Tuesday, September 30, 2014

Ibu Mertua Sporting


Mak mertua saya kan, best sangat tau. Sporting habis. Saya balik rumah mertua jarang sangat saya yang masak. Sebab mak yang akan masak. Kecuali kalau abah tak ada di rumah. Baru saya masak. Hihi. Pastu, selalunya kalau saya bangun solat subuh, mak dah siapkan sarapan. Haha. Kadang saya cuba bangun awal, tapi nanti mesti mak dah ready jugak kat dapur untuk sediakan sarapan. Padahal saya bangun biasanya paling lewat 6.30 pagi. Mak bukan kerja pun, surirumah sepenuh masa. Tapi mesti siapkan sarapan awal. 

Sesekali bila saya bangun awal saya cuma tolong-tolong je. Sebab mak superwomen. Hihi. Tapi kan, saya bersyukur dapat mertua yang baik. Sebab tak semua orang ada mertua yang memahami dan menyayangi mereka kan?. Walaupun mak tau saya ni bukanlah pakar or jaguh masak. Tapi mak memang akan tanya pendapat menantu bila nak masak apa-apa, bila suruh rasa masakan, dan kebiasaannya mak akan ikut pilihan menantu. 

Mak rajin masak. Mak pandai menjahit. Kalau saya beli kain, bagi je mak jahit, kalau mak tak sibuk, terus siap baju tu. Cayalah mak. As menantu mestilah saya bagi sesuatu sebagai hadiah buat mak sebab baik sangat dengan saya. Kalau saya nak makan apa-apa, cakap je InsyaAllah mana mak tau mak akan tunaikan permintaan or keinginan menantu tu. 

Mak kenal sikap anak-anaknya. Jadi mak memahami perasaan menantu. Mana yang anak cuai dan slow, mak akan selalu bagi nasihat pada menantu yang kahwin dengan anaknya yang cuai. Haha. Mana yang kahwin dengan anak mak yang kedekut, mak selalu nasihat supaya menantunya beli je apa-apa tak payah minta izin. Kikiki.... Tapi, mana nasihat yang baik saya akan ikut. Mana nasihat yang mungkin kurang elok saya tak ikut sangat. kadang-kadang ikut gak :D

Kadang-kala, saya terkecil hati gak bila ada yang sindir isu 'zuriat' kat saya. Tapi saya akan rasionalkan diri sendiri dengan mengucapkan syukur sebab saya ada suami yang soleh dan penyayang, saya ada mak-ayah-adik-beradik yang terbest kat dunia, saya ada keluarga mertua yang sporting dan baik-baik dan saya juga ada sahabat-sahabat yang baik-baik. Tak adalah yang nak gaduh-gaduh. Dan Alhamdulillah saya juga jarang ada masalah kewangan, masalah kesihatan  or masalah rumahtangga. 

Saya bersyukur sangat dengan apa yang Allah kurniakan pada saya sebab tu saya tak pernah salahkan takdir Allah kerana belum kurniakan zuriat pada saya. Tak kan nak tamak pulak. Semua benda saya nak Allah bagi kan?. Saya berdoa dan berusaha, kalau Allah bagi syukur Alhamdulillah. Tapi kalau Allah belum nak bagi, InsyaAllah saya akur dan bersabar. 

Sebab tu saya tak pernah marah bila ada orang perli isu zuriat (biasa yang perli ni orang yang tak berapa rapat dengan saya. Sesekali jumpa mesti cakap laser pasal anak). Sebab pada saya yang penting saya bahagia dengan apa yang Allah pinjamkan pada saya. Dan saya andaikan mereka yang asyik bertanya ni sebenarnya mengambil berat pada saya. Cuma mungkin cara mereka agak kasar. Tapi tak apalah, oran bertanya tanpa kita ni penting bagi mereka. Kalau tak penting, tak ada nilai, mesti orang buat tak tau je kan?

Jadi, sentiasalah bersyukur dengan apa yang kita ada :)

Alhamdulillah.

Friday, September 26, 2014

Amalkan mencium dan memeluk pasangan sejak awal pernikahan


Baru-baru ni saya saja berbual dengan rakan sekerja yang baru berkahwin. Macam mana kehidupan selepas bergear isteri. Macam mana perasaan pada suami, masih malu-malu atau sudah biasa. Kemudian sahabat yang seorang lagi join bercerita. Katanya malu nak peluk dan cium suami. Rasa kelakar pun ada. Macam tu pulak ya?

So, sebagai seorang yang agak lebih pengalaman dalam berkahwin saya pun bagilah sedikit amalan antara saya dan suami. Saya pesan pada mereka, sebenarnya dari awal pernikahan lagi kita kena biasakan peluk dan mencium pasangan. Peluk dengan sepenuh kasih sayang. Bukan sekali, tapi sekerapnya apabila bersama pasangan. 

Suami saya seorang yang pemalu. Mungkin juga kerana tidak biasa memeluk orang? Berbeza dengan saya, saya sangat kerap memeluk emak, ayah dan adik-kakak sejak sebelum berkahwin. Jadi saya terdidik dengan kemesraan dalam keluarga. Suami agak kaku ditambah kami bercinta selepas berkahwin. Bagi saya, itu satu kelebihan kerana suami tidak pernah kenal sikap saya yang sebelum ini seperti apa. So, bolehlah saya terus bersikap manja pada suami. 


Amalan kami, setiap kali bangun dari tidur kami akan saling berpelukan. Sebelum keluar dan balik dari mana-mana (sama ada saya yang keluar, atau suami) kami akan bersalaman, mencium kedua-belah pipi dan bibir, (suami tambah cium dahi saya), kemudian berpelukan selama yang boleh. Masa tengah peluk tu luahkan rasa cinta dan kasihnya kita pada pasangan. Saya biasa akan luah dalam hati melalui perbuatan. Sesekali luah juga dengan kata-kata. 

Walaupun suami hanya ingin keluar 'ngeteh' dengan kawan kat warung depan rumah, atau keluar berjogging, kami tetap akan bersalaman, mencium dan berpelukan. Sama juga setiap kali pulang dari mana-mana kami akan lakukan perbuatan yang sama. Setiap hari, dan mulakan dari awal perkahwinan supaya ia menjadi hal wajib bagi pasangan.

Sehinggakan, andai kata kami terlewat bangun dan kami ada urusan bersama di luar, memang tak sempat langsung salam, cium dan peluk. Bila di lokasi program, bila tertengok suami saya akan rasa geram dan tak puas sebab tak peluk suami untuk hari itu. memang akan rasa macam nakkkk sangat pergi kat suami dan peluk dia kat situ juga. Hihihi... Lain tau rasa bila langsung tak dapat peluk dan cium suami, tapi suami ada depan mata. 

Selain itu, setiap kali keluar bersama, janganlah malu nak berpegangan tangan bersama pasangan. Saya kerap jumpa kawan yang malu atau rasa mengada-ngada bila isu pegang tangan ni. Sedangkan, pegang tangan pasangan pun dah dapat pahala. Yang pelik, masa belum kahwin boleh pulak pegang tangan berpelukan. Bila dah kahwin semua jadi malu dan jadi serba tak kena.

Dan sebelum tidur, saya akan salam suami kemudian baru saya masuk tidur. Sebab secara tak langsung suami akan sedar yang saya dah nak tidur. Jadi, suami akan segera habiskan kerja dan sama-sama masuk tidur. Kadang-kadang suami yang salam saya supaya saya cepat-cepat siapkan kerja dan tidur. Cuma bila banyak sangat kerja sekolah nak buat, terpaksa minta izin kat suami untuk masuk lewat. Alhamdulillah, suami memahami. 

Alhamdulillah, insyaAllah sudah 5 tahun 7 bulan kami menjadi suami-isteri. Tapi saya rasa sangat bahagia bersuamikan dia. walaupun kami belum dikurniakan zuriat, tapi saya tak rasa kekurangan. Kerana setiap orang ada cara mengecapi kebahagiaan. Walaupun hari-hari suami tengok saya, saya tengok suami tapi kami bahagia. InsyaAllah. Kami tak rasa bosan kerana kami banyak terlibat dengan program jemaah. Jadi, tidaklah hanya pergi kerja, balik rumah, pergi kerja balik rumah. 

Ada yang berpandangan bila seseorang berkahwin, maka "akhirnya kawin jugak". Tapi bagi saya bila kami berkahwin, itu adalah permulaan perhubungan kami. Maka kami perlu menyemai hubungan itu dengan cara yang terbaik berlandaskan cara hidup islam. Semoga penikahan kita semua akan diberkahi Allah dan bahagia hingga ke syurga. InsyaAllah.

** Amalkan juga membaca doa kebahagiaan rumahtangga.


Kawan sefikrah VS berbeza fikrah

Sefikrah = sepemikiran. 
Tidak sefikrah = berbeza pandangan / fahaman

Dalam entry ini, fikrah yang ingin saya kongsikan bukan sefikrah memilih pakaian, atau sefikrah pada makanan mahupun sefikrah minat Neelofa! Haha. Tapi, kisah saya bersama sahabat yang sefikrah dalam berpolitik. Setiap kali saya keluar beraktiviti dengan sahabat samaada sefikrah mahupun tidak, memang akan terasa jurang perbezaannya. Terutama sekali, yang memang ketara adalah ketika waktu makan. Moh kita check apa bezanya tu :

Makan di warung / restoran dengan kawan sefikrah

Lepas makan, bila kita nak bayar tau-tau je sahabat kita dah bayarkan. Padahal kita baru terfikir nak beanja kawan makan. Tapi tak sempat kita belanja, mereka akan belanja dulu. Hebatnya bila bersahabat kerana Allah. Sama-sama hidup berusrah, tanpa sedar kita percaya lebih banyak kita bagi InsyaAllah lebih banyak Allah akan ganti. Walaupun sampai 10 orang makan, biasanya tak jadi masalah untuk sahabat belanja kita. So, janganlah rasa kedekut sangat ya sahabat ;p

Makan di warung/ restoran dengan kawan yang berbeza fikrah

Perasaan pelik selalu berlaku bila kawan kita bayar duit makanan dulu. Sebelum dia bangun bayar, memang kita dah niat nak bayarkan sekali. Tapi disebabkan dia habis makan dulu, so dia pun bayar. Dan memang akan rasa mcm pelik bila dia cuma bayar untuk diri sendiri je. Hihihi... Mungkin sebab dah terbiasa makan dengan kawan jemaah, ada je yang akan belanja. 

Kesimpulannya 


Bukan nak minta di belanja setiap kali keluar makan dengan kawan. Tapi, just nak semua sedar ukhwah juga boleh jadi bertambah erat bila kita belanja kawan kita walaupun cuma bayarkan duit minum dia yang tak sampai rm2 tu. Secara tak langsung, kita dapat didik mereka untuk sama-sama bersedekah. Buktinya, sejak faham akan perbezaan ini saya akan cepat makan dan cepat bayarkan sekali untuk mereka. Lama-lama mereka pun terikut-ikut untuk belanja kawan bila makan. Mula-mula saya bayarkan mereka pelik, tapi lama-lama mereka pun jadi seronok untuk sama-sama belanja kawan. 

InsyaAllah, kalau tak mampu belanja semua sahabat, kita hulurlah berapa yang ada walau sedikit. Kerana bila kita ada niat dan usaha, InsyaAllah semua dipermudahkan dan rezeki kita akan dimewahkan Allah. 

So dah tau kan cara nak bersedekah dengan sahabat @ ahli keluarga sendiri? Jom bersedekah =)



Tuesday, September 23, 2014

Kepentingan tisu dan pantyliner untuk perempuan

Korang yang perempuan ni, kalau keluar beraktiviti luar rumah ada pakai pantyliner tak? Saya just nak share masalah yang saya sebagai perempuan hadapi setiap kali keluar dari rumah. Sebagai seorang perempuan, rasa-rasa pengalaman kita sama je kot?. Bila kita keluar rumah, sebagai contoh kita nak travel ke mana-mana yang ambil masa lebih dari 5 jam. Of course kita akan stop kat mana-mana untuk buang air kecil kan? Jadi, bila dah kencing, pakai semula seluar dalam, maka basahlah seluar dalam tu. Paling ditakuti kalau ada air kencing yang terpercik sekali. Betul tak? Kot-kot air wadi pun keluar sekali masa tu. Lepas tu, korang pun tanpa buka seluar dalam, terus berwudhu dan solat. Agak-agak sah tak solat seseorang kalau dia bawa najis bersamanya? Kalau kat rumah okey lagi, boleh korang tukar seluar lain untuk kebersihan. Kalau luar rumah?.

Jadi, sebaiknya gunalah pantyliner. So kat seluar dalam tak melekat sebarang najis atau kekotoran. Dan lepas basuh kemaluan, gunakan tisu dan lap sekeliling kemaluan yang basah. Tanggalkan pantyliner, dan salin yang baru. InsyaAllah seluar dalam kita bersih dari najis. Kalau kat rumah, pastikan juga kita lap kemaluan dengan tisu. Sebaiknya buka seluar dalam masa nak solat. Sebab tu, penting untuk perempuan bawa tisu dan pantyliner tiap kali nak keluar ke mana-mana. 

Ini sedikit perkongsian berkaitan cara mencuci kemaluan yang sebenar :-

Kaum lelaki:
Selepas membuang air kecil, disunatkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing betul betul sudah habis keluar. Lepas itu urutlah kemaluan dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran. Kemudian basuhlah dengan air sebersihnya.

Kaum wanita pula:
Apabila membasuh kemaluannya, pastikan dicucikan bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih. Bukan dengan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu.

Ini sedikit perkongsian dari saya. Jika ada teguran, kesilapan atau perkongsian bolehlah drop komen di bawah ya. 

Terima kasih kerana sudi membaca :)

Monday, September 8, 2014

Happy bride and groom!

Maruli and Mita wedding day


You've been together for 12 years and now it's official!
And Mita, you are so lucky!

Congratulations Ruli and Mita =)

Just Married - Maruli Tampubolon 


~me