Monday, October 13, 2014

Peluk cium mak-abah mertua


Ada orang tak pernah cium dan peluk mak-ayah mertua. Saya masa baru-baru kahwin pun tak pernah peluk cium abah mertua saya. Sebab anak-anak abah sendiri tak amalkan cium pipi abah. Takkan saya nak buat pulak kan? Kalau cium mak tiap kali bersalaman tu memang saya amalkan sejak mula kahwin. Tapi, rasa kekok bila tak cium abah. Sebab, tiap kali saya salam ayah saya, automatik ayah akan hulur pipi sendiri untuk saya cium. Sebab saya memang dah biasa peluk-cium ayah kandung saya. 

Setelah puas berfikir sama ada nak cium abah atau tak? Abah suka atau tak? Abah tolak atau tak? Akhirnya selepas 4 tahun pernikahan saya memberanikan diri untuk cium pipi abah. Peristiwa keramat itu saya mulakan masa bersalam dan bermaafan ketika pagi syawal tahun lalu (2014). Salam, minta maaf dan terus peluk-cium abah. Abah kaget sebenarnya, saya tau. Abah pun macam malu sebab masa tu memang tengah bermaafan sesama keluarga besar abah. Termasuk atuk-nenek-adik beradik abah dan anak-buah abah. Tak ada anak-anak abah yang buat kecuali saya. Alhamdulillah, saya puas hati sebab hasrat tercapai =)

Sejak peristiwa itu, tiap kali saya salam abah sebelum balik saya akan peluk dan cium pipi abah. Saya kena berani dan membiasakan supaya abah terbiasa. Nak bermanja macam saya bermanja dengan parents sendiri, belum mampu kot walaupun dah nak masuk tahun ke-6 saya jadi menantu mereka. Sebab apabila ia tidak menjadi kebiasaan, memang sukar untuk memulakan. Keluarga mertua saya jenis yang terpelajar dan serius. Tak macam keluarga saya. Kalau tanya A, mesti nak konar baring baru jawab betul-betul haha. Tapi saya rasa mesra dengan keluarga sebab penuh dengan gelak-tawa. 

Pandangan peribadi saya, ibu ayah kena biasakan tunjuk kemesraan depan anak-anak. Saya dari kecil melihat gurau senda mak-ayah. Dari kecil di belai dan di manja mak-ayah. Jadi, kami adik-beradik sampai besar sangat akrab dan manja dengan mak-ayah. Semua ni menjadikan kami automatik hormat dan sayang mereka. 

Contoh didikan mak-ayah saya pada kami nak sangat saya curahkan pada anak-anak saya. Begitu juga apa yang baik hasil didikan mak-abah. Nak saya terapkan dalam diri anak-anak. Semoga diberi peluang itu. Aameen. 

Readers, jom mulakan peluk mak-ayah mertua kita. Buang rasa malu kerana mereka juga adalah ibu bapa kita :)

No comments: