Wednesday, March 27, 2013

Pesanan Pengguna Smartphone WANITA

Saya nak share sesuatu kepada pengguna smartphone wanita. 




Ada sesetengah yang suka install sebarang aplikasi camera, atau picture editor. Lepas tu korang uninstall dan install app lain. Betul tak? Ini apa yang saya sendiri suka buat. Dan kadang-kadang saya suka-suka ambil gambar sendiri bila dirumah. Gambar tak pakai tudung, gambar dengan suami bila di rumah. Kemudian saya akan delete. Sebab ambil tu sekadar suka-suka. Kalau tak delete nanti kalau ada orang lain buat phone kita, mereka boleh nampak pula gambar-gambar tu semua. Dan anda rasa aplikasi yang telah uninstall tu akan automatik delete gambar-gambar yang pernah diambil. 

Dan anda tau tak betapa bahayanya applikasi sebegini?. Sebenarnya tanpa anda sedari setiap gambar yang anda ambil akan di save secara automatik. Mungkin anda tak perasan dia save di mana. Kadang-kadang kita rasa kita dah delete, tetapi rupa-rupanya di folder lain gambar tersebut telah selamat di simpan di situ. 

Sekiranya smartphone anda hilang atau dicuri, mungkin anda rasa selamat kerana tidak ada sebarang foto / video peribadi yang andai tersebar boleh merosakkan imej anda. Ye lah, manalah tau anda saja-saja ambil gambar pakai singlet ke, top ke, atau terlebih gatal ambil gambar pakai lingeries /  bra sahaja. Konon-konon nak tunjuk dekat suami. Pastu delete. Dan jika smartphone anda hilang semua gambar-gambar ini mungkin boleh tersebar di internet (kalau dapat pencuri yang berniat menyebarkan gambar anda).

Jadi, rajin-rajinlah clearkan folder anda. Guna USB dan melalui komputer baru anda dapat lihat ada banyak rupa-rupanya gambar yang anda dah delete tapi masih tersimpan di dalam folder tersembunyi. Delete gambar-gambar di folder tersebut dan InsyaAllah ianya akan hilang selama-lamanya. 

No comments: