Tarikh percutian kami : 4 Jun 2014 sehingga 6 Jun 2014
Sejak tahun lepas keluarga suami dah plan untuk ke Pulau Tioman sempena Family Day 2014. Tapi, sebab tiada perbincangan, makanya percutian kami jadi agak kelam kabut. Bayangkan, sehari sebelum tarikh percutian baru sibuk-sibuk beli tiket ferry. Mana tak nya, dia harap dia- dia harap dia. Hah! Amik kau bila baca blog-blog ramai yang kata kalau pergi masa cuti sekolah elakkan lah nak gamble-gamble. Sebab selalunya hotel penuh, tiket habis. Dan mujur sempat minta kawan yang duduk Mersing tolong belikan tiket Ferry. Dan selamatlah dibeli , 9 tiket dewasa, 2 kanak-kanak bagi Bluewater Ferry untuk ke Tioman dengan harga RM70 (pergi-balik) bagi dewasa dan RM60 (kanak-kanak).
Kami bertolak dari Mersing sekitar pukul 2.20 petang dan selamat sampai ke Kampung Tekek pada pukul 4.30 petang (perlu di ingat supaya berada di Jetty 1 jam sebelum ferry bertolak). Kepada yang tak pernah ke Pulau Tioman, pastikan korang nak turun kat mana ye. Sebab ferry akan berhenti pada 6 buah kampung. Pastikan penginapan yang korang dah tempah tu kat mana, dan turun di tempat yang ingin dituju. Sebab kalau dah salah turun ferry, korang kenalah naik boat dan confirm kena bayar duit boat (tak sure berapa). Abah dah booking penginapan di Selesa Condotel Kg Tekek dengan bayaran RM200/hari. Selesa Condotel memang selesa sebab ada 2 bilik ( 1 katil queen, 1 lagi single bedroom). Kami sewa 2 buah condotel. Ada dapur, peti sejuk, microwave, ruang tamu, tv, fully aircond, dan sebuah bilik air. Dapurnya tak disediakan kuali dan dapur gas. Jadi pada yang nak memasak disarankan bawa periuk elektrik serbaguna (bagi yang nak masak sendiri).
Jetty Kg Tekek (gambar : google)
Meh aku cerita sikit, kami sampai je ke jetty Kg Tekek pukul 4.30 petang. Teruja sangat tengok air yang jernih sampai nampak ikan-ikan di bawah jetty. Kemudian kami disambut oleh pekerja-pekerja hotel penginapan. Dorang akan panggil pelanggan setiap hotel tertentu. Bagi Selesa Condotel, dah ada sebuah MPV menanti pelanggan. Kalau Berjaya Hotel, ada bas yang sambut korang. So tak perlu risau nak cari tempat penginapan korang sebab transport ke hotel percuma sahaja. Sampai je kat Condotel, kami check-in, Jamak Solat Asar-Zohor, dan mulakan aktiviti memasak sebab perut dah berkeriuk-keriuk. Nak makan kat cafe boleh je tapi tak silap aku kena bayar. Yang disediakan cuma sarapan je percuma. Bagi kami yang ramai, masing-masing dah bawa makanan. Ayam yang dah siap siang (kerat), bawang siap bland, cili mesin, ikan bilik, kicap, gula-garam, ikan siap siang, dan barang keperluan masak. Semua dah sedia untuk dimasak. Stok makanan kami memang cukup untuk 3 hari kami di sini.
Selesa Condotel, Tioman (gambar : google)
Pada yang malas masak dan tak nak makan di cafe, korang boleh makan di kedai-kedai di sekitar Kampung Tekek ni. Shuttle bus akan lalu di condotel setiap 1 jam (percuma). So tak payah risau tentang transport. Kalau nak sewa kereta / motor / basikal pun boleh call agen-agen yang ada di sekitar kampung ni. Cumanya, ikut kata orang makanan kat area ni mahal. Bayangkan, telur sebiji RM0.70sen. Tapi bagi yang tak kisah tentang duit, silakan buat pilihan anda :) ... Aktiviti hari pertama, tak ada ke mana pun. Kami duduk kat condotel je. Petang tu sempatlah terjun kolam melayan anak buah nak berenang.
Jom mandi pool! (gambar : google)
Malam tu baru kami mula meng-google agen untuk snorkeling. Dan kami dapat pakej RM50 seorang yang mana dia akan bawa kami snorkeling di 4 tempat di sekitar pulau. Pada saya cukuplah 4 tempat. Kalau pergi dengan kawan-kawan muda remaja memang rasa tak cukup. Tapi memandangkan ni percutian keluarga jadi kena fikir perasaan mak-abah yang dah wargaemas ni. Hehe... Pukul 9 pagi Mat (nama agen) ambil kami di Condotel untuk di bawa ke Jetty. Sampai Jetty, kami settlekan bayaran ( 7 orang x Rm50) dan bot sedia menanti. Yang best pergi ramai-ramai, kami boleh dapat 1 boat tanpa perlu dikongsi dengan orang lain. Jadi, kita boleh ikut suka kita nak pergi sana ke, sini ke. Huhuhu... Waktu ni aku kesian kat Kakak dan biras sebab tak dapat join gara-gara kena jaga anak masing-masing yang tak sesuai di bawa bersama.
Gambar : google
Naik boat je kami diberi life jacket memasing. Korang confirm akan pakai sebab masa-masa sekarang, kejadian ferry karam di Korea masih menghantui korang. Ada berani tak nak pakai? Selepas membaca doa menaiki kenderaan laut, boat mula bergerak membawa kami ke tengah laut. Seram-sejuk dibuatnya sebab punyalah laju boat dicampur ombak laut yang menakutkan bagi yang pertama kali merasai ombak Laut Cina Selatan. Hentian pertama, dia bawa ke Monkey Bay.
Gambar : google
Abg boat ni maklumkan cara-cara snorkeling dan bagitau yang batu karang sekitar kawasan ni jenis biasa-biasa je. Masa ni saya takut lagi nak turun walaupun suami dan yang lain dah turun. Tinggal saya dan mak atas boat. Mak memang tak nak turun sebab nak jaga barang-barang kami. Sebabkan pening dengan boat yang terhuyung-hayang, maka saya terpaksa turun ke laut. Seram gila dok bayang ada jerung muncul. Allah, nauzubillah. Masa ni suami pegang saya tak lepas. Saya pun tak boleh nak seimbangkan badan sebab masih takut. Tapi, lama-lama dah rasa seronok sebab ikan cantik-cantik. Sempat bagi ikan makan roti dan saya cepat-cepat naik semula ke boat. Okey, saya berenang guna life jacket. Kalau takde life jacket memang tenggelam dibuatnya sebab saya tak pandai berenang. hihihi... Dalam 20 minit dia biarkan kami berenang, kemudian kami ke destinasi seterusnya.
Gambar : google
Destinasi ke-2 ni memang cantik sungguh batu karangnya. Besar-besar macam meja. Masa kat tempat ni ombak agak kuat sampai kami tak dapat nak kembali ke boat sebab di bawa arus. Abang boat ambil kami yang dah makin jauh, dia hulurkan tali. So, semua berpaut pada tali tu dan abang boat mula bawa boat dan minta kami terus tengok dalam laut. Subhanallah, cantik sungguh. Macam hutan laut. Dekat 200m juga kami berpaut pada tali untuk di bawa ke tempat yang agak tenang. Seronok tak terkata. Alhamdulillah. Selepas puas, kami di bawa ke destinasi Kampung Salang untuk berenti makan dan rehat. Tapi memandangkan kami nak balik cepat dan nak makan kat rumah (dah siap masak) jadi kami minta abg boat bawa ke destinasi ke-3 dan terakhir. Malas nak cerita sebab sama je isinya. Cuma pemandangan lautnya berbeza. Kata abang boat, kalau nak yang lagi real kena pergi 6 tempat. Dia akan bawa ke Pulau Tulai dan pulau-pulau yang agak jauh dari Tioman. Macam pakej yang saya ambil sekadar snorkeling di sekeliling Tioman.
Hari ke-3 kami di sini, tak ada yang menarik. Sekadar mandi pool, ronda-ronda naik motor dan bersiap untuk balik. Tiket ferry pukul 2pm tapi pukul 12 tengahari kami dah terpacak kat jetty. Hehehe... Alhamdulillah pukul 4pm kami selamat sampai. Kali ni ambil masa 2 jam je tapi ferry dia punyalah laju sampai saya mabuk. Nasib baik 30minit sebelum naik ferry saya dah telan pil mabuk. Bagi menghilangkan rasa pening sebab dok nampak laut je masa pejam mata, mata saya pasang earphone, buka lagu kat hp dan tidooooo....Bangun-bangun, dah sampai Jetty. Yabedabeduuu.....
Ini saya sertakan nombor telefon Condotel dan Abang Mat (Agen boat kami)
Selesa Condotel Kg Tekek : 09-4191 048
Abang Mat Tioman : 013-709 5726
Ni masa snorkeling di pinggir pantai. Memang ada ruangan khas untuk snorkeling tanpa perlu sewa boat. Berenang-berenang juga. Aurat tetap kena jaga tau walau dalam laut. Jadi tak ada alasan, pakai socks tak boleh berenang eh.
So, inilah kisah percutian kelam-kabut kami.
K. Bye
No comments:
Post a Comment