Syukur Alhamdulillah. Saya sama sekali tidak menyangka akan menjadi sebahagian dari mereka. Himpunan Kebangkitan Rakyat. Sehari sebelum peristiwa, saya dapat SMS dari seorang sahabat yang ajak saya tumpang kereta dia. Alhamdulillah. Syukur padaMu YA Allah. Memang itu doa saya. Jika sudah tertulis saya akan pergi, maka pergilah saya. Jika tidak, pasti punya hikmahnya. Biasanya saya akn pergi bersama suami. Tapi kali ini suami terpaksa pergi bersama kawan-kawan sebab dia perlu bertugas.
Sepanjang di dalam stadium, rasa seronok berada bersama ratusan ribu umat. Tapi tetap rasa tak seronok selagi tak nampak suami. Syukur Alhamdulillah masa nak balik, boleh jumpa suami di tempat dia bertugas. Di bahagian pintu masuk VIP. Himpunan kali ini agak tenang berbanding yang lalu. Tanpa FRU, tanpa water canon, tanpa pemedih mata, Alhamdulillah segalanya tidak huru hara. Saya dapat berarak bersama kumpulan WANITA yang berpakaian Ungu dari Pasar Seni hingga ke Stadium Merdeka. Alhamdulillah...
No comments:
Post a Comment