Tuesday, January 1, 2013

Sape cakap dapat suami tak beriman, hidup tak bahagia?


"Kenapa perempuan selalu jawab ciri-ciri suami, mesti nak yang beriman, yang soleh. Kenapa? Korang pernah tengok, suami beriman yang menyeksa isteri dia. Suami beriman, kuat nafsu asyik nak kawen lebih dari 1. Suami beriman tapi layan isteri macam isteri tu binatang. Tolonglah, tak payah nak list kan ciri-ciri suami, mesti soleh, mesti beriman. Geli telinga aku dengar "

Terkejut. Saya terkejut baca pandangan kenalan saya. Ceteknya pemahaman dia. Nak kata belajar tak pandai, tapi belajar sampai oversea. Dulu saya tengok dia okey. Tapi, cinta ni memang bahaya. Dia boleh ubah sikap dan pegangan seseorang.

Soalannya simple. Ciri-ciri suami. Dan memang jawapan yang biasa kita dengar. Baik rakyat biasa, muslimah solehah, mahupun artis yang berpakaian tapi telanjang. Kerana inilah typical malay women. Dan rasanya, siapa-siapa pun akan jawab macam tu. Mahukan suami beriman.

Cuba ubah sikit jawapan. Siapa yang sanggup jawab.. " ciri-ciri suami pilihan saya, penagih dadah, kaki pukul, lelaki yang tak solat, lelaki yang suka berzina, lelaki clubbing, dan lelaki yang suka buat maksiat. Saya nak suami macam ni".

Ada yang berani jawab macam tu? Kadang nak je saya tanya kawan saya tu. Berani tak dia jawab macam tu? Hurmmm... Bila kita sebut nak suami beriman, walaupun hanya di bibir, dalam hati tak lah mengharap sangat. Tapi siapa sangka ianya boleh jadi satu doa. Tak salah mengimpikan sesuatu yang baik.

Dan mana-mana lelaki, kalau dah kaki pukul, kaki pukullah dia. Tak perlu nak tekankan yang lelaki beriman ni suka kahwin banyak, suka pukul isteri, dan blablabla. Sebab lelaki pemabuk, penzina, malas kerja, mana-mana lelaki kalau nak nak buat, tetap akan buat.

Mungkin teman lelaki tu bukan orang yang alim sangat. Tapi tak perlulah meluat bila orang lain nak suami yang beriman.

P/S : kalau dah mampu, tak haram pun lelaki nak kawen sampai 4.

Sekian.

No comments: