Thursday, October 23, 2014

Kenali instaseller / peniaga online penipu


Siapa suka shopping online? Sila angkat kening. Eh! janganlah angkat betul-betul. Saya memain je. Hehehe... Saja nak release tension. Sebab tengah bengang dengan beberapa penjual di instagram yang menipu. Sebab tu saya pernah nasihat, sesekali kita kena berhati-hati dengan peniaga online. Sebab ramai yang cuba mengambil kesempatan. Pulak tu mereka ni senang-senang dapat melepaskan diri. 

Kenapa saya kata mereka senang melepaskan diri?. Ni saya tekankan pada instaseller. Meh saya terangkan serba-sedikit teknik perniagaan mereka yang dapat saya kesan.

Pertama. Mereka create account, post gambar-gambar pemandangan atau artis atau gambar peribadi (mungkin juga mereka sebenarnya menggunakan gambar dan identiti orang lain). Biasanya mereka gunakan gambar awek cantik-cantik.. Kemudian mereka akan follow sesiapa yang mereka nak dan mengharapkan akan ada orang nak follow mereka (kan pinjam gambar orang cun, mesti ramai akak folback). 

Kedua. Apabila follower mereka sudah mencecah sekitar 200 orang, mereka akan delete gambar-gambar lama, tukar nama lain yang mana follower pun tak ingat akaun tersebut adalah akaun awek cun tadi. Kali ni mereka akan post gambar barang jualan mereka. Dan akan ada notis mengatakan, mereka menukar bisnes kepada produk lain. So konon-konon tukar bisnes, gambar produk jualan lama terpaksa di delete. Seriously, orang tak akan sedar akaun 'tudung bawal uzmaa' adalah akaun 'awekcun' sekiranya tak ada satu pun hint mengatakan instagram tersebut milik awek cun.

Ketiga. Mereka akan post gambar-gambar tudung nak jual tu yang menarik-menarik padahal mereka mungkin curi gambar di facebook atau blog atau mana-mana web. Mereka akan post review dari whatsapp menyatakan kepuasan pelanggan padahal review tu hanya rekaan atau rembat orang lain punya. Keji betul. Mereka juga akan menjual produk yang jauh lebih murah berbanding harga pasaran. Ada juga yang jual sama dengan harga pasaran.

Keempat. Apabila sudah ada pelanggan yang membuat bayaran, mungkin mereka kumpul pelanggan buat bayaran, baru pos barang. Jadi mereka akan janjikan pada pelanggan barang di pos 1 minggu lagi. Padahal lepas dapat 1 minggu mangsa, mereka akan tukar nama instagram, delete semua gambar dan post produk jualan yang baru. Dan pelanggan yang dah buat bayaran tu tak akan dapat kesan akaun tersebut sebab nama lain, gambar tak ada, dan tak tau apa-apa tentang akaun tersebut. 

Bijak tak mereka?  


Sebab tu, sebelum beli barang secara online di Instagram, anda kena perhatikan perkara-perkara berikut.

1. Tengok Follower Instaseller tersebut.

- Kalau follower dia beratus-ratus dan beribu, jangan senang-senang percaya yang mereka ni wujud. Sebab bila mereka menjalankan tektik di atas, mereka akan berjaya mengumpul follower dengan ramai. Sebab tu, kalau nampak akaun yang korang follow tiba-tiba akaun dia kosong, tiba-tiba jual produk, tapi follower ramai, cepat-cepat unfollow dia supaya korang tak menjadikan orang lain percaya yang dia adalah peniaga boleh pakai sebab follower beribu.

2. Tengok ruang komen

- Kalau ada banyak pertanyaan, pastu penjual jawab, pastu pembeli komen barang dah sampai ke, puas hati ke, jangan terus percaya. Sebaiknya klik kat setiap seorang yang komen. Make sure akaun mereka wujud secara realiti. Sebab penipu sanggup create banyak akaun dan komen kat akaun jualan dia konon-konon sebagai pelanggan. Kalau semua akaun yang komen sekadar hidup segan mati tak mahu, itu kemungkinan tanda-tanda akaun tersebut fake (bukan missfake tau)

3. Periksa gambar 'tag'

- Tekan bahagian gambar yang di 'tag'. Kalau banyak pelanggan tag, okeylah. Kalau langsung tak ada, rasa macam tak lojik sebab follower beribu, tapi tak kan tak ada sorang yang review dan tag mereka?

4. Tengok review yang penjual tulis

- Kalau nampak dia review syok sendiri, janganlah percaya. Tapi kalau dia ada mention atau tag nama pelanggan yang membeli, InsyaAllah boleh percaya. Cuma, kenalah klik pada nama pelanggan yang di tag tu. Korang mesti boleh tau akaun original dengan fake kan?. Tapi kalau setiap kali dia review produk, tak pernah dia tag nama pelanggan, confirm mereka ni penipu. Sebab biasanya pelanggan instaseller adalah pengguna instagram. Jadi, confirmlah mereka kenal pelanggan mereka. Takkan lah tak ada sorang pun yang maklumkan instagram mereka. Dan instagram pelanggan pun selalunya mereka akan review produk mereka beli dari mana-mana. 

Banyak lagi nak share, tapi otak dah letih. Saya baru je dapat kesan satu instaseller penipu. Kebetulan saya unfollow semua instaseller. Tapi ada 1 instaseller yang saya tak unfollow sebab saya belum sempat survey barang dengan dia. Nampak macam akaun betul. Tiba-tiba saya nampak instagram dia dah tukar nama, gambar-gambar kosong. Dan dia post gambar baru dengan caption " Mulai hari ini saya tidak lagi menjual tudung cotton turki. Tetapi saya akan menjual scarf dan handsock". Jadi gambar lama akan saya delete". Saya perhatikan je instagram tu sebab saya yakin memang tu satu-satu instaseller yang saya follow. 2 minggu lepas tu nama akaun tu bertukar lagi. 

Agak-agak korang, siapa yang dapat kesan mereka kalau semua maklumat berubah?. Sebab tu lah, tolong unfollow instaseller yang korang rasa produk tak berapa nak ada, komen pelanggan tak ada, tapi follower ribu raban. 

Kalau ada penambahan atau teguran boleh tinggalkan di ruangan komen. Ini sekadar apa yang saya perhatikan dari kaca mata saya yang rabun. 

Terima kasih kerana sudi membaca. 

No comments: