Ada yang kata cinta itu buta. Tetapi, bagiku cinta sejati tak pernah buta. Cinta sejati adalah cinta yang membuatkan kita mampu menimbang yang baik atau buruk. Aku pernah melewati cinta buta. Ternyata cinta itu bukan cinta sejatiku. Cinta yang membuatkan aku memilih langkah yang salah. Cinta yang membuatkan seorang gadis teguh menjadi jinak. Membuatkan hati dan akal mati. Tidak mampu mengira yang baik atau salah. Cinta ini membuat aku benar-benar bahagia. Bahagia dalam derita sebenarnya. Sehebat mana kau gadis, kau akan kalah apabila tersilap memilih teman. Masa remaja membuat aku gagal menjadi seorang yang waras. Yang angkuh mendengar nasihat mereka. Namun, dilema menyerang supaya aku berfikir dengan waras. Memilih celik atau buta. Dia adalah sosok yang tidak membawa aku menang tetapi membuat aku tersungkur ke bawah. Terima kasih mereka yang tidak pernah jauh dariku. Terima kasih Allah yang memelihara aku terus menjadi gadis sehingga ke detik pernikahanku. Yang membuatkan aku mampu tersenyum bangga kerana berjaya mempertahankan hak suamiku. Terima kasih Allah.
Gadis, kau juga mampu menjadi serikandi idaman. Hanya kau memilih yang teguh atau jinak?
:: nukilan, NH
No comments:
Post a Comment