Friday, June 20, 2014

Tak salah syak wasangka untuk kebaikan.

Baru ni, saya ada berurusan dengan 2 orang pembekal tudung Mesir. Dua-duanya saya jumpa di instagram. Ketika berurusan melalui whatsapp, saya agak puas hati dan yakin dengan pembekal pertama ( A) ni. Ada 3 jenis tudung yang saya minta butiran harga beserta harga bagi pembelian borong 100 helai. Jadi A menyatakan harga yang berbeza mengikut jenis dan size. Untuk postage pun ada beberapa info yang diberitahu. Contoh, kalau melalui flight sampai bila, bayaran berapa dll. Kalau kargo, ada tempoh-tempoh tertentu yang kalau kita pos time tu dia boleh bagi free postage.

Pembekal kedua (B), soalan yang di tanya sama. Tapi dia jawab semua jenis tudung dia boleh bagi saya dengan harga RM15 sehelai dan free postage. Tak kira lah flight atau kapal laut, free je. Ohemgeee... Leh caya ke? Kalau ikutkan memang saya akan pilih B sebab saya boleh untung berlipat ganda. Tapi saya jadi was-was.

So, saya pun mula check ig A dan B. Ig A, ada ribuan follower, ada ratus post. Yang B pulak follower tak sampai seribu pun. Post pun tak sampai 100. Kalau dia memang pembekal yang boleh bagi murah maksudnya mesti akan ramai pelanggan. Ok, sekodeng lagi tengok gambar tudung yang dijual sama je. Tak ada jenis lain dan tak ada gambar baru. Kalau dia kata restock, guna balik gambar lama. Komen dari pelanggan pun tak ada. Pelik kan?

Walaupun A lebih menyakinkan, tapi gara-gara B saya terus rasa takut nak buat pembelian dengan A. Sebab takut kalau A pun penipu. Frust juga sebab memang nak sangat jual tudung mesir cuma masalahnya tak kenal pembekal yang betul-betul, yang jujur. Kalau beli setakat 10 helai dan kena tipu tu menangis lah jugak.Tapi kalau beli 100 helai dan kena tipu, mau meraung dibuatnya.

So kepada semua, berhati-hati je dengan mereka yang buat jualan melalui online. Rasa wasangka untuk kebaikan tu tak salah. Sekadar nak berhati-hati kan.

No comments: