Tuesday, September 30, 2014

Ibu Mertua Sporting


Mak mertua saya kan, best sangat tau. Sporting habis. Saya balik rumah mertua jarang sangat saya yang masak. Sebab mak yang akan masak. Kecuali kalau abah tak ada di rumah. Baru saya masak. Hihi. Pastu, selalunya kalau saya bangun solat subuh, mak dah siapkan sarapan. Haha. Kadang saya cuba bangun awal, tapi nanti mesti mak dah ready jugak kat dapur untuk sediakan sarapan. Padahal saya bangun biasanya paling lewat 6.30 pagi. Mak bukan kerja pun, surirumah sepenuh masa. Tapi mesti siapkan sarapan awal. 

Sesekali bila saya bangun awal saya cuma tolong-tolong je. Sebab mak superwomen. Hihi. Tapi kan, saya bersyukur dapat mertua yang baik. Sebab tak semua orang ada mertua yang memahami dan menyayangi mereka kan?. Walaupun mak tau saya ni bukanlah pakar or jaguh masak. Tapi mak memang akan tanya pendapat menantu bila nak masak apa-apa, bila suruh rasa masakan, dan kebiasaannya mak akan ikut pilihan menantu. 

Mak rajin masak. Mak pandai menjahit. Kalau saya beli kain, bagi je mak jahit, kalau mak tak sibuk, terus siap baju tu. Cayalah mak. As menantu mestilah saya bagi sesuatu sebagai hadiah buat mak sebab baik sangat dengan saya. Kalau saya nak makan apa-apa, cakap je InsyaAllah mana mak tau mak akan tunaikan permintaan or keinginan menantu tu. 

Mak kenal sikap anak-anaknya. Jadi mak memahami perasaan menantu. Mana yang anak cuai dan slow, mak akan selalu bagi nasihat pada menantu yang kahwin dengan anaknya yang cuai. Haha. Mana yang kahwin dengan anak mak yang kedekut, mak selalu nasihat supaya menantunya beli je apa-apa tak payah minta izin. Kikiki.... Tapi, mana nasihat yang baik saya akan ikut. Mana nasihat yang mungkin kurang elok saya tak ikut sangat. kadang-kadang ikut gak :D

Kadang-kala, saya terkecil hati gak bila ada yang sindir isu 'zuriat' kat saya. Tapi saya akan rasionalkan diri sendiri dengan mengucapkan syukur sebab saya ada suami yang soleh dan penyayang, saya ada mak-ayah-adik-beradik yang terbest kat dunia, saya ada keluarga mertua yang sporting dan baik-baik dan saya juga ada sahabat-sahabat yang baik-baik. Tak adalah yang nak gaduh-gaduh. Dan Alhamdulillah saya juga jarang ada masalah kewangan, masalah kesihatan  or masalah rumahtangga. 

Saya bersyukur sangat dengan apa yang Allah kurniakan pada saya sebab tu saya tak pernah salahkan takdir Allah kerana belum kurniakan zuriat pada saya. Tak kan nak tamak pulak. Semua benda saya nak Allah bagi kan?. Saya berdoa dan berusaha, kalau Allah bagi syukur Alhamdulillah. Tapi kalau Allah belum nak bagi, InsyaAllah saya akur dan bersabar. 

Sebab tu saya tak pernah marah bila ada orang perli isu zuriat (biasa yang perli ni orang yang tak berapa rapat dengan saya. Sesekali jumpa mesti cakap laser pasal anak). Sebab pada saya yang penting saya bahagia dengan apa yang Allah pinjamkan pada saya. Dan saya andaikan mereka yang asyik bertanya ni sebenarnya mengambil berat pada saya. Cuma mungkin cara mereka agak kasar. Tapi tak apalah, oran bertanya tanpa kita ni penting bagi mereka. Kalau tak penting, tak ada nilai, mesti orang buat tak tau je kan?

Jadi, sentiasalah bersyukur dengan apa yang kita ada :)

Alhamdulillah.

1 comment:

siskahaidan said...

Alhamdulillah. Bestnya mertua yang best! Mertua saya pon sporting!