Sunday, December 30, 2012

Suami pun nak cantik


Produk dari TheFaceShop

Suami banyak black head. Saya suruh suami pakai apa-apa produk untuk hilangkan black head tu tapi suami tak minat.  Barangan di atas, saya punya. Saya ni taklah ada masalah kulit ke, black head ke hape kan. Tapi saja nak memanjakan diri. Gedik tengok orang lain pakai, so diri sendiri pun nak cuba. Satu hari ni, saya nak-nak-nakkkk jugak mendandan muka suami. Pujuk punya pujuk, suami pun setuju. Pakaikan suami mask. Tapi suami macam tak suka sangat. Bila pakaikan suami black head clay tu, suami ala-ala rela tak rela je. Macam just nak layankan gedik isteri. 10 minit berlalu, masa untuk tanggalkan mask tu. Masa tarik, suami punyalah teruja tengok benda alah ni memang bagus dan berfungsi. Suami mulanya tak percaya. Tapi bila tengok segala kotoran kat hidung dia tertanggal dengan banyaknya, memang dia teruja sangat.

Yang kelakarnya, esok nya suami minta buat lagi. Sebab masih ada black head yang tak tanggal. Bila buat memang banyak tanggal. Sampai dah betul-betul hilang baru suami puas hati. Lahaii, kelakar tengok suami. Sekarang macam dia pulak lebih excitednya. Barang saya, tapi dia yang mintak kita pakaikan. Tapi bagus jugak sebab saya sendiri malas pakai. 

Facial muka suami ni pun merupakan ruang dan peluang mengeratkan kasih sayang. Adalah jugak peluang cari pahala :)




Thursday, December 27, 2012

Dengan Ilmu Hidup Lebih Terarah

Alhamdulillah. Syukur. Dibukakan pintu hati untuk lebih dekat dengan ilmu Islam. Semoga diberikan kekuatan untuk istiqomah dengan pilihan ini. Rasanya terlalu banyak masa dihabiskan dengan kerja yang kurang berfaedah. Bila terasa lemahnya semangat, lemahnya hati, lemahnya iman. Lantas terlintas, Ya, kerana telah jauh aku tertinggal dari ilmu-ilmu ini. Ya Allah, bantu aku , kuatkan semangat aku. 

"Tanpa usrah, Jemaah lemah"

Tajweed class

"Dan tartilkanlah bacaan Al-Quran dengan sempurna" - (Surah Al Muzammil ayat 4)

Bahasa Korea boleh belajar, takkan Bahasa Arab tak mampu? 
Ya, ini cabaran buat diri sendiri

Cara mudah memahami Al-Quran Al-Karim

" Akan lebih indah bila kita baca dan memahami maksudnya "

Bukan dilupakan. Tapi tinggalkan seketika untuk fokus pada yang lebih utama.
Bahasa Korea saya lebih baik dari Arab. Memalukan sungguh.


"Tuntutlah ilmu hingga ke Negeri China"


Semoga tahun 2013 dan mendatang akan lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.

Saturday, December 22, 2012

Don't Forget Allah by Farid Sanullah



You're down and out you just can't cope
You wanna shout you lost all hope
On your knees, begging please
You turn and pray to find your way

Hey, you make doa Allah's there
Whoever you are cos he cares
Then you forget to say thank you Allah,
You forget to say InsyaAllah
You forget to say Subhanallah 
Raise your hands, Alhamdulillah

Let's flashback lets backtrack
To a time like yours and mine
The story of the three who long to be
To be free of their misery
To the poor he opened the doors
Gave him plenty of His bounty

Then you forget to say thank you Allah,
You forget to say InsyaAllah
You forget to say Subhanallah
Raise your hands, Alhamdulillah

Can't you see His promise to you
Can't you see His promise is true
Hold on to the rope of Allah
Don't lose hope in Allah

If you remember Allah is prosperity
He'll not forsake you in adversity
Be mindful of Allah
He'll guide you to all that His good


Then you forget to say thank you Allah,
You forget to say InsyaAllah
You forget to say Subhanallah
Raise your hands, Alhamdulillah

You're down and out you just can't cope
You wanna shout you lost all hope
On your knees begging please
Your turn and pray to find your way



Thursday, December 20, 2012

sekar



Indah.
Tak hanya hitam dan putih.
Hayat.
Pasti derita sebelum bahagia.


Kanvas kosong ini.
Kau berikannya warna.
Lalu indah dan bahagia.



Monday, December 10, 2012

Windows 8



Saya kalau nak bercerita soal computer ni memang bukan orangnya. Tapi sekadar nak berkongsi sedikit pengalaman yang ada menggunakan Windows 8. Di awalnya, promoter kat kedai cakap Windows 8 ni tak stabil macam Windows 7. Dia kurang menggalakkan saya beli Windows 8. Tapi, sebab dah survey sebelum beli, hati memang dah yakin untuk dapatkan Windows 8. Jadi tak kisalah tak stabil ke, tak user friendly ke, janji I dah suka. Dalam otak ni fikir, kalau memang sangat tak stabil, tukar je lah ke Windows 7 walaupun pirated
.Vaio Duo Touch Screen

Ikutkan hati, memang nak angkat Vaio Duo ni. Tapi harga mencecah 4k. Lari budget. Yang ini memang best sebab touch-screen. Orang kata kalau nak guna Windows 8, berbaloi-baloi angkat yang touch-screen. Jadi saya pun memilih untuk beli Vaio S Series. Dia windows 8 tapi bukan touch screen. Nak yang touch screen dengan harga yang lebih kurang, ambil Vaio T Series. Walaupun dia touch screen dan harga lebih sama dengan yang saya beli, tapi saya rasa spec dia kurang. Sebab tu saya tak ambil T Series. 

.Vaio S Series Windows 8

Guna windows 8 ni memang tak sama dengan apa yang kita belajar sejak zaman sekolah. Dia tak ada button start. Gila tak ada button start?? Saya rasa sepanjang guna memang feeling macam guna smartphone. Display dia lebih menarik sebab warna-warni. Korang boleh tekan ke simbol applications untuk ke start screen. Memang pening nak close sebab tak ada button close. Haha. Terkial-kial masa baru guna. 

.Putih itu suci

Saya nak story pasal aplikasi dia memang tak berapa pandai. Korang kena beli sendiri baru tau. Tapi dia memang agak merumitkan masa baru nak guna. Banyak aplikasi tersembunyi. Cuma saya berpendapat, saya lebih senang guna mac book. Mac lebih user friendly berbanding windows 8. Pendapat saya okey. Ini sekadar perkongsian dari budak yang tak tahu menahu tentang komputer. 

K dah. 


Sunday, December 9, 2012

La Tahzan


Bersabarlah kak. Setiap hamba Allah itu punya ujian yang berbeza. Saya diuji dengan anak. Dan akak diuji dengan suami. Akak cemburu melihat kemesraan kami suami-isteri. Sedangkan saya cemburu melihat anak-anak akak. Jadi sama-sama kita positifkan hati kita. Setiap orang punya ujian. Akak harus bersyukur walaupun mendapat suami seperti dia, tetapi Allah kurniakan akak anak-anak yang sangat soleh, yang sangat baik. Mereka terlalu baik kak. Saya tak pernah jumpa anak-anak sebaik mereka. Kesabaran akak pada sikap suami dibalas dengan anak-anak yang soleh. Bersyukur kak. Setiap yang Allah tetapkan pasti punya hikmah yang dapat kita ambil sebagai pengajaran. Ujian akak menjadi kekuatan untuk saya menempuh  dugaan hidup saya. Semoga akak dapat membesarkan mereka dengan baik. Saya yakin mereka akan menjadi pelangi dalam hidup akak. 

Tuesday, December 4, 2012

Jenis-jenis Twitter Artis


Tulisan ini merupakan dari sudut pandangan I sendiri. Ada beberapa artis yang I follow. Dan ada bermacam jenis perangai artis yang kita boleh jumpa. Jom cekidot jap -

Artis 1

Dia akan tweet segala apa yang dia nak tweet tanpa kisah apa peminat tanya. Kadang peminat soal itu-ini dia buat donno je. So, kala baca tweet dia kita tak akan nampak dia RT or reply peminat. Reply kawan sendiri pun tidak. Kalau ada pun sangat sedikit. Dan kadang boleh kita baca peminat tweet dia dan cakap "sombong. tak pernah jawab soalan peminat". ( ni sebenar tak tau guna twitter kot? haha)

Artis 2

Dekat twitter dia kita boleh nampak dia tweet kisah peribadi dia / karier dia. Lepas tu boleh nampak dia borak-borak (reply) tweet dari kawan-kawan dia /  orang yang dia kenal. Dari peminat? Non-hado. Dan akan ada peminat tweet benda yang sama "artis ni sombong". (means memang dia tak jawab soalan peminat)

Artis 3

Yang ni mungkin sikap artis yang popular. Popular kan, jadi kenalah pandai jaga hati peminat. Dia akan tweet kisah/karier dia. Pastu akan reply pertanyaan kawan / orang yang dia follow. Dia juga akan meng'reply' soalan peminat. Tapi dia pilih-pilih soalan. Jadi dekat twitter dia kita akan nampak tweet tentang karier/personal dia, reply kawan dan beberapa soalan terpilih peminat. Biasa soalan yang dia jawab ni yang penting atau memang perlu. Jawapan yang diberikan pun jelas. Nampak bijak. 

Artis 4

Artis suam-suam kuku yang rajin sungguh layan peminat. Mungkin tak sibuk atau memang rajin. Semua soalan peminat dia jawab. Tapi, yang bertanyakan tu pun sehari adalah 7-8 soalan. Kehkeh. Tapi dia akan jawab full. 

Peminat : Kak Hani!! kenapa akak comel sangat?? Akak guna make-up apa?
Artis : Oh really? Thanks. Ala ni make-up Loreal, tajaan dik. Hehehe

Contoh okey! Contoh! Sebab I bukan artis. kehkeh. 

Artis 5

Artis popular. Saban hari yang akan tweet dia dan tanya itu-ini lebih dari 20 orang kot? Lepas tu dia boleh reply tweet peminat. Kalau jawab dengan reply aje cun lah jugak. Tapi kalau penuh twitter dia dengan RT dari peminat, eh tak pening ke korang nak baca twitter dia? . 

Soalan peminat kadang bukan dia jawab. Dok reply yang puji-memuji je. Hampeh! Pastu cara dia jawab "ok tq".  " thanks". " yeaaa, tq". "really? thank you!!" 

Dan twitter dia penuh mengreply soalan peminat. Kisah diri sendiri setakat 4-5 tweet je. Selebihnya penuh borak ngan peminat. Pastu kalau perasan, dia jarang nak tweet rakan artis / kawan2 dia. Mostly PEMINAT.

Artis 6

Dia update status dia tentang personal-karier. Pastu reply soalan kawan. Dan timeline dia penuh dengan RT. Dia tak jawab pun soalan orang, tapi suka RT mention yang dia terima yang dia rasa memuji dia, mempromote dia, atau yang membacking dia. Dan dia hanya akan reply peminat bila dia tercalon dalam anugerah,  bila dia nak promote something atau yang penting untuk kerjaya dia. Atau dia akan terlebih friendly dengan peminat bila dia kena gossip liar, dan dia nak membersihkan nama dia. Tiba-tiba rajin reply tweet. Nanti bila dah reda sesuatu isu, terus dia buat donno kat tweet peminat dia. 

TAMAT Jenis Artis. 

Banyak lagi perangai artis di twitter. Cuma tak larat nak tulis sebab karang korang bosan. So, I nak share perangai sorang artis ni. Sorang je yang I jumpa dan dia memang memuaskan hati peminat. Follower dia ramai. Ada ratusan ribu. Jadi mestilah ramai mention yang dia akan terima saban hari. Popular pulak kan, mesti peminat nak tau itu-ini. Okey, macam mana twitter dia? 

Twitter artis yang saya suka :

Dia akan tweet setiap hari. Dia hanya akan tweet kisah peribadi dia. 

Aktiviti dia hari tersebut / luahan perasaan. 

- Alhamdulillah. Done my homework. Lepas ni I ada shooting filem Hani Blogger Popular. So nak rehat-rehat dulu sebab tak cukup tidur ni. 
- Tadi masa shooting terjumpa kawan lama. Rindu sangat kat dia (sambil sertakan gambar dengan kawan dia)
- Susahnya nak puaskan hati semua orang :(
- OTW ke bla-bla-bla. Ada pementasan teater. Mohon doa dari semua.
- Thumbs up Harimau Malaya. Tahniah-tahniah!!
- Terharu dengan sambutan #HaniBloggerPopular. Terima kasih pada yang menyokong. 
- Done cooking. Kemas rumah pulak. 

Dalam sehari tu dia hanya akan tweet hal-hal penting yang dirasakan peminat perlu tahu atau perasaan dia. Tak ada lah semua benda nak tweet. "perut lapar ni. nak masak malas" Atau " mata dah mengantuk tapi tak boleh tido". Atau sekadar nak cerita dia beli beg LV, beli nasi goreng mamak, beli sepit rambut. Choiii! Kalau sesekali update apa dia beli tak apa jugak. Ni semua benda nak cerita. 

Promote 

- hanya di pawagan mulai 10.11.12 ( dan disertakan youtube bagi trailer filem yang dia berlakon)
- Dapatkan majalah Bla-bla-bla  ( sambil post gambar dia jadi cover majalah tersebut)
- Alhamdulillah tersenarai dalam ABPBH . Jangan lupa vote!!
- Movie yang korang WAJIB tonton - Kuch Kuch Hotak Hang (promote movie/benda2 penting yang tak ada kaitan dengan diri dia. Mungkin something yg popular, yang berguna)
- Lagu-lagu Opick sangat menyentuh hati. Jom sama-sama dengar!

Reply 

Dari timeline dia, dia hanya reply pertanyaan kawan / orang yang dia kenal. Jawab soalan, bukan berborak kat situ. Soalan yang peminat perlu tahu. Bukan soalan peribadi between dia dan kawan dia tu. 

Timeline dia kita tak akan jumpa dia reply peminat dia. Kalau ada pun dia RT beberapa mention yang berinformasi.  

Nak tau macam mana dia jawab soalan peminat???

Contoh : Ramai tanya tentang filem terbaru dia, tentang kebenaran gossip, dll. Soalan yang ramai peminat tanya. Dia akan jawab secara menyeluruh. Dia akan tweet apa yang peminat nak tau ( yang ramai tanya ). Jadi, sebagai peminat kita akan puas hati sebab soalan kita berjawab. Dan dia jawab full. Bukan sepatah-dua patah perkataan.  Kadang untuk 1 soalan dia akan bagi penjelasan sampai 2-3 tweet. 

Soalan peminat yang bebeza pula dia akan jawab melalui Direct Messages (DM). Berapa kali korang tanya, kalau soalan tu memang sesuai, dia akan DM. I tak pernah tanya soalan mengarut, jadi tak tau dia DM atau tak soalan mengarut. Setakat ni tak pernah nampak peminat tanya "kenapa tak reply tweet". Sebab masing-masing akan dapat DM dari artis tersebut. Pertama kali dapat DM dari dia, I rasa macam mimpi. Kehkeh. I pernah tanya, penjelasan dia lebih kurang macam ni.

"I lebih selesa jawab di DM. Ada perkara yang perlu di cerita di twitter dan ada yang tidak perlu peminat tahu. Satu hal, I nak twitter I penuh dengan informasi berguna ttg I. Sebab peminat nak tau perkembangan I. Bukan hal remeh-temeh. Dan I tak nak ada peminat kecil hati sebab tak dapat reply dari I. Takut kalau ada terlepas pandang dan tak jawab soalan mereka."

Lebih kurang macam tu maksud dia. Dia memang nampak artis yang exclusive. Kalau peminat nak tau berita terkini dia, melalui twitter dia, kita boleh dapat banyak perkembangan. Tak perlu nak scroll down satu-satu sebab malas baca yang reply peminat sokmo. Tak adalah kalau tak masuk twitter dia 3 hari, terus kena scroll down berpuluh-puluh tweet. 

Sesekali dia akan tweet mohon maaf jika ada soalan peminat yang dia tak sempat jawab. Tapi dia akan cuba sebaik mungkin untuk menjawab pertanyaan semua. 

HABIS.

Maaf jika ada yang tak suka / rasa I ni macam bagus sangat je kan. Ini hanya pandangan peribadi I. I sangat suka artis yang nampak bijak dan ikhlas. Bukan yang rajin layan peminat tapi setakat balas nak-tak-nak je. Dan I memang tak suka masuk twitter artis yang selalu update tapi benda tak penting. Penat tau nak scroll down untuk tau aktiviti dia. Sebab yang banyak adalah reply peminat. Kita yang bukan artis ni mungkin boleh nak direct reply. Sebab reply pun berapa sangat kan. 

K dah. 

Sunday, December 2, 2012

Samsung Galaxy Camera


Smart tak? smart tak? Okey, Samsung Galaxy Camera baru saja di lancarkan di Malaysia. Size dia lebih kurang besar Samsung Galaxy S III. Apa yang membuatkan Camera ni berbeza berbanding camera lain? Dan agak besar jika nak dibandingkan dengan camera biasa. So apakah beza terbesar camera ni dengan camera biasa?
Taraaaa!!! Nampak dah beza dia melalui gambar ni? Hah! Camera ni ada 3G okey! Korang boleh ambil gambar, lepas tu terus share kat mana-mana. Benda macam ni memang saya suka. Sangat!!! Dengan camera ni, lepas kita ambil gambar kita boleh terus edit gambar yang kita ambil tu. Edit terus dari camera tanpa perlu transfer ke computer. Camera ni ibarat Smartphone. 

So, bila dah ada 3G ni mestilah boleh melayari Internet. Ye tak? So, melalui camera ni kita boleh share gambar ke Instagram ke, Facebook ke, Twitter, atau mana-mana laman sosial.m Boleh on youtube, email, dan sebagainya. Fuhh kena spend untuk bil data lagi. 
Macam smartphone je sekali tengok kan? Samsung memang hebat lah. Boleh fikir nak create camera macam ni. Saya tak reti nak cakap banyak sebab belum beli. InsyaAllah memang target dah ni. Tapi bak kata suami, keluaran pertama ni mesti banyak kekurangan. Maybe boleh tunggu kalau ada Samsung Galaxy Camera II, baru beli. Cuma kalau banyak pendapat yang mengatakan camera ni okey, tak salah untuk dibeli kan. Harga?? Maaf rasanya belum diumumkan untuk pasaran Malaysia.

Thursday, November 29, 2012

Belajar jadi jujur


Saya berdiri di depannya sambil mencari syiling 30 sen di dalam purse. Tapi sempat perhatikan manusia-manusia yang masuk ke dalam tandas. Ini mudah. Belajar jadi jujur. Manusia tidak nampak tetapi jujur pada Allah dan diri sendiri. Kalau kita nak jadi jujur, uji diri kita dengan situasi ini. Adakah anda akan bayar atau terus masuk sebab merasakan tidak ada siapa yang tahu.

Rachel Amanda - Dipisahkan Lirik

Tawa candamu masih terasa
Di sini aku terbayang
Pernah ada cerita kau dan aku
Berjanji setia bersama

Satu hati satu rasa
Satu mimpi kita

Reff ##

Dipisahkan
Oleh waktu dan kita menempuh
Jalan yang berbeda
Dipisahkan
Oleh rasa ingin tuk menjadi lebih baik
Kan ku persembahkan untuk cinta

Dalam hati ingin selalu bersamamu
Masih kah kau ingat janji kita
Tuk kembali di sini..
Oh..ooo...

Ulang Reff ##

Single terbaru dari Rachel Amanda 
Album : Amanda
Tahun : 2012
Ciptaan : Opick

Success always Manda (:

Wednesday, November 28, 2012

Aku wanita botak itu



Astaghfirullah. Geleng kepala berkali-kali bila tengok kepala sendiri di cermin. Mahkota wanitaku telah musnah ibarat digigit tikus. Atau ibarat kepalaku berkurap? Tidak! Katakan ini mimpi. Tidakkk!!!! Oh Tuhan, berapa lama baru dia akan tumbuh kembali?? Seminggu? Tak mungkin? Sebulan? Mungkin tapi kontot-kontot je. Malu nak balik kampung kalau macam ni :(

Sekadar hiasan 

Beginilah rupa kepala ku kini. Tapi ini hanya gambar pinjam. Kenapa boleh jadi macam ni? Okey, saya pergi berbekam. Sebab sakit kepala yang amat. Konon nak keluarkan angin dan darah kotor. Rupanya untuk pening, kena bekam di kepala. Kena gondolkan sikit kepala tu. Saya tak sanggup, tapi suami suruh sebab saya asyik pening kepala. Bila dah gondol, rasa sakit hati sebab suami asyik gelak bila tertengok saya. Mana tak nya. Tengok saya mesti nampak kepala ku yang gondol. 

Psst : sebenarnya nak tergelak jugak bila tengok kepala sendiri. Macam kena kurap je. hikhik



Tuesday, November 27, 2012

Susah khusyuk bila berjemaah?


Kita semua sedar, dalam solat jika tidak khusyuk maka ibarat sia-sia perbuatan kita itu. Dan kita juga tau betapa besarnya pahala bagi mereka yang solat berjemaah. Apa perkaitan dua perkara ini? Kadang saya keliru. Keliru dengan perasaan sendiri. Saya nak berjemaah dalam solat, tapi bukan dengan semua Imam saya boleh sesuaikan diri. Nak khusyuk dalam solat, maka kita kena sedar dan faham akan maksud setiap apa yang kita baca. Kalimah-kalimah yang kita ucapkan. Bila kita faham maksud setiap kalimah itu, kita akan mengerti dan lebih menghayati apa yang sedang kita bualkan dengan Allah. 

Tapi, nak fahamkan setiap tu kalimah tu bukan hal yang mudah bagi saya. Saya belum hafal maksud di sebalik setiap bacaan dalam solat. Nak kejar sampai jadi faham, mungkin ambil masa yang lama. Jadi, antara satu cara saya cuba lakukan adalah khusyuk dalam bacaan dan perbuatan solat. Saya suka menghayati apa yang saya baca walau kadang-kala saya tidak faham setiap pengertiannya. 

Dan bila kita solat berjemaah, kadang-kadang bila dapat imam yang laju bacaannya buat saya rasa hilang khusyuk sebab nak kejar imam. Cuba berlapang dada, tapi nanti akan rasa marah sebab Imam baca laju. Sedangkan cuba nak kejar pahala berjemaah. Hai hati, kenapa macam ni? Sampai kadang tu rasa lebih baik solat sendiri daripada rasa tak puas hati dengan Imam. 

Keliru sungguh dengan perasaan sendiri. 

Semua ni gara-gara Aaron Aziz



Naik bas dengan suami. Biasa dalam bas suka buka apa-apa movie. So sepanjang perjalanan pergi tu adalah 2-3 movie driver tu buka. Semua filem Melayu yang macam bodoh-bodoh gitu tapi jeling-jeling jugak sebab bosan tengok luar yang gelap. Bila balik, baru mula perjalanan driver tu dah pasang movie lagik. Saya tengok lah jugak sebab macam best je. Permulaan carita kira 'ok' lah. Buat hiburan sementara nak sampai ke rumah.  Tiba-tiba macam masuk part mengarut. Si hero ni dapatkan bantuan dari seseorang di alam maya. Tiba-tiba hero ni hilang macam termasuk ke alam lain. Pastu nampak lelaki berkemban dengan tuala pink tengah mandi sedang berusaha memberi tips kepada hero. Terus saya pandang ke tempat lain. Malas nak tengok filem bodoh macam ni.

Suami senggol lengan saya. Saya pandang suami. Suami senyum then mata jeling ke tv. Bagi isyarat supaya saya tengok tv. Bila pandang je, terus terhambur tawa. Mengekek-ngekek pulak tu. Alahaiii abang Macho Adam Mukhriz. Tiap kali keluar Aaron dengan watak dia dan pakaian yang pelbagai tu, terkekek-kekek saya ketawa. Tiba-tiba je minat Aaron Aziz sejak tengok Adam Hawa. Huhuhu


Monday, November 26, 2012

Follower Mialiana ke 8668

[Sumber] Mialiana.com

Alhamdulillah, beberapa hari bercuti tak sempat singgah ke blog sendiri. Tup-tup sampai rumah tengok ada 9 orang follower beserta 9 comment. Rupanya kak mialiana.com ada buat entry istimewa untuk saya. Tak sangka saya jadi follower bertuah kak mia - follower ke 8668. Segan rasanya apatah lagi blog saya ni baru nak hidup. Tiba-tiba blogger yang punya ribuan follower siap tolong promote blog saya. Terima kasih kak Mia. Actually, tak pernah terfikir nak blog ni dikenali orang. Tak sangka boleh ada follower. 

Dan baru saya tahu rupanya blog saya ni saya letak nama Uzmaa. Hehehe...Panggil saya Hani. Uzmaa tu should be jadi nama anak yang patut saya lahirkan tapi mungkin belum rezeki saya.

Apapun terima kasih pada mereka yang sudi follow blog picisan ini :D

Friday, November 23, 2012

Fikir tentang nikmat, lalu Syukurilah


"Bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum ada,
tetapi jangan lupa yang telah ada"

Rasa bila dapat membantu mereka yang susah. Fikirkan apa yang mereka tiada. Buat hati rasa ingin terus mengucapkan rasa Syukur. Maaf jika aku tidak bersyukur, Allah. Mengenangkan apa yang tidak engkau kurniakan padaku, buat aku rasa sedih sedangkan banyak lagi nikmat lain yang kau tancapkan padaku. Allah, terima kasih kurniakan keluarga, sahabat, dan suami terbaik untukku. Terima kasih Allah.


Thursday, November 22, 2012

Kaedah Makan Buah Zuriat

Buah zuriat & serbuk debunga kurma

Ini buah zuriat. Buah yang boleh didapatkan samaada di Mekah mahupun Madinah. Buah ini merupakan salah satu usaha bagi mereka yang inginkan zuriat atau menambah zuriat. Bagi pasangan yang belum dikurniakan zuriat, mari sama-sama kita cuba makan buah ni. Ini antara usaha kita. 

Kalau kita google, kita boleh jumpa macam-macam kaedah untuk menggunakan buah zuriat ni. Saya juga ingin kongsikan kaedah yang diajar oleh penjual buah zuriat pada emak saya. 

Pertama

Belah kulit buah zuriat ini dengan parang / kapak. Kulit buah zuriat ni tersangatlah keras. Saya akan minta bantuan suami sebab memang tak larat. Sampai terpelanting dibuatnya sebab terlalu keras. 

Kedua 

Setelah berjaya dibelah, keluarkan isi buah zuriat tadi dan potong 4 ( isi buah zuriat macam isi kelapa). Isi buah zuriat ini hendaklah di goreng sekejap (kaedah orang lain suruh rebus. Tapi kaedah yang mak dan mak cik saya ajar suruh goreng)

Ketiga

Keluarkan isi buah zuriat yang telah di goreng kemudian tumbuk dengan lesung batu. Tumbuk ala kadar je. Kemudian bland isi buah zuriat ni bersama-sama dengan serbuk kopi. Kemudian simpan serbuk kopi yang telah bercampur dengan buah zuriat ke dalam bekas. 

Keempat

Amalkan meminum air kopi yang telah bersatu dengan buah zuriat ni bersama-sama pasangan anda. 

Serbuk debunga kurma juga sama seperti buah zuriat yang digunakan untuk mendapatkan zuriat. Amalkan memakan serbuk debunga ini beserta madu. 

Kulit buah zuriat boleh di rebus, kemudian di minum airnya hingga habis (ada yang cakap minum hingga 44 hari. Tapi saya tak pasti). Ataupun kulitnya boleh di gosok ke perut setiap hari.

Lakukan usaha di atas diiringi doa

رَبِّ هَبۡ لِىۡ مِنۡ لَّدُنۡكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً‌ ‌ ۚ اِنَّكَ سَمِيۡعُ الدُّعَآءِ‏  

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik, Sesungguhnya engkau sentiasa mendengar (menerima) doa

"Tiap-tiap penyakit itu ada penawarnya. Apabila menepati penawar penyakit tersebut, makan sembuhlah ia dengan izin Allah"

Pesanan saya, kita yakin ini usaha kita. Tapi janganlah kita beranggapan buah zuriat ini yang akan membuatkan kita mengandung. Buah ini adalah usaha dan keputusannya adalah atas izin Allah.

** nak buat usaha makan buat zuriat, tapi benda wajib yang Allah suruh buat, tak nak pulak buat. Kalau boleh biarlah ianya seiring. *pesanan untuk diri sendiri*


Wednesday, November 21, 2012

Don't Trouble yourself


Kata suami. Cuba jangan buat sesuatu yang menyusahkan diri sendiri.
Dan rasa marah jugak pada diri sendiri. Kenapa suka gatal tangan?
Lepas tu nanti risau, asyik rasa tak puas hati.
Suami kata. Jangan layan dia. Dia tu memang perangai pelik.
Ok abang. Cuba untuk tidak ambil tau pasal dia.
Biarlah dia dengan agenda dia.

:: Lupakan dan maafkan segalanya


Scan Saka


Sejak beberapa malam ni selalu sangat bermimpi. Ada mimpi baik, ada yang menakutkan. Bukan apa, saya takut sebab antara mimpi tu seperti berkait dengan tanda-tanda gangguan saka. Jadi, saya pun ajak suami pergi scan dengan ustaz perubatan. At-least nak juga tau samaada saya ni ada saka atau tidak. Sebab antara tanda saka kan lambat dapat zuriat. Jadi saya bimbang kalau itu salah satunya. 

Suami cakap, InsyaAllah lepas program kami selesai dia nak bawa saya berubat di JB atau di Darussyifa' Melaka. Antara satu. Then saya tau suami tak suka bila saya tergedik-gedikkan Asyraf Muslim tiap kali nampak dia di rumah mak dia. Saya pun sengaja sakat suami
" Kalau tak pun berubat dengan Asyraf Muslim je"
Berdesuppp terus lari ke dapur sambil gelak jahat. Pastu dengar lah suami membebel tak puas hati. Eleh abang. Gurau pun nak ambik serious. Tengak Abg Long dan suami kakak yang lain takde pun nak marah kalau wife memasing terlebih gembira bila jumpa Asyraf Muslim. Bukanlah kami peminat dia tapi macam seronok je dapat jumpa orang popular. Haha. Suami..suami.. Cemburu tu bertempat lah kot?

Tuesday, November 20, 2012

Nephew


Alhamdulillah. Di beri kesempatan oleh Allah untuk menjaga anak saudara saya yang baru 20 hari. Seronok dapat ajar murid mengaji sambil dia berbaring di riba. Sekejap yang bermakna.  

Mimpi


Assalamualaikum.........

Salam perkenalan di alam maya. Entry pertama ini ingin saya rakamkan tentang mimpi. Malam tadi saya bermimpi saya telah selamat melahirkan Uzmaa. Alhamdulillah, bayi yang sihat dan comel. Persis wajahnya dengan gambar di atas. Subhanallah, pertama kali menatap wajah Uzmaa benar-benar membuatkan hati saya berbunga-bunga. Penantian memiliki zuriat tercapai jua akhirnya. Walau hanya dalam mimpi, saya tetap bersyukur kerana dikurniakan perasaan ini. Terima kasih Allah.

Semoga engkau kurniakan zuriat kepada kami. Aku yakin engkau maha pemurah dan engkau akan 'beri'. Aku yakin Ya Allah. Aku yakin..