Friday, April 18, 2014
.Cara mandi wajib.
Entry ini dalam masa yang sama ingin saya dedikasikan ucapan terima kasih yang tidak terhingga pada Ustaz Isa, guru sekolah Agama yang mengajar saya cara untuk mandi wajib. Hingga ke hari ini, cara itulah yang saya gunakan. Kenapa mesti Ustaz Isa yang ajar? kenapa bukan cikgu perempuan?. Sebab dah tanggungjawab beliau apabila diletakkan sebagai guru untuk mengajar pelajaran ini. Hehe
Bila perlu mandi wajib?
Ketika seseorang selesai haid, selepas berjimak (bersetubuh), keluar mani kerana syahwat, meninggal dunia, orang kafir memeluk islam dan nifas.
Macam mana saya mandi wajib?
Pertama : Saya akan basuh kedua belah tangan dan mencuci kemaluan. Ini bagi menghilangkan najis. Kemudian saya akan mandi seperti biasa. Shampoo, sabun badan. Masa ni pastikan semua bahagian dialirkan dengan air. Mana yang melekat tu gosok sampai air lalu.
Kedua : Berwudhu
Ketiga : Berniat ketika air sampai ke mana-mana anggota badan. Kalau mandi guna shower, masa air jatuh je kat kepala dan badan saya terus niat. Pastikan air sampai ke seluruh rambut, kulit kepala, bahagian kuku, pusat, ketiak dan bulu-bulu. Saya biasa mulakan dari atas bahagian kanan. Selepas kepala, badan, cangkung dan pastikan air mengalir ke bahagian kemaluan (qubul dan dubur). Selepas yakin, bangun dan ratakan air di bahagian kaki. Akhir sekali angkat tapak kaki bermula kanan dan ratakan air ke seluruhnya.
Ke-empat : Pada hari seterusnya, setiap kali mandi saya akan pastikan saya berniat untuk mandi hadas besar walaupun pada ketika saya bukan haid atau berjimak. Kerana pesan Ustaz, siapa tau kalau-kalau mandian kita selepas haid itu tidak sah, apabila kita berniat setiap hari dan mandian pada kali tersebut sah, kita sudah menunaikan rukun mandi wajib tersebut.
Tapi, saya satu perkara yang saya kurang pasti. Kalau ikut cara saya, selepas saya berwudhu saya tidak lagi menyentuh kemaluan kerana tidak mahu batal wudhu. Ini apa yang diajar oleh ustaz. Sekiranya pasti tangan tidak tersentuh alat sulit, saya dah boleh solat. Tapi kalau tersentuh, kenalah berwudhu semula kemudian baru solat.
Tak susah pun. Tapi ramai yang mengambil ringan soal mandi wajib. Dan paling menyedihkan di sekeliling saya ramai rupanya yang tidak tahu akan kewajipan mandi wajib / hadas besar. Yang mampu di bimbing saya bimbing, yang jenis tak boleh terima teguran tu cuma mampu berdoa dalam hati semoga Allah lembutkan hati mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment