Thursday, January 31, 2013

Persoalan Tentang Pembantu Rumah / Bibik


Tinggal serumah

Memang Jabatan Agama Islam tak tangkap eh? Pelik tau. Kadang tengok  majikan lelaki boleh duduk berdua je dengan maid. Tak kisahlah walau maid tu tua. Hukum, mereka tetap berkhalwat (berdua-duaan). Apakah memang dihukumkan duduk berdua dengan maid tak jadi masalah atau fitnah? Maid tua lingkungan umur 40-6- tahun. Pastu majikan ada anak lelaki umur akil baligh. Kalau majikan keluar bekerja, tinggal anak bujang berdua dengan maid, tapi macam tak jadi hal. Ikutkan still berkhalwat kan? Lagi-lagi kalau anak bujang tu dah usia dewasa.Kalau tengok dalam drama, memang normal mereka tinggal berdua. Memang jadi tanda tanya sepanjang menonton. Realiti pun macam tu jugak dan memang tak salah disisi undang-undang?

Tidak menutup aurat

Saya tak pernah jumpa maid yang menutup aurat di dalam rumah majikan. Maybe ada. Tapi saya belum pernah jumpa. Sedih lah, kadang tengok majikan jaga agamanya. Solat, aurat, pergaulan, makannya. Tapi biarkan je maid tak pakai tudung?

Semoga, jika satu hari nanti saya pun ada pembantu rumah, saya harap sangat saya dan suami dapat menjalankan tanggungjawab kami sebaiknya. Minta mereka menjaga auratnya, solatnya, menjaga Imannya. Kalau terlebih kaya, buatkan rumah/bilik khas di luar rumah kami. Dia hanya perlu berada di dalam rumah ketika saya ada bersama / anak perempuan ada bersama.

Memang nampak kerja payah. Tapi kalau kita biasakan, InsyaAllah semuanya akan jadi mudah. Nak buat benda baik memang nampak payah. Tapi kalau dah buat, baru kita nampak kebaikannya.

Sekadar perkongsian.

Saturday, January 26, 2013

Smartphone cacat tanpa Data

Sony Xperia Z vs Samsung Galaxy Note II . Xperia Z idaman suami, Note idaman saya :D

Ada yang tak setuju dengan tajuk di atas. Ada yang beranggapan, orang yang kaki internet sahaja yang sentiasa memerlukan internet. Tapi saya punya pandangan sendiri. Bagi saya, di era teknologi seperti sekarang, internet sangat penting tak kira di mana kita berada. Bayangkan bila telefon kita, smartphone kita tak ada internet. Seksanya rasa. 

Bila ada internet, kat mana-mana kita boleh goggle sebarang maklumat yang diperlukan pada masa tersebut. Tak kiralah, tengah meeting ke, borak-borak ke, tiba-tiba kita perlukan satu maklumat tapi tak ada internet. Payah tu nak cari. Bila ada internet, kita boleh update sebarang maklumat segera, dapatkan maklumat dengan segera, nak transfer duit ke, semuanya boleh dengan segera. 

Plan data yang saya guna RM28 untuk 300 MB. Pakej telefon RM50. So bulanan jadi RM78. Walaupun hanya 300MB, tapi tiap bulan tak pernah habis. Maybe sebab ada internet di rumah. Jadi penggunaan data agak terhad. 

Ini pendapat saya. Sebab internet sangat penting bagi saya bila berlalu satu situasi yang memerlukan saya mendapatkan maklumat / update segera. Dan maaf, saya rasa pelik dengan orang pakai smartphone canggih tapi tak ada data. 

# Internet banyak bantu saya dapatkan maklumat lagi-lagi time tengah mengajar. Tiba-tiba stuck, terus google. hehe


Thursday, January 24, 2013

Thinking of you....


It's miracle when you just think about someone and that person suddenly appears in front of you

Tuesday, January 15, 2013

Soalan dan Jawapan Jujur dari Suami


Me : Sayang, nak tanya 1 soalan. Hope sayang dapat jawab dengan jujur. (suami angguk). Ermmm, sepanjang kita kahwin, bila kita jalan sama-sama, sayang perasan ada ke tak lelaki tengok dekat Hani?
Him : Perasan.

Diam. Nak tanya lagi ke tak ehh..

Me : Ermmm... jawab jujur eh? Apa sayang rasa?
Him : Rasa apa?
Me : Ye lah, bila orang tengok sayang rasa marah ke, tak suka ke, bangga ke, ye lah perasaan bila nampak lelaki lain tengok isteri sayang. Apa sayang rasa?
Him : Masa mula-mula kawin, rasa pelik jugak. Tapi sekarang dah biasa. Cuma kadang tu rasa geram.
Me : Geram? Kenapa?
Him : Yang tengok biasa tu okey lagi. Yang tengok lama-lama tak alih-alih mata, eee rasa geram betul.
Me : Senyum.

Suami memang kuat cemburu. Suami tak perna luah rasa cemburu dia. Tapi saya perasan dengan perlakuan dia. Bila jalan di kawasan yang ramai lelaki, dan mereka melihat saya, suami akan genggam tangan dengan lebih kuat. Bila berhadapan dengan situasi saya diperhatikan, suami akan memainkan peranan seolah-olah memberitahu "wanita ini aku yang punya". Hihi.. Ini bukan entry perasan diri ni cun mahupun hot.  Saya bukanlah kategori cantik jelita. Bukan juga wanita yang berpakaian seksi, bermake-up tebal, yang pandai bergaya dengan shawl, pakaian-pakaian moden. Tidak. Sama sekali tidak. 

Sekadar nak merakam moment ini untuk tatapan masa depan "/

Monday, January 14, 2013

Insan Terpilih


Syukur Alhamdulillah. Saya sama sekali tidak menyangka akan menjadi sebahagian dari mereka. Himpunan Kebangkitan Rakyat. Sehari sebelum peristiwa, saya dapat SMS dari seorang sahabat yang ajak saya tumpang kereta dia. Alhamdulillah. Syukur padaMu YA Allah. Memang itu doa saya. Jika sudah tertulis saya akan pergi, maka pergilah saya. Jika tidak, pasti punya hikmahnya. Biasanya saya akn pergi bersama suami. Tapi kali ini suami terpaksa pergi bersama kawan-kawan sebab dia perlu bertugas. 

Sepanjang di dalam stadium, rasa seronok berada bersama ratusan ribu umat. Tapi tetap rasa tak seronok selagi tak nampak suami. Syukur Alhamdulillah masa nak balik, boleh jumpa suami di tempat dia bertugas. Di bahagian pintu masuk VIP. Himpunan kali ini agak tenang berbanding yang lalu. Tanpa FRU, tanpa water canon, tanpa pemedih mata, Alhamdulillah segalanya tidak huru hara. Saya dapat berarak bersama kumpulan WANITA yang berpakaian Ungu dari Pasar Seni hingga ke Stadium Merdeka. Alhamdulillah...


Monday, January 7, 2013

Aaron Aziz sebagai Detective Conan



Saya bukak video ni kat Youtube. Masa tunggu loading, saya buka tab lain. Bila dah start Fear Factor, dengarlah suara Aaron Aziz. Just dengar tanpa melihat. Sebab tengah belek facebook. Alih-alih, rasa macam tengah tengok cerita cartoon. Errr apasal suara Aaron Aziz macam terkepit? Aaron Aziz ke Detective Conan ni? Kahkah. Tak nak gelak tapi rasa funny sangat. Muka macho alih-alih suara sebenar?? Biasa dia berlakon, cakap slow je, romantik je, jadi tak dengar sangat suaranya. Rupa-rupanya, macam suara alih bahasa cerita cartoon.

Entry ni jahat sebab kutuk orang. Tapi just tak dapat tahan rasa nak gelak. Hahahaha

Sunday, January 6, 2013

detik waktu


Pakai di telinga.
Lupakan sejenak dunia.
Biarkan muzik berbicara.

Tuesday, January 1, 2013

Sape cakap dapat suami tak beriman, hidup tak bahagia?


"Kenapa perempuan selalu jawab ciri-ciri suami, mesti nak yang beriman, yang soleh. Kenapa? Korang pernah tengok, suami beriman yang menyeksa isteri dia. Suami beriman, kuat nafsu asyik nak kawen lebih dari 1. Suami beriman tapi layan isteri macam isteri tu binatang. Tolonglah, tak payah nak list kan ciri-ciri suami, mesti soleh, mesti beriman. Geli telinga aku dengar "

Terkejut. Saya terkejut baca pandangan kenalan saya. Ceteknya pemahaman dia. Nak kata belajar tak pandai, tapi belajar sampai oversea. Dulu saya tengok dia okey. Tapi, cinta ni memang bahaya. Dia boleh ubah sikap dan pegangan seseorang.

Soalannya simple. Ciri-ciri suami. Dan memang jawapan yang biasa kita dengar. Baik rakyat biasa, muslimah solehah, mahupun artis yang berpakaian tapi telanjang. Kerana inilah typical malay women. Dan rasanya, siapa-siapa pun akan jawab macam tu. Mahukan suami beriman.

Cuba ubah sikit jawapan. Siapa yang sanggup jawab.. " ciri-ciri suami pilihan saya, penagih dadah, kaki pukul, lelaki yang tak solat, lelaki yang suka berzina, lelaki clubbing, dan lelaki yang suka buat maksiat. Saya nak suami macam ni".

Ada yang berani jawab macam tu? Kadang nak je saya tanya kawan saya tu. Berani tak dia jawab macam tu? Hurmmm... Bila kita sebut nak suami beriman, walaupun hanya di bibir, dalam hati tak lah mengharap sangat. Tapi siapa sangka ianya boleh jadi satu doa. Tak salah mengimpikan sesuatu yang baik.

Dan mana-mana lelaki, kalau dah kaki pukul, kaki pukullah dia. Tak perlu nak tekankan yang lelaki beriman ni suka kahwin banyak, suka pukul isteri, dan blablabla. Sebab lelaki pemabuk, penzina, malas kerja, mana-mana lelaki kalau nak nak buat, tetap akan buat.

Mungkin teman lelaki tu bukan orang yang alim sangat. Tapi tak perlulah meluat bila orang lain nak suami yang beriman.

P/S : kalau dah mampu, tak haram pun lelaki nak kawen sampai 4.

Sekian.