Jadi, saya memilih yang sepatutnya adalah "Sabar itu sebahagian daripada Iman". Bukannya separuh. Kenapa? Kerana saya terfikir, kalau sabar itu separuh dari Iman, maka yang separuh lagi tu apa? Adakah Iman itu boleh dibahagi dua? Separuh untuk sabar dan separuh lagi? Jadi saya berpandangan adalah lebih elok menggunakan sebahagian kerana separuh dan sebahagian adalah dua perkara yang berbeza. Kerana selain sabar, malu juga adalah sebahagian dari iman. Menjaga kebersihan juga sebahagian dari iman. Kerana itu saya lebih suka menggunakan sebahagian kerana sebahagian itu luas pembahagiannya.
Ini hanyalah pandangan peribadi saya. Sekiranya pemahaman saya silap, sudilah menegur dan berkongsi pandangan. Kerana manusia itu perlu belajar ditegur dan belajar menerima teguran.
"As'sabru minal iman"
Sabar itu sebahagian dari Iman.
No comments:
Post a Comment