Monday, April 14, 2014

One Day One Juz



Apa itu one day one juz? Mungkin program ini kurang popular di Malaysia tetapi ianya semakin popular di Indonesia. Bahkan artis-artis Indonesia juga ada yang terlibat dalam kumpulan One Day One Juz atau singkatannya ODOJ.

One Day One Juz - Setiap hari khatam 1 juzuk Al-Quran. 

Bermula selepas Maghrib dan khatam sebelum Maghrib hari berikutnya. Setiap kumpulan disertai oleh 30 orang yang mana setiap seorang akan membaca 1 juzuk setiap hari. Juzuk akan bertukar setiap hari. Maka setiap hari InsyaAllah kumpulan ini akan khatam Al-Quran.

Apa kelebihan ODOJ?

Alhamdulillah, apa yang dapat saya katakan sepanjang hampir sebulan bersama kumpulan ini menjadikan kami sangat dekat dengan Al-Quran. Ada je masa terluang terus capai Quran dan sambung bacaan yang belum di habiskan. Kadang sambil tunggu suami isi minyak, kat traffic light, dalam kelas sementara tunggu murid masuk, memang tak berenggang denganAl-Quran. Khatam Juzuk yang diamanahkan, baca pula terjemahannya. Subhanallah, program ini sangat-sangat mendekatkan diri kami dengan Al-Quran.  Kalau sebelum ini, baca Al-Quran ikut suka. Hari ni baca, esok tak. Tapi sekarang, nak atau tak kita mesti baca selagi juzuk yang diamanahkan belum khatam. Memang nampak terpaksa. Tapi terpaksa yang memberikan pahala apa salahnya kan? Mula-mula rasa terpaksa baca tapi lama-lama automatik kita rasa nak nak dan nak baca.

Dan yang bestnya, bila keluar rumah lupa bawa Quran terjemahan, terus rasa macam kosong. Duduk sia-sia. Bukan tak boleh baca dari smartphone cuma saya lebih seronok baca Quran terjemahan. Jadinya quran tersebut memang akan ke hulu ke hilir saya bawa.

Kalau tak semapat habiskan 1 juzuk yang diamanahkan?

Lelong dalam group (whatsapp). Biasanya program ni berlangsung hanya di whatsapp. Jadi bagi yang tak sempat baca, ada urusan atau sebagainya boleh maklumkan di group. InsyaAllah akan ada je sahabat-sahabat yang bantu khatamkan. Dan yang bestnya, dalam group saya ada 60 orang. Setiap orang berpasangan. Jadi seorang baca 5 helai pertama, dan seorang lagi sambung 5 helai berikutnya. Dalam 60 orang ni bukan semua saya kenal. Ada kawan kepada kawan. Tapi kerana ODOJ, hubungan silaturahim semakin membesar dan erat. Saling tolong-menolong. Selain lelong dalam group, boleh je minta bantuan suami ke, anak ke, mak atau ayah. Kan ke kita dah bantu mereka dapat pahala sebab baca Quran?

Masa saya cuti (uzur), suami bantu bacakan bahagian saya. Dan saya nampak suami mula tertarik dengan program ini. Alhamdulillah.

Kenapa kumpulan kami sampai 60 orang? Juzuk kan 30 sahaja?

Sebab nak beri peluang lebih ramai untuk khatam bersama. Lagipun permintaan mereka. Jadi apa salahnya berkongsi pahala kan? Dalam group saya ada ramai juga doktor-doktor. Subhanallah, bayangkan doktor-doktor yang sentiasa dekat dengan Al-Quran yang merawat pesakit. Semoga dipermudahkan urusan semua. Aamiin.

Nasihat kepada kumpulan ODOJ

Odoj - odoj juga. Tapi jangan sampai rumah tak kemas, dapur tak berasap, anak-suami terabai sebab khusyuk sangat dengan Quran. Hehe... Macam saya kadang-kadang terleka juga, bila teringat terus tanya suami. "Abang ada nak apa-apa ke? Air ke? Makan ke? Borak ke?" . Kalau suami kata tak ada,baru teruskan bacaan. Kalau suami perlu apa-apa, kenalah berhenti sekejap kan. Tunaikan permintaan suami kan mengejar pahala juga =)


No comments: