1. Anak-anak dah tak pakai pampers dan dah pandai buang air besar dan kecil di tandas.
2. Anak-anak dah faham arahan.
3. Anak-anak dah pandai bercakap
4. Anak boleh bergaul dengan kawan-kawan.
5. dll
Terus terang, memang semua cikgu seronok dan berbesar hati bila murid dah pandai buang air besar dan kecil di tandas. Tak payah kata cikgu, mak-bapa pun mesti seronok kan? Tapi, bagi saya apa gunanya sebuah Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TADIKA) ditubuhkan kalau tak mampu nak latih murid menggunakan tandas?. Sepatutnya di sinilah anak-anak ini dilatih dan didik. Saya sangat tidak bersetuju apabila ada mana-mana tadika yang menolak untuk menerima pelajar 4 tahun yang masih memakai pampers. Sepatutnya mereka yang menyusun atur murid-murid ini selama 1 tahun supaya semua murid ada giliran toilet train. 2 minggu buka pampers seorang pelajar. Mingu seterusnya orang lain. Dan berikutnya. Perkara ini perlu ada kesinambungan dirumah. Jangan pula cikgu buka pampers kat sekolah tapi ibu bapa 24 jam pakaikan di rumah. Sebab tu kelas 4 tahun sebenarnya tak boleh terlalu ramai. Seorang cikgu sebaiknya hanya ada paling ramai 15 murid. Kalau nak lebih, tambah cikgu atau pembantu.
Tentang anak-anak yang dah pandai bercakap atau memahami arahan, dah tau bergaul dan sebagainya. Kalau ada usaha cikgu-cikgunya, InsyaAllah kurang dari 1 tahun murid 4 tahun yang langsung tidak faham arahan, langsung tidak tahu bercakap, InsyaAllah akan ada perubahan. Asalkan ada kerjasama antara cikgu dan parents. Kalau anak tersebut layak ke tadika, InsyaAllah seawal usia 4 tahun dia boleh didik di tadika.
Jadi ibu bapa janganlah sampai tertekan bila anak-anak masih pakai pampers, tak mampu bercakap dan berdikari. Cumanya, didikan ibu bapa dari awal juga adalah yang terbaik sebenarnya. Entry ni bukan bermakna nak menyuruh mak-ayah jangan didik anak dari awal ya. Saya sekadar ingin memaklumkan agar ibu bapa jangan sampai tertekan bila anak seawal usia 4 tahun tak pandai bergaul, tak pandai bercakap dan sebagainya. Kerana itu saya lebih menggalakkan ibu bapa menghantar anak seawal usia 4 tahun. Kerana usia 4 tahun adalah usia di mana mereka akan di ajar perkara-perkara basic sebelum ke sekolah.
Apabila usia 5 tahun sepatutnya mereka sudah pandai memegang pensel, mengenal nombor dan huruf asas, mengenal warna, boleh memberi dan memahami arahan. Bukan di usia 5 tahun cikgu malas melayan karenah murid yang tak tau apa-apa, tetapi apabila anak kita lambat, mereka akan ketinggalan berbanding murid lain. Murid lain dah mula menulis a,b,c tapi anak kita baru nak belajar masuk benang dalam lubang, baru belajar pegang pensel. Nak ke macam tu?
So ibu bapa semua, usahalah mendidik anak-anak sejak mereka kecil. Bukan lekakan mereka dengan komputer, smartphone, dan menonton televisyen. Nak bagi boleh tapi sesekali. Bukan kerap. Kita sayang anak kita kan? Kita nak anak kita berjaya kan?. Tapi macammana anak nak berjaya kalau dia tak di layan dirumah.
Sekadar ini perkongsian saya.
No comments:
Post a Comment