Monday, June 30, 2014

Bahagia dalam berperang.



Ada yang kata cinta itu buta. Tetapi, bagiku cinta sejati tak pernah buta. Cinta sejati adalah cinta yang membuatkan kita mampu menimbang yang baik atau buruk. Aku pernah melewati cinta buta. Ternyata cinta itu bukan cinta sejatiku. Cinta yang membuatkan aku memilih langkah yang salah. Cinta yang membuatkan seorang gadis teguh menjadi jinak. Membuatkan hati dan akal mati. Tidak mampu mengira yang baik atau salah. Cinta ini membuat aku benar-benar bahagia. Bahagia dalam derita sebenarnya. Sehebat mana kau gadis, kau akan kalah apabila tersilap memilih teman. Masa remaja membuat aku gagal menjadi seorang yang waras. Yang angkuh mendengar nasihat mereka. Namun, dilema menyerang supaya aku berfikir dengan waras. Memilih celik atau buta. Dia adalah sosok yang tidak membawa aku menang tetapi membuat aku tersungkur ke bawah. Terima kasih mereka yang tidak pernah jauh dariku. Terima kasih Allah yang memelihara aku terus menjadi gadis sehingga ke detik pernikahanku. Yang membuatkan aku mampu tersenyum bangga kerana berjaya mempertahankan hak suamiku. Terima kasih Allah.

Gadis, kau juga mampu menjadi serikandi idaman. Hanya kau memilih yang teguh atau jinak?

:: nukilan, NH

Thursday, June 26, 2014

Jom tadah tangan masa berdoa



Memang tak dinafikan, berdoa boleh dalam macam mana keadaan pun. Berdiri, duduk, baring, atau sebagainya. Tapi, perkara yang saya sering perhaikan, jarang orang nak angkat tangan masa baca doa makan atau doa lepas makan. Kalau ada pun yang angkat tangan, laju-laju macam malu dilihat orang. 

Tapi, sedar tak kita apabila kita menadah tangan masa baca doa makan atau doa selepas makan terutama ketika makan di tempat awam, secara tidak langsung kita telah memperingatkan orang lain supaya jangan lupa berdoa. Ramai orang yang nak baca tapi terlupa. Jadi apabila mereka nampak kita menadah tangan, InsyaAllah kita telah mengingatkan mereka supaya jangan lupa baca doa sebelum makan. Setidaknya baca 'bismillah'. 

Tak susah kan nak berdakwah? 


Tuesday, June 24, 2014

Antara sedih dan bahagia

Semalam, ada 3 berita yang saya terlihat di youtube. 2 berita gembira, dan 1 berita yang mendukacitakan. Berita gembiranya, Oki Setiana Dewi dan Alyssa Soebandono sama-sama telah hamil. Alhamdulillah. Tahniah buat mbak Oki and my lovely Icha. Miss you Icha. Berita kehamilan Icha yang paling buat saya teruja. Semoga kalian berdua sama-sama dapat menjalani proses kehamilan dengan lancar. 

Selamat ya Icha sama ka Dude :)

Dan, berita yang mendukacitakan adalah apabila Marshanda menggugat cerai Ben Kasyafani. Bagi yang mengikuti kisah mereka pasti tidak menyangka Chacha telah bertindak sejauh itu. Umum tau kalau Ben seolah-olah merupakan suami yang sangat memahami. Biar apa pun masalah mereka, semoga urusan ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik. Sesama manusia, kita hanya mampu mendoakan kebahagiaan mereka. 

Marshanda dan Ben Kasyafani




Sunday, June 22, 2014

Congrats Ruli and Mita


I'm sorry I'm so late but congrats for your engagement 
Maruli Tampubolon and Mita Soedarjo

Seriously, i'm waiting for the invitation. 
Bj udah bakalan jadi daddy. Nah, nunggu kalian married.
Wishing you all the best with the engagement and beyond!
Good luck :)


Friday, June 20, 2014

Tak salah syak wasangka untuk kebaikan.

Baru ni, saya ada berurusan dengan 2 orang pembekal tudung Mesir. Dua-duanya saya jumpa di instagram. Ketika berurusan melalui whatsapp, saya agak puas hati dan yakin dengan pembekal pertama ( A) ni. Ada 3 jenis tudung yang saya minta butiran harga beserta harga bagi pembelian borong 100 helai. Jadi A menyatakan harga yang berbeza mengikut jenis dan size. Untuk postage pun ada beberapa info yang diberitahu. Contoh, kalau melalui flight sampai bila, bayaran berapa dll. Kalau kargo, ada tempoh-tempoh tertentu yang kalau kita pos time tu dia boleh bagi free postage.

Pembekal kedua (B), soalan yang di tanya sama. Tapi dia jawab semua jenis tudung dia boleh bagi saya dengan harga RM15 sehelai dan free postage. Tak kira lah flight atau kapal laut, free je. Ohemgeee... Leh caya ke? Kalau ikutkan memang saya akan pilih B sebab saya boleh untung berlipat ganda. Tapi saya jadi was-was.

So, saya pun mula check ig A dan B. Ig A, ada ribuan follower, ada ratus post. Yang B pulak follower tak sampai seribu pun. Post pun tak sampai 100. Kalau dia memang pembekal yang boleh bagi murah maksudnya mesti akan ramai pelanggan. Ok, sekodeng lagi tengok gambar tudung yang dijual sama je. Tak ada jenis lain dan tak ada gambar baru. Kalau dia kata restock, guna balik gambar lama. Komen dari pelanggan pun tak ada. Pelik kan?

Walaupun A lebih menyakinkan, tapi gara-gara B saya terus rasa takut nak buat pembelian dengan A. Sebab takut kalau A pun penipu. Frust juga sebab memang nak sangat jual tudung mesir cuma masalahnya tak kenal pembekal yang betul-betul, yang jujur. Kalau beli setakat 10 helai dan kena tipu tu menangis lah jugak.Tapi kalau beli 100 helai dan kena tipu, mau meraung dibuatnya.

So kepada semua, berhati-hati je dengan mereka yang buat jualan melalui online. Rasa wasangka untuk kebaikan tu tak salah. Sekadar nak berhati-hati kan.

Tuesday, June 17, 2014

Pesanan kepada blogger

Saya suka shopping online. Kadang di instagram, kadang dari fb dan kadang-kadang google. Bila google ni biasa saya masuk blog-blog yang menjual barang. Google "tudung akel bidang 60" maka keluarlah segala jenis warna tudung akel dan blog-blog yang menjual. Tapi, saya akan hilang mood untuk membeli bila check tarikh entry tak jumpa.

Jadi, kepada para blogger sekalian. Tak kisahlah blog bisnes mahupun peribadi, saya harap sangat tolonglah sertakan tarikh entry di tulis. Sebab ada sesetengah blog tak letak tarikh. Jadi, ia akan menyukarkan pembaca untuk tahu entry tersebut entry baru atau entry 5 tahun dulu?

Kalau entry bisnes, macam mana pelanggan nak tau barang jualan tu baru update atau dah berzaman di jual?. Tak ke menyusahkan pembeli. Kalau yang promote atau share tips percutian, susah tau bila tak ada tarikh. Blog tu cerita harga tiket flight, tiket bas, harga makanan. Bila baca, sekali entry tu dah di tulis zaman 90an. Aduhhh tak ke mengelirukan kita. Harga  rm400 rupa-rupanya sekarang dah jadi RM800.

Makanya, saya harap sangat para blogger alert dengan perkara ni. Kalau just entry peribadi yang memang tak melibatkan perlunya 'tarikh', tak apalah. Tapi bagi yang berkongsi sesuatu untuk pengetahuan semua, letaklah tarikh ya.

Dah.

Saturday, June 14, 2014

TheFaceShop Sunblock

 
Tadaaaa... ini dia sunblock yang saya guna setiap hari. Sampaikan masa pergi Tioman last week, kulit saya tetap cerah walaupun berpanas sepanjang hari. Biasanya kulit saya sangat-sangat cepat terbakar. Merah dan lama-lama bertukar gelap. Saya dah guna produk ni sejak hujung tahun lepas dan Alhamdulillah sesuai dengan kulit saya yang sensitif.
 
So, pada yang nak pergi pantai ke pulau ke, jangan lupa pakai sunblock untuk mengelakkan kulit korang hitam terbakar. At least dapat kurangkan gelap pun okeylah kan. 


Friday, June 13, 2014

Talk Dirty. Siaran radio tak sensitif?

Assalamualaikum.

Baru-baru ni, eh tak. Beberapa kali ni saya ada terdengar lagi Jason Derulo - Talk Dirty disiarkan di stesen radio. Tapi saya tak berapa pasti siaran radio mana. Bila dilayankan, memang muziknya catchy dan secara tiba-tiba boleh tergoyang-gerudi sama. So, one day saya cubalah google lirik lagu ni sebab saya tak pernah dengar lagunya sampai habis. Cuma suka muzik dia yang bahagian awal.

Google punya google, saya rasa terkejut sangat. Entah eh. Saya pun tak pasti kalau saya yang tak faham maksud lagu ni atau saya yang sensitif sangat? Atau saya sorang berotak 'kuning'?. Tapi saya perasan ada perkataan suck my pennis, oral sex, blablabla. Eh, lucah kot? Tapi kenapa boleh elok-elok siar kat radio eh? Apakah siaran radio tak ada mana-mana akta untuk tapis lagu-lagu yang nak disiarkan. Let say lah saya sorang yang sensitif, habis boleh ke sebut perkataan macam tu kat public?.

Kesimpulan saya lepas hayati lirik ni, seolah-olah mengisahkan lelaki-perempuan kenal dalam flight dan terbawa perkenalan sampai ke seks. Kalau cuma just lelaki je berangan, tapi tetap tak sesuai lagu macam ni disiarkan dan jadi siulan para remaja.














Tuesday, June 10, 2014

Percutian Kelam-kabut Ke Tioman


Tarikh percutian kami : 4 Jun 2014 sehingga 6 Jun 2014

Sejak tahun lepas keluarga suami dah plan untuk ke Pulau Tioman sempena Family Day 2014. Tapi, sebab tiada perbincangan,  makanya percutian kami jadi agak kelam kabut. Bayangkan, sehari sebelum tarikh percutian baru sibuk-sibuk beli tiket ferry. Mana tak nya, dia harap dia- dia harap dia. Hah! Amik kau bila baca blog-blog ramai yang kata kalau pergi masa cuti sekolah elakkan lah nak gamble-gamble. Sebab selalunya hotel penuh, tiket habis. Dan mujur sempat minta kawan yang duduk Mersing tolong belikan tiket Ferry. Dan selamatlah dibeli , 9 tiket dewasa, 2 kanak-kanak bagi Bluewater Ferry untuk ke Tioman dengan harga RM70 (pergi-balik) bagi dewasa dan RM60 (kanak-kanak). 

Kami bertolak dari Mersing sekitar pukul 2.20 petang dan selamat sampai ke Kampung Tekek pada pukul 4.30 petang (perlu di ingat supaya berada di Jetty 1 jam sebelum ferry bertolak). Kepada yang tak pernah ke Pulau Tioman, pastikan korang nak turun kat mana ye. Sebab ferry akan berhenti pada 6 buah kampung. Pastikan penginapan yang korang dah tempah tu kat mana, dan turun di tempat yang ingin dituju. Sebab kalau dah salah turun ferry, korang kenalah naik boat dan confirm kena bayar duit boat (tak sure berapa). Abah dah booking penginapan di Selesa Condotel Kg Tekek dengan bayaran RM200/hari. Selesa Condotel memang selesa sebab ada 2 bilik ( 1 katil queen, 1 lagi single bedroom). Kami sewa 2 buah condotel. Ada dapur, peti sejuk, microwave, ruang tamu, tv, fully aircond, dan sebuah bilik air. Dapurnya tak disediakan kuali dan dapur gas. Jadi pada yang nak memasak disarankan bawa periuk elektrik serbaguna (bagi yang nak masak sendiri).

Jetty Kg Tekek (gambar : google)

Meh aku cerita sikit, kami sampai je ke jetty Kg Tekek pukul 4.30 petang. Teruja sangat tengok air yang jernih sampai nampak ikan-ikan di bawah jetty. Kemudian kami disambut oleh pekerja-pekerja hotel penginapan. Dorang akan panggil pelanggan setiap hotel tertentu. Bagi Selesa Condotel, dah ada sebuah MPV menanti pelanggan. Kalau Berjaya Hotel, ada bas yang sambut korang. So tak perlu risau nak cari tempat penginapan korang sebab transport ke hotel percuma sahaja. Sampai je kat Condotel, kami check-in, Jamak Solat Asar-Zohor, dan mulakan aktiviti memasak sebab perut dah berkeriuk-keriuk. Nak makan kat cafe boleh je tapi tak silap aku kena bayar. Yang disediakan cuma sarapan je percuma. Bagi kami yang ramai, masing-masing dah bawa makanan. Ayam yang dah siap siang (kerat), bawang siap bland, cili mesin, ikan bilik, kicap, gula-garam, ikan siap siang, dan barang keperluan masak. Semua dah sedia untuk dimasak. Stok makanan kami memang cukup untuk 3 hari kami di sini. 

Selesa Condotel, Tioman (gambar : google)

Pada yang malas masak dan tak nak makan di cafe, korang boleh makan di kedai-kedai di sekitar Kampung Tekek ni. Shuttle bus akan lalu di condotel setiap 1 jam (percuma). So tak payah risau tentang transport. Kalau nak sewa kereta / motor / basikal pun boleh call agen-agen yang ada di sekitar kampung ni. Cumanya, ikut kata orang makanan kat area ni mahal. Bayangkan, telur sebiji RM0.70sen. Tapi bagi yang tak kisah tentang duit, silakan buat pilihan anda :)  ... Aktiviti hari pertama, tak ada ke mana pun. Kami duduk kat condotel je. Petang tu sempatlah terjun kolam melayan anak buah nak berenang. 

Jom mandi pool! (gambar : google)

Malam tu baru kami mula meng-google agen untuk snorkeling. Dan kami dapat pakej RM50 seorang yang mana dia akan bawa kami snorkeling di 4 tempat di sekitar pulau. Pada saya cukuplah 4 tempat. Kalau pergi dengan kawan-kawan muda remaja memang rasa tak cukup. Tapi memandangkan ni percutian keluarga jadi kena fikir perasaan mak-abah yang dah wargaemas ni. Hehe... Pukul 9 pagi Mat (nama agen) ambil kami di Condotel untuk di bawa ke Jetty. Sampai Jetty, kami settlekan bayaran ( 7 orang x Rm50) dan bot sedia menanti. Yang best pergi ramai-ramai, kami boleh dapat 1 boat tanpa perlu dikongsi dengan orang lain. Jadi, kita boleh ikut suka kita nak pergi sana ke, sini ke. Huhuhu... Waktu ni aku kesian kat Kakak dan biras sebab tak dapat join gara-gara kena jaga anak masing-masing yang tak sesuai di bawa bersama. 

Gambar : google

Naik boat je kami diberi life jacket memasing. Korang confirm akan pakai sebab masa-masa sekarang, kejadian ferry karam di Korea masih menghantui korang. Ada berani tak nak pakai? Selepas membaca doa menaiki kenderaan laut, boat mula bergerak membawa kami ke tengah laut. Seram-sejuk dibuatnya sebab punyalah laju boat dicampur ombak laut yang menakutkan bagi yang pertama kali merasai ombak Laut Cina Selatan. Hentian pertama, dia bawa ke Monkey Bay. 

Gambar : google

Abg boat ni maklumkan cara-cara snorkeling dan bagitau yang batu karang sekitar kawasan ni jenis biasa-biasa je. Masa ni saya takut lagi nak turun walaupun suami dan yang lain dah turun. Tinggal saya dan mak atas boat. Mak memang tak nak turun sebab nak jaga barang-barang kami. Sebabkan pening dengan boat yang terhuyung-hayang, maka saya terpaksa turun ke laut. Seram gila dok bayang ada jerung muncul. Allah, nauzubillah. Masa ni suami pegang saya tak lepas. Saya pun tak boleh nak seimbangkan badan sebab masih takut. Tapi, lama-lama dah rasa seronok sebab ikan cantik-cantik. Sempat bagi ikan makan roti dan saya cepat-cepat naik semula ke boat. Okey, saya berenang guna life jacket. Kalau takde life jacket memang tenggelam dibuatnya sebab saya tak pandai berenang. hihihi... Dalam 20 minit dia biarkan kami berenang, kemudian kami ke destinasi seterusnya.

Gambar : google

Destinasi ke-2 ni memang cantik sungguh batu karangnya. Besar-besar macam meja. Masa kat tempat ni ombak agak kuat sampai kami tak dapat nak kembali ke boat sebab di bawa arus. Abang boat ambil kami yang dah makin jauh, dia hulurkan tali. So, semua berpaut pada tali tu dan abang boat mula bawa boat dan minta kami terus tengok dalam laut. Subhanallah, cantik sungguh. Macam hutan laut. Dekat 200m juga kami berpaut pada tali untuk di bawa ke tempat yang agak tenang. Seronok tak terkata. Alhamdulillah. Selepas puas, kami di bawa ke destinasi Kampung Salang untuk berenti makan dan rehat. Tapi memandangkan kami nak balik cepat dan nak makan kat rumah (dah siap masak) jadi kami minta abg boat bawa ke destinasi ke-3 dan terakhir. Malas nak cerita sebab sama je isinya. Cuma pemandangan lautnya berbeza. Kata abang boat, kalau nak yang lagi real kena pergi 6 tempat. Dia akan bawa ke Pulau Tulai dan pulau-pulau yang agak jauh dari Tioman. Macam pakej yang saya ambil sekadar snorkeling di sekeliling Tioman.

Hari ke-3 kami di sini, tak ada yang menarik. Sekadar mandi pool, ronda-ronda naik motor dan bersiap untuk balik. Tiket ferry pukul 2pm tapi pukul 12 tengahari kami dah terpacak kat jetty. Hehehe... Alhamdulillah pukul 4pm kami selamat sampai. Kali ni ambil masa 2 jam je tapi ferry dia punyalah laju sampai saya mabuk. Nasib baik 30minit sebelum naik ferry saya dah telan pil mabuk. Bagi menghilangkan rasa pening sebab dok nampak laut je masa pejam mata, mata saya pasang earphone, buka lagu kat hp dan tidooooo....Bangun-bangun, dah sampai Jetty. Yabedabeduuu.....

Ini saya sertakan nombor telefon Condotel dan Abang Mat (Agen boat kami)

Selesa Condotel Kg Tekek : 09-4191 048
Abang Mat Tioman : 013-709 5726

Notakaki : Kenapa guna gambar google je? Haha sebab malas nak transfer gambar dari phone. Lagipun banyak gambar ada di kamera adik ipar. So sekeping je lah gambar yang akan dikongsi buat tatapan peminat semua haha.

Ni masa snorkeling di pinggir pantai. Memang ada ruangan khas untuk snorkeling tanpa perlu sewa boat. Berenang-berenang juga. Aurat tetap kena jaga tau walau dalam laut. Jadi tak ada alasan, pakai socks tak boleh berenang eh. 

So, inilah kisah percutian kelam-kabut kami. 

K. Bye