Thursday, November 29, 2012

Belajar jadi jujur


Saya berdiri di depannya sambil mencari syiling 30 sen di dalam purse. Tapi sempat perhatikan manusia-manusia yang masuk ke dalam tandas. Ini mudah. Belajar jadi jujur. Manusia tidak nampak tetapi jujur pada Allah dan diri sendiri. Kalau kita nak jadi jujur, uji diri kita dengan situasi ini. Adakah anda akan bayar atau terus masuk sebab merasakan tidak ada siapa yang tahu.

Rachel Amanda - Dipisahkan Lirik

Tawa candamu masih terasa
Di sini aku terbayang
Pernah ada cerita kau dan aku
Berjanji setia bersama

Satu hati satu rasa
Satu mimpi kita

Reff ##

Dipisahkan
Oleh waktu dan kita menempuh
Jalan yang berbeda
Dipisahkan
Oleh rasa ingin tuk menjadi lebih baik
Kan ku persembahkan untuk cinta

Dalam hati ingin selalu bersamamu
Masih kah kau ingat janji kita
Tuk kembali di sini..
Oh..ooo...

Ulang Reff ##

Single terbaru dari Rachel Amanda 
Album : Amanda
Tahun : 2012
Ciptaan : Opick

Success always Manda (:

Wednesday, November 28, 2012

Aku wanita botak itu



Astaghfirullah. Geleng kepala berkali-kali bila tengok kepala sendiri di cermin. Mahkota wanitaku telah musnah ibarat digigit tikus. Atau ibarat kepalaku berkurap? Tidak! Katakan ini mimpi. Tidakkk!!!! Oh Tuhan, berapa lama baru dia akan tumbuh kembali?? Seminggu? Tak mungkin? Sebulan? Mungkin tapi kontot-kontot je. Malu nak balik kampung kalau macam ni :(

Sekadar hiasan 

Beginilah rupa kepala ku kini. Tapi ini hanya gambar pinjam. Kenapa boleh jadi macam ni? Okey, saya pergi berbekam. Sebab sakit kepala yang amat. Konon nak keluarkan angin dan darah kotor. Rupanya untuk pening, kena bekam di kepala. Kena gondolkan sikit kepala tu. Saya tak sanggup, tapi suami suruh sebab saya asyik pening kepala. Bila dah gondol, rasa sakit hati sebab suami asyik gelak bila tertengok saya. Mana tak nya. Tengok saya mesti nampak kepala ku yang gondol. 

Psst : sebenarnya nak tergelak jugak bila tengok kepala sendiri. Macam kena kurap je. hikhik



Tuesday, November 27, 2012

Susah khusyuk bila berjemaah?


Kita semua sedar, dalam solat jika tidak khusyuk maka ibarat sia-sia perbuatan kita itu. Dan kita juga tau betapa besarnya pahala bagi mereka yang solat berjemaah. Apa perkaitan dua perkara ini? Kadang saya keliru. Keliru dengan perasaan sendiri. Saya nak berjemaah dalam solat, tapi bukan dengan semua Imam saya boleh sesuaikan diri. Nak khusyuk dalam solat, maka kita kena sedar dan faham akan maksud setiap apa yang kita baca. Kalimah-kalimah yang kita ucapkan. Bila kita faham maksud setiap kalimah itu, kita akan mengerti dan lebih menghayati apa yang sedang kita bualkan dengan Allah. 

Tapi, nak fahamkan setiap tu kalimah tu bukan hal yang mudah bagi saya. Saya belum hafal maksud di sebalik setiap bacaan dalam solat. Nak kejar sampai jadi faham, mungkin ambil masa yang lama. Jadi, antara satu cara saya cuba lakukan adalah khusyuk dalam bacaan dan perbuatan solat. Saya suka menghayati apa yang saya baca walau kadang-kala saya tidak faham setiap pengertiannya. 

Dan bila kita solat berjemaah, kadang-kadang bila dapat imam yang laju bacaannya buat saya rasa hilang khusyuk sebab nak kejar imam. Cuba berlapang dada, tapi nanti akan rasa marah sebab Imam baca laju. Sedangkan cuba nak kejar pahala berjemaah. Hai hati, kenapa macam ni? Sampai kadang tu rasa lebih baik solat sendiri daripada rasa tak puas hati dengan Imam. 

Keliru sungguh dengan perasaan sendiri. 

Semua ni gara-gara Aaron Aziz



Naik bas dengan suami. Biasa dalam bas suka buka apa-apa movie. So sepanjang perjalanan pergi tu adalah 2-3 movie driver tu buka. Semua filem Melayu yang macam bodoh-bodoh gitu tapi jeling-jeling jugak sebab bosan tengok luar yang gelap. Bila balik, baru mula perjalanan driver tu dah pasang movie lagik. Saya tengok lah jugak sebab macam best je. Permulaan carita kira 'ok' lah. Buat hiburan sementara nak sampai ke rumah.  Tiba-tiba macam masuk part mengarut. Si hero ni dapatkan bantuan dari seseorang di alam maya. Tiba-tiba hero ni hilang macam termasuk ke alam lain. Pastu nampak lelaki berkemban dengan tuala pink tengah mandi sedang berusaha memberi tips kepada hero. Terus saya pandang ke tempat lain. Malas nak tengok filem bodoh macam ni.

Suami senggol lengan saya. Saya pandang suami. Suami senyum then mata jeling ke tv. Bagi isyarat supaya saya tengok tv. Bila pandang je, terus terhambur tawa. Mengekek-ngekek pulak tu. Alahaiii abang Macho Adam Mukhriz. Tiap kali keluar Aaron dengan watak dia dan pakaian yang pelbagai tu, terkekek-kekek saya ketawa. Tiba-tiba je minat Aaron Aziz sejak tengok Adam Hawa. Huhuhu


Monday, November 26, 2012

Follower Mialiana ke 8668

[Sumber] Mialiana.com

Alhamdulillah, beberapa hari bercuti tak sempat singgah ke blog sendiri. Tup-tup sampai rumah tengok ada 9 orang follower beserta 9 comment. Rupanya kak mialiana.com ada buat entry istimewa untuk saya. Tak sangka saya jadi follower bertuah kak mia - follower ke 8668. Segan rasanya apatah lagi blog saya ni baru nak hidup. Tiba-tiba blogger yang punya ribuan follower siap tolong promote blog saya. Terima kasih kak Mia. Actually, tak pernah terfikir nak blog ni dikenali orang. Tak sangka boleh ada follower. 

Dan baru saya tahu rupanya blog saya ni saya letak nama Uzmaa. Hehehe...Panggil saya Hani. Uzmaa tu should be jadi nama anak yang patut saya lahirkan tapi mungkin belum rezeki saya.

Apapun terima kasih pada mereka yang sudi follow blog picisan ini :D

Friday, November 23, 2012

Fikir tentang nikmat, lalu Syukurilah


"Bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum ada,
tetapi jangan lupa yang telah ada"

Rasa bila dapat membantu mereka yang susah. Fikirkan apa yang mereka tiada. Buat hati rasa ingin terus mengucapkan rasa Syukur. Maaf jika aku tidak bersyukur, Allah. Mengenangkan apa yang tidak engkau kurniakan padaku, buat aku rasa sedih sedangkan banyak lagi nikmat lain yang kau tancapkan padaku. Allah, terima kasih kurniakan keluarga, sahabat, dan suami terbaik untukku. Terima kasih Allah.


Thursday, November 22, 2012

Kaedah Makan Buah Zuriat

Buah zuriat & serbuk debunga kurma

Ini buah zuriat. Buah yang boleh didapatkan samaada di Mekah mahupun Madinah. Buah ini merupakan salah satu usaha bagi mereka yang inginkan zuriat atau menambah zuriat. Bagi pasangan yang belum dikurniakan zuriat, mari sama-sama kita cuba makan buah ni. Ini antara usaha kita. 

Kalau kita google, kita boleh jumpa macam-macam kaedah untuk menggunakan buah zuriat ni. Saya juga ingin kongsikan kaedah yang diajar oleh penjual buah zuriat pada emak saya. 

Pertama

Belah kulit buah zuriat ini dengan parang / kapak. Kulit buah zuriat ni tersangatlah keras. Saya akan minta bantuan suami sebab memang tak larat. Sampai terpelanting dibuatnya sebab terlalu keras. 

Kedua 

Setelah berjaya dibelah, keluarkan isi buah zuriat tadi dan potong 4 ( isi buah zuriat macam isi kelapa). Isi buah zuriat ini hendaklah di goreng sekejap (kaedah orang lain suruh rebus. Tapi kaedah yang mak dan mak cik saya ajar suruh goreng)

Ketiga

Keluarkan isi buah zuriat yang telah di goreng kemudian tumbuk dengan lesung batu. Tumbuk ala kadar je. Kemudian bland isi buah zuriat ni bersama-sama dengan serbuk kopi. Kemudian simpan serbuk kopi yang telah bercampur dengan buah zuriat ke dalam bekas. 

Keempat

Amalkan meminum air kopi yang telah bersatu dengan buah zuriat ni bersama-sama pasangan anda. 

Serbuk debunga kurma juga sama seperti buah zuriat yang digunakan untuk mendapatkan zuriat. Amalkan memakan serbuk debunga ini beserta madu. 

Kulit buah zuriat boleh di rebus, kemudian di minum airnya hingga habis (ada yang cakap minum hingga 44 hari. Tapi saya tak pasti). Ataupun kulitnya boleh di gosok ke perut setiap hari.

Lakukan usaha di atas diiringi doa

رَبِّ هَبۡ لِىۡ مِنۡ لَّدُنۡكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً‌ ‌ ۚ اِنَّكَ سَمِيۡعُ الدُّعَآءِ‏  

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik, Sesungguhnya engkau sentiasa mendengar (menerima) doa

"Tiap-tiap penyakit itu ada penawarnya. Apabila menepati penawar penyakit tersebut, makan sembuhlah ia dengan izin Allah"

Pesanan saya, kita yakin ini usaha kita. Tapi janganlah kita beranggapan buah zuriat ini yang akan membuatkan kita mengandung. Buah ini adalah usaha dan keputusannya adalah atas izin Allah.

** nak buat usaha makan buat zuriat, tapi benda wajib yang Allah suruh buat, tak nak pulak buat. Kalau boleh biarlah ianya seiring. *pesanan untuk diri sendiri*


Wednesday, November 21, 2012

Don't Trouble yourself


Kata suami. Cuba jangan buat sesuatu yang menyusahkan diri sendiri.
Dan rasa marah jugak pada diri sendiri. Kenapa suka gatal tangan?
Lepas tu nanti risau, asyik rasa tak puas hati.
Suami kata. Jangan layan dia. Dia tu memang perangai pelik.
Ok abang. Cuba untuk tidak ambil tau pasal dia.
Biarlah dia dengan agenda dia.

:: Lupakan dan maafkan segalanya


Scan Saka


Sejak beberapa malam ni selalu sangat bermimpi. Ada mimpi baik, ada yang menakutkan. Bukan apa, saya takut sebab antara mimpi tu seperti berkait dengan tanda-tanda gangguan saka. Jadi, saya pun ajak suami pergi scan dengan ustaz perubatan. At-least nak juga tau samaada saya ni ada saka atau tidak. Sebab antara tanda saka kan lambat dapat zuriat. Jadi saya bimbang kalau itu salah satunya. 

Suami cakap, InsyaAllah lepas program kami selesai dia nak bawa saya berubat di JB atau di Darussyifa' Melaka. Antara satu. Then saya tau suami tak suka bila saya tergedik-gedikkan Asyraf Muslim tiap kali nampak dia di rumah mak dia. Saya pun sengaja sakat suami
" Kalau tak pun berubat dengan Asyraf Muslim je"
Berdesuppp terus lari ke dapur sambil gelak jahat. Pastu dengar lah suami membebel tak puas hati. Eleh abang. Gurau pun nak ambik serious. Tengak Abg Long dan suami kakak yang lain takde pun nak marah kalau wife memasing terlebih gembira bila jumpa Asyraf Muslim. Bukanlah kami peminat dia tapi macam seronok je dapat jumpa orang popular. Haha. Suami..suami.. Cemburu tu bertempat lah kot?

Tuesday, November 20, 2012

Nephew


Alhamdulillah. Di beri kesempatan oleh Allah untuk menjaga anak saudara saya yang baru 20 hari. Seronok dapat ajar murid mengaji sambil dia berbaring di riba. Sekejap yang bermakna.  

Mimpi


Assalamualaikum.........

Salam perkenalan di alam maya. Entry pertama ini ingin saya rakamkan tentang mimpi. Malam tadi saya bermimpi saya telah selamat melahirkan Uzmaa. Alhamdulillah, bayi yang sihat dan comel. Persis wajahnya dengan gambar di atas. Subhanallah, pertama kali menatap wajah Uzmaa benar-benar membuatkan hati saya berbunga-bunga. Penantian memiliki zuriat tercapai jua akhirnya. Walau hanya dalam mimpi, saya tetap bersyukur kerana dikurniakan perasaan ini. Terima kasih Allah.

Semoga engkau kurniakan zuriat kepada kami. Aku yakin engkau maha pemurah dan engkau akan 'beri'. Aku yakin Ya Allah. Aku yakin..