[GAMBAR] Sekadar gambar hiasan
Menjadi seorang guru sebenarnya memerlukan kesabaran yang tinggi. Bagi guru tadika, mereka menghadapi tekanan apabila terpaksa mengajar berulang-ulang kali tapi murid tidak faham. Guru sekolah rendah mungkin juga begitu. Tetapi, bagi guru sekolah menengah, ujiannya lain. Mungkin ada segelintir yang menghadapi tekanan kerana pelajar tidak faham apa yang diajar. Tetapi mereka lebih diuji dengan sikap pelajar yang kadang-kadang tidak menghormati guru. Kalau dapat pelajar pandai-pandai, kadang-kadang ada yang memandang rendah pada guru. Especially pada guru-guru muda lepasan Universiti.
Sebelum ini, saya jarang menyelitkan doa untuk murid-murid setiap kali saya berdoa. Tetapi, bermula minggu lepas, setiap hari saya mendoakan mereka. Kerana, saya menghadapi tekanan pada pelajar yang tidak memberi respon pada apa yang diajar, dan ada yang berulang-kali belajar topic yang sama sepatah haram pun tak dapat faham. Puas saya bersabar kerana saya tau semua ni salah guru itu sendiri. Bukan mereka tak nak faham, tetapi memang mereka tak faham.
Alhamdulillah, bermula hari Isnin, seorang murid yang bila kita tanya geleng pun tidak, angguk pun tidak, suruh belasah jawab mana pun pensel tak gerak. Tapi, hari itu dia dapat menjawab semua soalan yang saya ajukan padanya. Walaupun agak lambat, terpaksa focus pada dia, tetapi itu sudah mencukupi bagi saya. Tadi, kumpulan pelajar yang selalu lambat siap kerja menjadi kumpulan pertama yang siap. Subhanallah. maha suci Allah. Alhamdulillah, terima kasih Allah. Sesuangguhnya, doa adalah senjata terbaik bagi mukmin. Semoga kau terangkan hati anak didikku agar mereka dapat menerima ilmu yang kami sampaikan. Aameen..
:: Ya Allah, jika waktu aku berdoa itu adalah waktu yang mustajab, semoga kau perkenankan doaku untuk memiliki zuriat keturunan yang soleh-solehah, sempurna ciptaan dan akal fikirannya. Yang akan menjadi hamba yangmemperjuangkan Agama-Mu. Aameen.
No comments:
Post a Comment