Salam Ramadhan Al-Mubarak. Masuk bulan puasa, mulalah mak-ayah suruh anak-anak puasa. Siapa puasa penuh akan diberikan ganjaran. Siapa tak puasa, maka tak dapatlah apa yang ditawarkan. Ada ibu ayah yang paksa anak kecil berpuasa. Bagi saya, umur 6 tahun kita boleh latih mereka puasa penuh hingga maghrib. Tapi kalau mereka minta makan, janganlah dipaksa mereka untuk tahan. Usia 5 tahun, puasa setengah hari. Usia 4 tahun, tak perlulah dipaksa. Kalau mereka nak puasa kerana kawan-kawan disekolah puasa, cukuplah puasa hingga pukul 12. Paling lama bagi saya. Kerana usia sebegini masih tidak digalakkan untuk berpuasa penuh. Anak berusia 4 tahun masih perlukan susu. Jadi adalah tidak wajar apabila mereka dipaksa bertahan lapar dahaga hingga ke peteng.
"Cikgu pastikan anak saya tak makan-minum. Dia puasa".
Pesanan yang akan buat guru-guru tadika pening kepala. Pastikan murid 4 tahun menahan lapar dahaga?. Guru-guru pasti dalam dilema bila anak-anak ini mengadu lapar atau dahaga. Tapi bila diberi makan dan minum, ibu ayah marahkan guru.
"Anak saya 4 tahun, puasa sampai petang."
Ya, ibu-ayah bangga bercerita dengan kawan sekerja, dengan kaum kerabat bahawa anaknya berusia 4 tahun dapat puasa penuh. Lagi bangga kalau penuh sebulan. Tapi pernah tak mereka terfikir kalau kebanggaan mereka disebalik kesengsaraan anak-anak.
" Dia boleh puasa. Tak lapar. Dia tau dia puasa"
Ya, memang anak-anak ini tau. Tapi, kenapa mereka menahan diri dari makan dan minum? Kerana mereka telah diugut dengan janji-janji yang ditawarkan sekiranya mereka puasa penuh. Jadi, mereka berpuasa kerana terpaksa. Demi untuk mendapatkan ganjaran hadiah dari ibu ayah. Jadi apa kebaikannya?
Sedangkan nabi berpesan, suruhlah anak-anak berusia 7 tahun untuk solat. Dan rotanlah mereka apabila berumur 10 tahun jika mereka enggan solat. Ia bertujuan untuk mendidik dan menegur anak. Bukan nabi paksa anak berpuasa. Kerana InsyaAllah, apabila solat mereka terjaga mereka akan berpuasa dengan sendirinya. Tetapi orang yang tidak solat, belum tentu juga akan berpuasa.
Ibu ayah, tolonglah fikirkan perasaan anak-anak kecil anda.
No comments:
Post a Comment