Saturday, July 27, 2013

Merasa untuk berniqab di musim jerebu

Annyeong!

Saya sebenarnya dah beberapa kali terdetik nak pakai purdah / niqab. Cumanya nak pakai secara kekal memang rasa belum bersedia atau belum mampu? Tapi teringin nak pakai sekali dan jalan di tempat awam. So, one day masa jerebu yang sangat teruk bulan lepas merasalah saya pakai face mask. Hihihi...Bukan purdah tau. Pakai mask pun okey lah kan? Sebab saya teringin nak merasai situasi bila muka kita bertutup dan berada di tempat awam. So pagi Jumaat tu saya keluar ke Pasar Pagi seorang diri. Suami kerja, dan kebetulan sekolah cuti sebab Jerebu. So saya tak kerja lah pagi tu.

Kesimpulannya, saya rasa sangat selesa bila muka bertutup ni. Sebab orang layan kita macam biasa je. Memang tak rasa terganggu seperti kebiasaan. Walaupun berselisih atau berjual beli dengan lelaki muda. Tak ada dah mata-mata yang mengganggu. Begini rupanya rasa bila berniqab. Memang aman dan tenteram. Sayangnya saya belum diberi kekuatan untuk berniqab. Lagipun belum ada permintaan dari suami.

Baru-baru ni saya ditugaskan untuk ke Kuala Besut. Memandangkan saya akn pergi bersama kawan muslimat, dan tanpa suami jadi saya bercadang nak pakai niqab sepanjang keberadaan di sana. Bila berada dalam tempoh agak lama, tanpa suami, jadi rasa lebih selamat bila berniqab. Entah macam mana saya boleh terlupa bawa niqab. Terkilan, tapi tak apa lah. Bukan apa sangat sebenarnya. Cuma rasa seronok bila rasa tak ada gangguan ni.

Seperti yang dijangka, pertama rakan muslimat yang bari dikenali di sana semua salah sangka pada saya. Mereka sangka saya anak dara dan budak lepasan sekolah atau awal 20an. Bila taaruf memang ramai yang terkejut. Hal ni memang normal. Saya pun tak kisah sebab dah biasa. Kedua, mak cik- mak cik yang merisik-risik untuk jodoh-menjodohkan ni. Bila sangka saya anak dara yang masih menuntut di Universiti maka adalah mak cik ni yang dah mula risik-merisik. Tanya itu ini sampai bab status terus batalkan hasrat.

Ketiga, pandangan dari pemuda. Yang ni yang paling saya nak elak. Tak pernah salahkan mereka kalau mereka ada hasrat nak berkenalan dengan saya. Sebab mereka tak tau pun status saya. Cumanya kita rasa sangat tak selesa. Lagian, tak pernah terfikir nak mainkan perasaan siapa-siapa. Saya memang akan sembunyi / mengelak bila tempat tu ada pemuda. Tapi sejauh mana je nak elak bila kena buat kerja berkumpulan macam tu?. Mana yang bertanya pada muslimat mungkin akan tau saya ni isteri orang. Tapi mana yang suka diam-diam, memang kesianlah. Tup-tup bila balik dari program, kawan SMS bagitau ada pemuda nak kenal dengan saya. Nasib baik kawan jelaskan status saya.

Suami?. Risau sudah tentu. Tapi kata suami, dia percayakan saya. Alhamdulillah. Terima kasih abang. Lagipula pada saya ujian-ujian ni semakin membuat saya berhati-hati untuk berhubung dengan mana-mana lelaki. Saya selalu berdoa semoga benda-benda macam ni tak membuatkan saya riak. Setakat kini, hal begini sentiasa membuatkan saya rasa ingin menjaga diri dan memupuk lebih rasa kasih-cinta-sayang pada suami. Dia suami yang baik. Walaupun dia tau hal-hal begini mungkin akan berlaku tetapi dia tetap mengizinkan saya pergi jika ditugaskan. Kepercayaan suami menambah rasa hormat padanya.

Kawan? Ada yang biasa. Ada yang bosan sebab terpaksa jawab soalan yang sama. Kerana mereka biasanya yang akan bagitau status saya. Tapi ada juga kawan yang suruh saya berniqab. Penat katanya nak hadap bila ada yang merisik-risik. Kata kawan, mungkin saya boleh jaga hati dan tak tergoda dengan ujian yang datang. Tapi kesian pada lelaki yang tertarik pada saya. Astaghfirullah.

Alhamdulillah, syukur pada kurniaan Allah pada saya. Tetapi sebolehnya saya berharap kurniaan ini tidak memberikan masalah pada saya. Semoga saya masih mampu menjaga diri, maruah dan agama. Saya paling takut bila terlintas rasa bangga. Astaghfirullah. Pelihara diri dan maruahku Ya Allah.













No comments: