Wednesday, April 30, 2014

Breakaway

Breakaway version Kelly Clarkson

Breakaway. Merupakan lagu denganan Kelly Clarkson track favourite saya. Suara powerful Kelly memang sesuai sangat dengan lagu ni. Kalau dengar dan hayati, memang sampai, apa yang ada dalam lirik-lirik lagu ini. Tapi, siapa sangka, lagu yang saya rasa sesuai untuk Kelly rupa-rupanya penyanyi asalnya ialah Avril Lavigne.  Seorang lagi artis kegemaran saya. Saya kira ramai yang tidak tahu tentang perkara ini. Avril pernah merakamkan lagu ini sekitar tahun 2002 tetapi lagu ini tidak di release. Kemudia lagu ini diserahkan pada Kelly dan menjadi OST untuk filem Princess Diaries 2 : Royal Engagement. 

Kerana kejayaan lagu ini sebagai OST filem tersebut, Kelly telah menjadikan Breakaway sebagai tajuk bagi album keduanya. Dan lagu ini memberikan banyak kejayaan pada Kelly. Pada permulaan mendengar versi Avril Lavigne, saya rasa tak puas. Sebab nyanyian Avril terlalu santai. Tetapi Kelly menyanyikan dengan penuh emosi dan lantang. Tetapi setelah didengar berkali-kali, akhirnya saya memilihi versi Avril Lavigne berbanding Kelly. Tetapi version Kelly tetap menjadi lagu kegemaran saya. 

Ini pandangan saya. Anda bagaimana?


Breakaway version Avril Lavigne


Sunday, April 27, 2014

Bila dikunjungi kawan lama.


Pernah tak, kawan yang lama atau jarang nak tegur kita, tanya khabar kita tiba-tiba hubungi kita dengan begitu ramah mesra. Mesti pernah kan?. Macam saya, memang jenis jarang nak tanya khabar kawan yang kurang rapat. Bff saya sendiri pun saya cuma contact dalam setahun adalah 5-6 kali. Itu kira dalam 1 tahun. Ini kan pula kawan yang bukan bff. Walaupun 5-6 kali setahun, tapi kami tetap bestfriend. Faham, kalau kita sayang kawan kita tak semestinya kena selalu sms ke, whatsapp atau call. 

Kalau kawan yang rapat hari-hari jumpa, atau sebulan sekali jumpa pun saya akan sms / whatsapp bila ada perkara-perkara tertentu. Kalau kawan lama macam kawan zaman belajar, zaman sekolah, kawan kerja, lagi lah tak tegur. Kecuali sampuk2 dalam status dorang dalam facebook atau instagram. 

Tu intro je. Sebenarnya nak cerita, tiba-tiba kawan masa sekolah PM kat facebook. Borak punya borak tanya khabar, katanya dah lama tak jumpa. So dia pun singgah rumah saya masa dia balik kampung baru-baru ni. Mestilah gembira sambut tetamu. Tapi yang paling tak best bila tiba-tiba keluarkan produk-produk dan ajakkita join bisnes MLM dia. Aduhhhh... 

Pada saya, nak berniaga tu biarlah ikhlas. Saya pun takpasti ikhlas ke tak bila buat macam tu. Tapi kalau ikhlas ziarah kawan, Alhamdulillah. Kalau niatnya lain?... Saya pun berniaga. Tapi saya direct promote produk. 








Friday, April 18, 2014

.Cara mandi wajib.



Entry ini dalam masa yang sama ingin saya dedikasikan ucapan terima kasih yang tidak terhingga pada Ustaz Isa, guru sekolah Agama yang mengajar saya cara untuk mandi wajib. Hingga ke hari ini, cara itulah yang saya gunakan. Kenapa mesti Ustaz Isa yang ajar? kenapa bukan cikgu perempuan?. Sebab dah tanggungjawab beliau apabila diletakkan sebagai guru untuk mengajar pelajaran ini. Hehe

Bila perlu mandi wajib?

Ketika seseorang selesai haid, selepas berjimak (bersetubuh), keluar mani kerana syahwat, meninggal dunia, orang kafir memeluk islam dan nifas.

Macam mana saya mandi wajib?

Pertama : Saya akan basuh kedua belah tangan dan mencuci kemaluan. Ini bagi menghilangkan najis. Kemudian saya akan mandi seperti biasa. Shampoo, sabun badan. Masa ni pastikan semua bahagian dialirkan dengan air. Mana yang melekat tu gosok sampai air lalu.

Kedua  : Berwudhu

Ketiga :  Berniat ketika air sampai ke mana-mana anggota badan. Kalau mandi guna shower, masa air jatuh je kat kepala dan badan saya terus niat. Pastikan air sampai ke seluruh rambut, kulit kepala, bahagian kuku, pusat, ketiak dan bulu-bulu. Saya biasa mulakan dari atas bahagian kanan. Selepas kepala, badan, cangkung dan pastikan air mengalir ke bahagian kemaluan (qubul dan dubur). Selepas yakin, bangun dan ratakan air di bahagian kaki. Akhir sekali angkat tapak kaki bermula kanan dan ratakan air ke seluruhnya. 

Ke-empat : Pada hari seterusnya, setiap kali mandi saya akan pastikan saya berniat untuk mandi hadas besar walaupun pada ketika saya bukan haid atau berjimak. Kerana pesan Ustaz, siapa tau kalau-kalau mandian kita selepas haid itu tidak sah, apabila kita berniat setiap hari dan mandian pada kali tersebut sah, kita sudah menunaikan rukun mandi wajib tersebut.

Tapi, saya satu perkara yang saya kurang pasti. Kalau ikut cara saya, selepas saya berwudhu saya tidak lagi menyentuh kemaluan kerana tidak mahu batal wudhu. Ini apa yang diajar oleh ustaz. Sekiranya pasti tangan tidak tersentuh alat sulit, saya dah boleh solat. Tapi kalau tersentuh, kenalah berwudhu semula kemudian baru solat.

Tak susah pun. Tapi ramai yang mengambil ringan soal mandi wajib. Dan paling menyedihkan di sekeliling saya ramai rupanya yang tidak tahu akan kewajipan mandi wajib / hadas besar. Yang mampu di bimbing saya bimbing, yang jenis tak boleh terima teguran tu cuma mampu berdoa dalam hati semoga Allah lembutkan hati mereka.

Monday, April 14, 2014

One Day One Juz



Apa itu one day one juz? Mungkin program ini kurang popular di Malaysia tetapi ianya semakin popular di Indonesia. Bahkan artis-artis Indonesia juga ada yang terlibat dalam kumpulan One Day One Juz atau singkatannya ODOJ.

One Day One Juz - Setiap hari khatam 1 juzuk Al-Quran. 

Bermula selepas Maghrib dan khatam sebelum Maghrib hari berikutnya. Setiap kumpulan disertai oleh 30 orang yang mana setiap seorang akan membaca 1 juzuk setiap hari. Juzuk akan bertukar setiap hari. Maka setiap hari InsyaAllah kumpulan ini akan khatam Al-Quran.

Apa kelebihan ODOJ?

Alhamdulillah, apa yang dapat saya katakan sepanjang hampir sebulan bersama kumpulan ini menjadikan kami sangat dekat dengan Al-Quran. Ada je masa terluang terus capai Quran dan sambung bacaan yang belum di habiskan. Kadang sambil tunggu suami isi minyak, kat traffic light, dalam kelas sementara tunggu murid masuk, memang tak berenggang denganAl-Quran. Khatam Juzuk yang diamanahkan, baca pula terjemahannya. Subhanallah, program ini sangat-sangat mendekatkan diri kami dengan Al-Quran.  Kalau sebelum ini, baca Al-Quran ikut suka. Hari ni baca, esok tak. Tapi sekarang, nak atau tak kita mesti baca selagi juzuk yang diamanahkan belum khatam. Memang nampak terpaksa. Tapi terpaksa yang memberikan pahala apa salahnya kan? Mula-mula rasa terpaksa baca tapi lama-lama automatik kita rasa nak nak dan nak baca.

Dan yang bestnya, bila keluar rumah lupa bawa Quran terjemahan, terus rasa macam kosong. Duduk sia-sia. Bukan tak boleh baca dari smartphone cuma saya lebih seronok baca Quran terjemahan. Jadinya quran tersebut memang akan ke hulu ke hilir saya bawa.

Kalau tak semapat habiskan 1 juzuk yang diamanahkan?

Lelong dalam group (whatsapp). Biasanya program ni berlangsung hanya di whatsapp. Jadi bagi yang tak sempat baca, ada urusan atau sebagainya boleh maklumkan di group. InsyaAllah akan ada je sahabat-sahabat yang bantu khatamkan. Dan yang bestnya, dalam group saya ada 60 orang. Setiap orang berpasangan. Jadi seorang baca 5 helai pertama, dan seorang lagi sambung 5 helai berikutnya. Dalam 60 orang ni bukan semua saya kenal. Ada kawan kepada kawan. Tapi kerana ODOJ, hubungan silaturahim semakin membesar dan erat. Saling tolong-menolong. Selain lelong dalam group, boleh je minta bantuan suami ke, anak ke, mak atau ayah. Kan ke kita dah bantu mereka dapat pahala sebab baca Quran?

Masa saya cuti (uzur), suami bantu bacakan bahagian saya. Dan saya nampak suami mula tertarik dengan program ini. Alhamdulillah.

Kenapa kumpulan kami sampai 60 orang? Juzuk kan 30 sahaja?

Sebab nak beri peluang lebih ramai untuk khatam bersama. Lagipun permintaan mereka. Jadi apa salahnya berkongsi pahala kan? Dalam group saya ada ramai juga doktor-doktor. Subhanallah, bayangkan doktor-doktor yang sentiasa dekat dengan Al-Quran yang merawat pesakit. Semoga dipermudahkan urusan semua. Aamiin.

Nasihat kepada kumpulan ODOJ

Odoj - odoj juga. Tapi jangan sampai rumah tak kemas, dapur tak berasap, anak-suami terabai sebab khusyuk sangat dengan Quran. Hehe... Macam saya kadang-kadang terleka juga, bila teringat terus tanya suami. "Abang ada nak apa-apa ke? Air ke? Makan ke? Borak ke?" . Kalau suami kata tak ada,baru teruskan bacaan. Kalau suami perlu apa-apa, kenalah berhenti sekejap kan. Tunaikan permintaan suami kan mengejar pahala juga =)


Saturday, April 12, 2014

Warna Warni Hati



Diberi nikmat jangan terlalu gembira.
Diberi musibah juga jangan terlalu sedih. 

Akurlah bahawa manusia merancang dengan cita-cita sedang Allah merancang dengan cinta. Setiap apa yang Allah rencanakan untuk kita adalah yang terbaik untuk hambanya. Bila doa kita belum Allah kabulkan, bersabarlah. Dan apabila doa lain dikabulkan, bersyukurlah. Apabila Allah lambat atau tidak mengkabulkan doa kita, itu tanda Allah rindu mendengar rintihan kita pada-Nya. Rindu untuk melihat kita merayu pada-Nya. Dan apabila Allah mengkabulkan doa kita, Allah ingin melihat kita bersujud syukur pada-Nya.

Ya Allah. Terima kasih atas rezeki yang engkau limpahkan pada kami. Akhirnya kau pinjamkan ia pada kami. Semoga ini yang terbaik buat kami. Semoga apa yang kau berikan tidak membuatkan kami leka dengan urusan duniawi. Alhamdulillah. Syukur pada-Mu Ya Allah.

Maka nikmat Tuhanmu yang mana yang kamu dustakan?

Thursday, April 10, 2014

Ambil mudah urusan perniagaan.


Rasulullah SAW pernah bersabda dalam satu hadis bermaksud: “9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.” (Hadis riwayat Tirmizi).

Hadis di atas menggalakkan ramai umat islam untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Melalui perniagaan, keperluan dan kehendak individu dapat di selesaikan. Ramai yang berniaga dengan pendirian ingin mengikut apa yang Rasulullah ungkapkan. Tapi berapa ramai yang betul-betul berniaga mengikut cara Rasulullah?. Kebanyakan peniaga berniaga tanpa mengetahui halal-haram dalam perniagaan. 

Saya terdetik untuk mengulas tentang isu ini sebaik terbaca tentang isu tudung Fareeda. Saya tidak pernah tahu kalau-kalau tudung Fareeda merupakan tudung no 1 di Malaysia dan menjadi rebutan banyak pihak. Tetapi apabila isu berkaitan rampas merampas, menciplak, dan bermacam isu berkaitan tudung ini, saya terlintas untuk memberi sedikit pandangan. 

Lupakan pada isu tudung ini tidak memenuhi syarak dalam menutup aurat. Ini antara peniaga dengan peniaga. Bukan pandangan pembeli. Mungkin ramai yang marah kerana rampasan tudung ciplak, persoalannya apa hukum menciplak perniagaan orang lain? Menciplak itu samadengan mencuri. Adakah Rasulullah membenarkan perniaga mencuri perniagaan orang lain apatah lagi sesama muslim? 

Yang pelik, ramai pula marah pada pihak Fareeda. Pelik, udakah umat islam di Malaysia menggalakkan pencurian? Yang peliknya ramai persoalkan isu tudung tersebut pendek. Kalau rasa pendek jangan beli. Bila tak beli, pihak Fareeda akan mula membuat design-design untuk tudung labuh sesuai dengan permintaan. 

Just my 2 cent. Tak berminat celoteh banyak sebab tak reti nak susun ayat. 

Kesimpulannya, peniaga-peniaga di luar sana, belajar tentang halal-haram dalam perniagaan sebelum menceburkan diri dalam dunia perniagaan. 

Friday, April 4, 2014

Sabar itu sebahagian atau separuh?

Kita selalu dengar orang cakap "Sabar itu separuh daripada Iman" dan "Sabar itu sebahagian daripada Iman". Jadi mana yang sepatutnya kita sebut?....Seperti yang selalu diulang, apa yang saya coretkan di dalam blog ini hanyalah pandangan peribadi saya.

Jadi, saya memilih yang sepatutnya adalah "Sabar itu sebahagian daripada Iman". Bukannya separuh. Kenapa? Kerana saya terfikir, kalau sabar itu separuh dari Iman, maka yang separuh lagi tu apa? Adakah Iman itu boleh dibahagi dua? Separuh untuk sabar dan separuh lagi? Jadi saya berpandangan adalah lebih elok menggunakan sebahagian kerana separuh dan sebahagian adalah dua perkara yang berbeza. Kerana selain sabar, malu juga adalah sebahagian dari iman. Menjaga kebersihan juga sebahagian dari iman. Kerana itu saya lebih suka menggunakan sebahagian kerana sebahagian itu luas pembahagiannya. 

Ini hanyalah pandangan peribadi saya. Sekiranya pemahaman saya silap, sudilah menegur dan berkongsi pandangan. Kerana manusia itu perlu belajar ditegur dan belajar menerima teguran. 

"As'sabru minal iman"
Sabar itu sebahagian dari Iman.