Saturday, January 26, 2013

Smartphone cacat tanpa Data

Sony Xperia Z vs Samsung Galaxy Note II . Xperia Z idaman suami, Note idaman saya :D

Ada yang tak setuju dengan tajuk di atas. Ada yang beranggapan, orang yang kaki internet sahaja yang sentiasa memerlukan internet. Tapi saya punya pandangan sendiri. Bagi saya, di era teknologi seperti sekarang, internet sangat penting tak kira di mana kita berada. Bayangkan bila telefon kita, smartphone kita tak ada internet. Seksanya rasa. 

Bila ada internet, kat mana-mana kita boleh goggle sebarang maklumat yang diperlukan pada masa tersebut. Tak kiralah, tengah meeting ke, borak-borak ke, tiba-tiba kita perlukan satu maklumat tapi tak ada internet. Payah tu nak cari. Bila ada internet, kita boleh update sebarang maklumat segera, dapatkan maklumat dengan segera, nak transfer duit ke, semuanya boleh dengan segera. 

Plan data yang saya guna RM28 untuk 300 MB. Pakej telefon RM50. So bulanan jadi RM78. Walaupun hanya 300MB, tapi tiap bulan tak pernah habis. Maybe sebab ada internet di rumah. Jadi penggunaan data agak terhad. 

Ini pendapat saya. Sebab internet sangat penting bagi saya bila berlalu satu situasi yang memerlukan saya mendapatkan maklumat / update segera. Dan maaf, saya rasa pelik dengan orang pakai smartphone canggih tapi tak ada data. 

# Internet banyak bantu saya dapatkan maklumat lagi-lagi time tengah mengajar. Tiba-tiba stuck, terus google. hehe


No comments: