jika ditugaskan. Kepercayaan suami menambah rasa hormat padanya.

Kawan? Ada yang biasa. Ada yang bosan sebab terpaksa jawab soalan yang sama. Kerana mereka biasanya yang akan bagitau status saya. Tapi ada juga kawan yang suruh saya berniqab. Penat katanya nak hadap bila ada yang merisik-risik. Kata kawan, mungkin saya boleh jaga hati dan tak tergoda dengan ujian yang datang. Tapi kesian pada lelaki yang tertarik pada saya. Astaghfirullah.

Alhamdulillah, syukur pada kurniaan Allah pada saya. Tetapi sebolehnya saya berharap kurniaan ini tidak memberikan masalah pada saya. Semoga saya masih mampu menjaga diri, maruah dan agama. Saya paling takut bila terlintas rasa bangga. Astaghfirullah. Pelihara diri dan maruahku Ya Allah.













Tuesday, July 16, 2013

Mak-Ayah bangga, anak terseksa


Salam Ramadhan Al-Mubarak. Masuk bulan puasa, mulalah mak-ayah suruh anak-anak puasa. Siapa puasa penuh akan diberikan ganjaran. Siapa tak puasa, maka tak dapatlah apa yang ditawarkan. Ada ibu ayah yang paksa anak kecil berpuasa. Bagi saya, umur 6 tahun kita boleh latih mereka puasa penuh hingga maghrib. Tapi kalau mereka minta makan, janganlah dipaksa mereka untuk tahan. Usia 5 tahun, puasa setengah hari. Usia 4 tahun, tak perlulah dipaksa. Kalau mereka nak puasa kerana kawan-kawan disekolah puasa, cukuplah puasa hingga pukul 12. Paling lama bagi saya. Kerana usia sebegini masih tidak digalakkan untuk berpuasa penuh. Anak berusia 4 tahun masih perlukan susu. Jadi adalah tidak wajar apabila mereka dipaksa bertahan lapar dahaga hingga ke peteng.

"Cikgu pastikan anak saya tak makan-minum. Dia puasa". 

Pesanan yang akan buat guru-guru tadika pening kepala. Pastikan murid 4 tahun menahan lapar dahaga?. Guru-guru pasti dalam dilema bila anak-anak ini mengadu lapar atau dahaga. Tapi bila diberi makan dan minum, ibu ayah marahkan guru. 

"Anak saya 4 tahun, puasa sampai petang."

Ya, ibu-ayah bangga bercerita dengan kawan sekerja, dengan kaum kerabat bahawa anaknya berusia 4 tahun dapat puasa penuh. Lagi bangga kalau penuh sebulan. Tapi pernah tak mereka terfikir kalau kebanggaan mereka disebalik kesengsaraan anak-anak. 

" Dia boleh puasa. Tak lapar. Dia tau dia puasa"

Ya, memang anak-anak ini tau. Tapi, kenapa mereka menahan diri dari makan dan minum? Kerana mereka telah diugut dengan janji-janji yang ditawarkan sekiranya mereka puasa penuh. Jadi, mereka berpuasa kerana terpaksa. Demi untuk mendapatkan ganjaran hadiah dari ibu ayah. Jadi apa kebaikannya?

Sedangkan nabi berpesan, suruhlah anak-anak berusia 7 tahun untuk solat. Dan rotanlah mereka apabila berumur 10 tahun jika mereka enggan solat. Ia bertujuan untuk mendidik dan menegur anak. Bukan nabi paksa anak berpuasa. Kerana InsyaAllah, apabila solat mereka terjaga mereka akan berpuasa dengan sendirinya. Tetapi orang yang tidak solat, belum tentu juga akan berpuasa. 

Ibu ayah, tolonglah fikirkan perasaan anak-anak kecil anda. 

Monday, July 1, 2013

Ragam Penyampai Radio


Pernah tak terjadi kat pembaca semua, tukar channel radio berulang kali? Kadang-kadang rasa pelik, perlu ke penyampai radio ni buat lawak sepanjang masa?. Secara jujur, saya paling tak berkenan dengan cara penyampaian Raja Azura aka Kak Engku dan Salleh Yaacob. Kalau mereka bercakap seolah-olah semua benda tu mesti kena diselitkan dengan lawak. Sampai kadang nampak sangat tak ikhlas nak gelak, sendiri rasa lawak tu bodoh. Dan saya seperti merasakan yang Abby Fana cuba untuk gelak walaupun sesetengah perkara tak perlu di lawak bodohkan. Erm. Bahasa. 

Kalau tengok Abby Fana sendiri, ada beberapa topik yang dia akan cuba selitkan humor, dan ada yang dia akan cakap seperti biasa tanpa perlu humor dan tak terlalu serius. Gayanya santai dan tak membingitkan telinga. Sebab Kak Engku macam berebut-rebut dan bercakap plus dengan melawak bodoh. Sungguh annoying di telinga saya. Bukan tak boleh nak melawak, tapi kenalah berkesesuaian. 


Kalau Faizal Ismail pula, saya kurang suka sebab kadang-kadang rasa gelagat dia tak sesuai untuk lelaki seperti dia. Usia yang dah tak sesuai kot nak buat2 manja dan inesen? Sorry pada peminat beliau.

Untuk Ikim.Fm, dj untuk segmen Alam Ria Kanak-Kanak. Tak silap namanya kak Ati? or Kak Yati?. Something like that lah. Tak sure nama dia sebab tiap kali dengar suara dia mesti nak tukar channel lain. Kenapa? Sebab seorang muslimah macam tak sesuai nak bersuara manja-manja. Memang kadang-kala kita akan cuba berintonasi manja bila melayan ragam kanak-kanak. Tapi, bila yang mendengarnya 1 dunia, termasuk lelaki ajnabi jadi saya kurang setuju. Kalau penyampai tu bersuara sederhana tanpa perlu dimanjakan, ianya tetap sesuai untuk perbualan dengan kanak-kanak. Sebab, bila suami sendiri pun tegur kenapa DJ ni manja sangat suaranya?.  Okey, suami of course lelaki.

Penyampai radio yang saya rasa humble dan sederhana memang ada ramai terutama dalam IKIM.FM. Tapi Penyampai dari Suria.Fm saya sukakan Linda Onn dan Halim Othman. Tak perlu melawak sepanjang masa, dan tak perlu buat suara gedik manja. Ada waktu mereka selitkan dengan lawak, ada waktu serius, ada waktu mereka santai. Telinga pun tak rasa bingit. Kalau nak kata sebab telinga bingit, mana-mana radio pun suka pasang lagu membingikan telinga. Baik dengar IKIM.FM yang tenang je kan?. Tapi masalahnya ikim banyak sangat segmen tajaan yang mempromosikan produk. Tu yang saya paling bosan. 

Okey, sekadar berkongsi pandangan.