Friday, September 26, 2014

Amalkan mencium dan memeluk pasangan sejak awal pernikahan


Baru-baru ni saya saja berbual dengan rakan sekerja yang baru berkahwin. Macam mana kehidupan selepas bergear isteri. Macam mana perasaan pada suami, masih malu-malu atau sudah biasa. Kemudian sahabat yang seorang lagi join bercerita. Katanya malu nak peluk dan cium suami. Rasa kelakar pun ada. Macam tu pulak ya?

So, sebagai seorang yang agak lebih pengalaman dalam berkahwin saya pun bagilah sedikit amalan antara saya dan suami. Saya pesan pada mereka, sebenarnya dari awal pernikahan lagi kita kena biasakan peluk dan mencium pasangan. Peluk dengan sepenuh kasih sayang. Bukan sekali, tapi sekerapnya apabila bersama pasangan. 

Suami saya seorang yang pemalu. Mungkin juga kerana tidak biasa memeluk orang? Berbeza dengan saya, saya sangat kerap memeluk emak, ayah dan adik-kakak sejak sebelum berkahwin. Jadi saya terdidik dengan kemesraan dalam keluarga. Suami agak kaku ditambah kami bercinta selepas berkahwin. Bagi saya, itu satu kelebihan kerana suami tidak pernah kenal sikap saya yang sebelum ini seperti apa. So, bolehlah saya terus bersikap manja pada suami. 


Amalan kami, setiap kali bangun dari tidur kami akan saling berpelukan. Sebelum keluar dan balik dari mana-mana (sama ada saya yang keluar, atau suami) kami akan bersalaman, mencium kedua-belah pipi dan bibir, (suami tambah cium dahi saya), kemudian berpelukan selama yang boleh. Masa tengah peluk tu luahkan rasa cinta dan kasihnya kita pada pasangan. Saya biasa akan luah dalam hati melalui perbuatan. Sesekali luah juga dengan kata-kata. 

Walaupun suami hanya ingin keluar 'ngeteh' dengan kawan kat warung depan rumah, atau keluar berjogging, kami tetap akan bersalaman, mencium dan berpelukan. Sama juga setiap kali pulang dari mana-mana kami akan lakukan perbuatan yang sama. Setiap hari, dan mulakan dari awal perkahwinan supaya ia menjadi hal wajib bagi pasangan.

Sehinggakan, andai kata kami terlewat bangun dan kami ada urusan bersama di luar, memang tak sempat langsung salam, cium dan peluk. Bila di lokasi program, bila tertengok suami saya akan rasa geram dan tak puas sebab tak peluk suami untuk hari itu. memang akan rasa macam nakkkk sangat pergi kat suami dan peluk dia kat situ juga. Hihihi... Lain tau rasa bila langsung tak dapat peluk dan cium suami, tapi suami ada depan mata. 

Selain itu, setiap kali keluar bersama, janganlah malu nak berpegangan tangan bersama pasangan. Saya kerap jumpa kawan yang malu atau rasa mengada-ngada bila isu pegang tangan ni. Sedangkan, pegang tangan pasangan pun dah dapat pahala. Yang pelik, masa belum kahwin boleh pulak pegang tangan berpelukan. Bila dah kahwin semua jadi malu dan jadi serba tak kena.

Dan sebelum tidur, saya akan salam suami kemudian baru saya masuk tidur. Sebab secara tak langsung suami akan sedar yang saya dah nak tidur. Jadi, suami akan segera habiskan kerja dan sama-sama masuk tidur. Kadang-kadang suami yang salam saya supaya saya cepat-cepat siapkan kerja dan tidur. Cuma bila banyak sangat kerja sekolah nak buat, terpaksa minta izin kat suami untuk masuk lewat. Alhamdulillah, suami memahami. 

Alhamdulillah, insyaAllah sudah 5 tahun 7 bulan kami menjadi suami-isteri. Tapi saya rasa sangat bahagia bersuamikan dia. walaupun kami belum dikurniakan zuriat, tapi saya tak rasa kekurangan. Kerana setiap orang ada cara mengecapi kebahagiaan. Walaupun hari-hari suami tengok saya, saya tengok suami tapi kami bahagia. InsyaAllah. Kami tak rasa bosan kerana kami banyak terlibat dengan program jemaah. Jadi, tidaklah hanya pergi kerja, balik rumah, pergi kerja balik rumah. 

Ada yang berpandangan bila seseorang berkahwin, maka "akhirnya kawin jugak". Tapi bagi saya bila kami berkahwin, itu adalah permulaan perhubungan kami. Maka kami perlu menyemai hubungan itu dengan cara yang terbaik berlandaskan cara hidup islam. Semoga penikahan kita semua akan diberkahi Allah dan bahagia hingga ke syurga. InsyaAllah.

** Amalkan juga membaca doa kebahagiaan rumahtangga.


No comments: