Thursday, March 21, 2013

Google Reader ditamatkan 1st July 2013

Sedih bila baca pesanan dari Google Reader tentang penutupan perkhidmatan ini. Semua orang tau betapa membantunya Google Reader selama ini kepada pengguna internet. Kalau selama ni semua link blog, berita, dapat kita kumpulan dalam 1 ruang yang memudahkan kita untuk membaca setiap yang di update. 


Bukan semua orang berkesempatan untuk masuk ke tiap-tiap blog. Macam saya, saya lebih suka membaca dari reader. Bila nak komen baru saya masuk ke link blog. Tapi lepas ni payah lah. Alternatif lain ada. Harapnya perkhidmatannya sama macam Google Reader. Bagi yang nak persediaan bila dah tak ada Google Reader, boleh guna www.feedly.com . Ianya kebih kurang sama macam reader. Cuma bila kita belum biasa, agak kekok. Tapi okey lah. Tersusun dan memudahkan. Feedly boleh juga di install di smartphone anda. Selamat mencuba!

No comments: