Naik bas dengan suami. Biasa dalam bas suka buka apa-apa movie. So sepanjang perjalanan pergi tu adalah 2-3 movie driver tu buka. Semua filem Melayu yang macam bodoh-bodoh gitu tapi jeling-jeling jugak sebab bosan tengok luar yang gelap. Bila balik, baru mula perjalanan driver tu dah pasang movie lagik. Saya tengok lah jugak sebab macam best je. Permulaan carita kira 'ok' lah. Buat hiburan sementara nak sampai ke rumah. Tiba-tiba macam masuk part mengarut. Si hero ni dapatkan bantuan dari seseorang di alam maya. Tiba-tiba hero ni hilang macam termasuk ke alam lain. Pastu nampak lelaki berkemban dengan tuala pink tengah mandi sedang berusaha memberi tips kepada hero. Terus saya pandang ke tempat lain. Malas nak tengok filem bodoh macam ni.
Suami senggol lengan saya. Saya pandang suami. Suami senyum then mata jeling ke tv. Bagi isyarat supaya saya tengok tv. Bila pandang je, terus terhambur tawa. Mengekek-ngekek pulak tu. Alahaiii abang Macho Adam Mukhriz. Tiap kali keluar Aaron dengan watak dia dan pakaian yang pelbagai tu, terkekek-kekek saya ketawa. Tiba-tiba je minat Aaron Aziz sejak tengok Adam Hawa. Huhuhu
4 comments:
hehehe tak tahu nak cakap apa. tumpang gelak je lah ye
hehehe.. mcm apa je cerita ni tgk.. tp layan jelah sbb kelakar kan? bosan2 duduk dlm bas, layan jelah kan.. ^^
La hai..hilang macho camni..hik hik
@Si Matatajam
kalau M tgk lakonan Aaron dlm ngorat mmg nk gelak je. sbb rasa funny tgk pakaian dia. hikhikhik
Post a Comment