Friday, October 3, 2014

Raisa Andriana tembus pasaran Malaysia?


"Pertama-tamanya, Tahniah Raisa di atas kejayaan konsert Solo sulung kamu yang berlansung kelmarin di Singapore. Aku sangat teruja untuk menjadi salah satu dari penonton kamu tetapi, semua itu sangat mustahil. Apa pun, aku bisa menonton konsert kamu di Youtube walaupun cuma konsert-konsert lama" :D

Entah dimana silapnya, saya sedikit hairan apabila lagu-lagu Raisa tidak didengar di corong-corong radio tempatan. Bahkan ramai rakyat malaysia yang tidak mengenali sosok gadis manis yang semakin bersinar di Indonesia dan Singapore. Sedangkan, semua lagu di dalam album sulung dan album kedua Raisa hits dan berjaya menduduki carta-carta di radio Indonesia.

Kalau di tanya pada saya, penyanyi pilihan saya masakini sudah tentu Raisa. Kerana saya sangat sukakan suara dan lagu-lagu Raisa. Kalau drive sendiri memang lagu Raisa akan menjadi pilihan saya sepanjang perjalanan. Dari mengantuk, boleh bertukar konsert dalam kereta sendiri ;p

"Jadi Raisa, aku amat berharap album kamu bisa memasuki pasaran Malaysia dan bisa di dengar di radio-radio Malaysia. Semoga terus success dan keep humble. Jauhi gossip liar dan elakkan berpakaian seksi. I'm your Raisa."

No comments: